Assalammualaikum.. Hi semua.. Nama aku Puan Kopi (bukan nama betul tapi aku pencinta kopi o). Harap admin share cerita aku. Sekadar meluah sambil2 scroll komen nanti mencari ada yang senasib, cari kata2 nasihat/semangat yang positif.
Aku dah nak masuk 4 series. Tapi aku nak share tentang kisah aku sekitaran umur 20an aku. Aku dah lama tak mengarang jadi maafkan aku kalau penulisan aku ni caca marba.
Aku anak bongsu dan parents aku dah tak ada lama dah. Start aku kerja (pejabat di Kuala Lumpur), aku dapat kumpul kawan2 sepejabat dari pelbagai bidang. Ada yang kerani am, receptionist, staff admin sampai la ke PA Dato.
Aku waktu tu Setiausha bahagian korporat. Tak ada istilah pilih2 kawan atau pilih kasih. Apa2 aktiviti berkaitan pejabat kami usahakan sama2 team atau paling tidak semeja (kalau ada event) 10 orang masing2 ada perwatakkan masing2.
Antara kami ada yang dari asal usul anak orang kaya, sampai la ke anak penoreh getah. Kami raikan perbezaan dan kekurangan masing2. Masa tu aku rasa hidup aku sempurna sebab aku ada kerja, kawan2 rapat, adik beradik pun rapat.
Sampai la…. Aku berkahwin masa umur aku 27 tahun, aku berhenti kerja jadi full time housewife pindah negeri (ikut suami). Semua berubah.
Kawan2 yang selama ni aku anggap sahabat sejati dunia akhirat aku seorang demi seorang kurang berkomunikasi dengan aku.
Aku yang kena mulakan dulu tanya khabar, aku yang kena extra effort jumpa mereka sampai tahap aku setiap kali ziarah keluarga aku dekat Selangor, aku kena bahagi masa aku untuk jumpa mereka. Lama2 aku jadi letih.
Aku jarang2 balik Selangor sebab suami aku kerja swasta (susah cuti). Bila dapat balik sana, semestinya aku nak luang masa dengan adik beradik aku. Dengan anak2 buah aku. Aku rapat dengan anak2 buah aku.
Bila aku tak dapat jumpa kawan2 aku sebab tak cukup masa, mereka sentap. Aku ada dua anak kecik. Dan aku bukan jenis parent yang suka bawak anak2 ke sana sini sampai lewat malam. Bila meraka ajak aku keluar lepak atas dari pukul 9, 10 malam, memang aku tolak.
Bila aku tolak mereka kata aku takut suami, bila lagi nak jumpa la, jangan biasakan diri patuh sangat dengan suami la, jangan manjakan anak2 aku tak bawak keluar la,
Tak pun mereka suruh aku keluar sendiri jumpa mereka tak perlu bawak anak2 aku dengan alasan boleh lepak lama sikit sebab tak bawak anak.
Untuk pengetahuan korang yang baca ni, kawan2 aku ni ada yang kahwin dulu dari aku, dah ada anak besar2 pun ada. Ada yang tunang orang, yang lepas pantang pun ada.
Jadi aku terkilan sebab yang kecam aku tu yang dah kahwin ada suami ada anak2. Dah ada pengalaman berkeluarga lebih dahulu dari aku.
Akhir kisah aku tutup buku dengan mereka semua lepas ada satu tahun tu aku dah lama sangat tak jumpa mereka, asyik suruh2 aku balik jumpa lepak2, aku buat plan buat makan2 dekat rumah family aku dekat Selangor.
Aku dah war2 kan awal sebulan sampai lagi beberapa hari nak balik sana pun aku ingatkan mereka supaya mereka tak lupa nanti. Dalam group wassup pun meriah masing2 request aku masak itu ini dan aku sejenis suka masak jadi aku teruja tak sabar nak jamu air tangan aku.
Masa aku bujang aku selalu masak/baking macam2 bawak pejabat untuk jamu mereka. Itu cara aku tunjuk sayang aku dekat kawan2 aku.
Nah.. Hari yang aku teruja sampai.. Dari pagi suboh aku start masak, buat brownies, cookies macam2 la. Sambil layan anak2 aku, layan suami aku nak makan itu ini. Tapi hari tu aku betul2 happy teruja sebab dapat la aku jumpa kawan2 aku sambil makan2 boleh sembang2.
Hujung hari tak ada satu bayang kawan2 aku datang. Ada yang senyap, ada yang last minit cakap ada kerja, ada yang bagi alasan merepek pun ada. Sedih aku masa tu.
Nasib baik la adik beradik aku kuat makan. Jadi makanan memang tak membazir. Anak2 buah aku sental sampai habis, hahahaaa..
Lepas magrib tu, ada salah seorang kawan aku mesej aku ajak jumpa lepak malam tu. Alasan nak jumpa lepak2 dekat cafe ja. Dia buat macam tak ada apa ja. Aku tak reply dah mesej dia. Aku senyap terus kejap dalam group wassup tu. Group tu pun senyap sepi.
Aku balik rumah aku esoknya dengan membawa hati. Tak ada seorang pun kawan aku pujuk aku ke, mintak maaf ke. Tak ada. Aku terus senyap dengan mereka sampai la ada 1 hari tu, mereka up gambar gathering sama2 tanpa aku.
Okay, aku paham dah.. Aku terkilan sebab mereka gathering dekat rumah kawan kami yang mostly mereka tak suka selama ni.
Aku terkilan bukan sebab aku cemburu, bukan ya.. Aku terkilan sebab mereka ada effort untuk gathering dekat rumah kawan yang tak rapat tapi aku yang paling rapat dengan mereka selama ni dah rasa macam orang luar.
Hilang erti sahabat sejati, dunia akhirat aku lepas tu. Asbab aku dah tak kerja ke dah tak relevant jadi sahabat mereka?? Sebab aku usaha nak jadi ibu yang baik untuk anak2 kecik aku ke??
Aku keluar dari group tu. Aku unfriend mereka semua dari semua social media aku. Aku buang number telepon mereka. Aku ikhlas dan redha lepaskan meraka dari jadi sahabat aku dekat dunia ni.
Asbab aku tak nak keluar lewat malam dengan mereka, aku tolak ajakan mereka nak jjcm, pergi holiday sana sini macam orang bujang. Aku tak nak. Aku nak hari2 aku disamping anak2 aku.
Biarlah dikatakan macam aku seorang ada anak ada laki. Aku nak ada dekat anak2 aku sebab aku tak nak terlepas tengok anak2 aku membesar.
Sekarang aku rasa aman.. Walau aku dah makin kerap balik jumpa family aku, aku lebih santai.
Tak perlu dah aku terkejar2 masa untuk susun jadual mana nak jumpa kawan2 aku, nak beriadah dengan family aku, dengan anak2 buah aku siap banyak masa lagi sampai boleh bawak anak2 aku jalan2 area KL dengan suami aku.
Aku dah tak cari mereka dah. Aku tutup buku jalan terus ke hadapan. Sampai sekarang pun mereka senyap terus dengan aku jugak.
So korang, pengajaran yang aku dapat dekat sini, jangan jadi “people’s pleaser”.
Aku selalu anggap kawan2 aku setaraf keluarga aku. Kadang tu aku lebihkan layan mereka dari adik beradik aku sendiri. Aku tak pernah berkire duit atau tenaga demi mereka selama ni.
Dulu suami aku selalu tegur aku jangan beriye baik sangat dengan orang. Belum tentu orang tu sama2 ikhlas macam aku. Sekarang hanya suami, anak2 dan family aku cukup dah penuh hari2 aku terisi.
Alhamdulillah, Allah tegur aku cara lembut. Harap korang ambil ikhtibar mana2 yang naif macam aku pasal “sahabat sejati” ni. Sayangi diri sendiri dulu.
– Puan Kopi O (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Betul lah tu ape yang sis buat. Semoga terus berbahagia dengan cara sis tersendiri