Gagalkah Aku Menjadi Suami?

Assalamualaikum kepada semua pembaca.

First sekali saya ingin meluahkan apa yang terbuku di hati sepanjang tempoh perkahwinan bersama isteri.

Kami berkenalan di apps baituljannah.

Tempoh perkenalan yang singkat dan selepas beberapa bulan kami terus buat keputusan untuk berkahwin.

Kami tidak betul-betul mengenali hati budi masing-masing.

Dipendekkan cerita, masalah yang terbuku di hati ini ialah di mana saya merasakan isteri saya tidak menghormati saya sebagai seorang suami.

Isteri seorang yang berniaga kedai makan (family bisnes). Beliau sering pulang lewat malam dalam pukul 10 malam.

Apabila sudah pulang, isteri dalam keadaan letih dan kami tidak ada banyak masa bersama untuk berkomunikasi.

Saya ada berbincang dengan isteri menyatakan saya tidak berpuas hati dengan waktu bekerja beliau tetapi dia menyatakan bahawa saya tidak memahami pekerjaannya.

Kami banyak bergaduh disebabkan perkara yang kecil.

Perkara yang kecil itu boleh menyebabkan pergaduhan yang besar (akan ada cacian dan makian dari saya dan isteri) sehingga membawa kepada tidak bertegur hingga 3-4 hari.

Dah la masa di rumah kami sekejap sahaja. Apabila tidur pon kadang-kadang tidur berasingan.

Kadang-kadang saya rasa dah give up untuk meneruskan perkahwinan ini.

Tapi apabila mengenangkan anak saya rasa sayu untuk berpisah dengan isteri.

Saya banyak makan hati dengan isteri. Saya buntu sampai bila saya perlu hidup dalam tekanan yang begini.

Apa pendapat pembaca semua ya? Minta pendapat semua. Terima kasih.

– Jerung (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *