Tiada Lagi Trust

Aku ialah seorang isteri kepada cikgu sekolah menengah. Aku bekerja swasta di MNC, tak ada ramai kawan rapat tapi aku disenangi di tempat kerja dan mudah berkawan. Social and people management skills are my forte.

Aku pernah jadi seorang isteri yang sangat baik, sentiasa fikir cara menyenangkan suami, hormat suami, dahulukan suami dan anak-anak dalam apa pun, tak pernah berkira soal duit.

Aku orang pertama bangun pagi untuk tahajud, masak, siapkan keperluan anak -anak untuk ke sekolah. Aku juga yang terakhir masuk tidur lepas bonding dengan anak-anak.

Walaupun begitu, aku sentiasa kemas, bermekap, berwangi wangian dengan perfume dan lotion. Itu habit aku sejak sebelum masuk zaman universiti lagi.

Aku juga menantu yang disenangi mentua. Aku jenis tolerate dengan banyak perkara.

Tapi, aku pernah dicurangi, aku ambil masa lama untuk heal. Timeline kes curang tu sama dengan umur anak bongsuku yang dah masuk 2 tahun. Walaupun suami dah menyesal, nangis nangis janji tak buat lagi, kepercayaan tu goyah.

Sepanjang healing proses, banyak ups and downs. Aku lost, aku hilang keyakinan diri, kerap menangis, rasa susah nak percaya orang, yang paling sedih ialah aku berhenti tahajud.

Aku rasa aku berhenti tahajud mungkin sebab lepas kejadian tu, aku kurang keyakinan pada Allah, astaghfirullah.. Sampai aku pernah rasa aku tak tahu nak doa apa lagi dah. Kalau aku tahajud pun, aku akan nangis lama atas sejadah, tanpa berdoa.

Aku jadi risau tak tentu fasal, intimidated bila nampak orang lain lebih cantik dan muda daripada aku. Overthink bila suami balik lambat. In short, aku jadi benci diri aku yang too vulnerable sedangkan asalnya sangat confident, alpha lady.

Tapi aku tak biarkan diri aku jadi mangsa meratapi nasib. Aku berusaha cari diri sendiri. Aku buat macam-macam, antaranya tukar tempat kerja (better offer), create new habits in workout and reading.

Betul orang kata time will heal, we just need to trust the process and feel every bits of the bitterness. Aku ignore all negative feelings yang datang dengan fokuskan matlamat perkahwinan bagi aku sekarang bukan lagi demi cinta tapi lebih untuk besarkan anak-anak.

Hasilnya, aku bosan dengan cerita tentang lelaki curang, same old same old. Kita sangat sibuk mengutuk kecurangan lelaki, yang sebenarnya bagi aku agak mustahil nak jumpa lelaki yang tak pernah curang. So no need to put high hope.

Kalau uoll tengok suami aku yang soft spoken, romantik rajin peluk & pegang tangan isteri even in public, perwatakan baik, hormat orang tua, sopan, solat tak tinggal, sure tak percaya yang dia pernah curang.

Kita tak sedar betapa beratnya dugaan orang yang dicurangi, usaha untuk bangun semula bukan senang ye, Allah je tahu battle yang kita lalui. Macam orang gila, tiba-tiba boleh menangis lama, susah nak berhenti.

Alhamdulillah after awhile, aku dapat balik kekuatan dan aku redha dengan ketentuan Allah. Aku slowly detach dengan suami walaupun kami rapat.

Aku sekarang lebih utamakan diri sendiri, aku perlu sentiasa jadi insan bahagia untuk besarkan dan bahagiakan anak anak.

Aku masih lakukan tugas isteri dan ibu, memasak, siapkan dan ajar anak tu masih aku buat tapi part lain aku byk let go suruh bibik je buat.

My husband is no longer number 1. Dia nak bersukan balik 3-4 pagi aku ok, nak pergi bercuti dengan kawan- kawan dia pun aku ok. Sampai kawan-kawan dia pun pelik tengok aku terlalu sporting.

Well, the trust has already been broken anyway.

Aku pernah je terfikir macam mana kalau dia curang lagi? Tapi yang tu bila jadi nanti aku fikir.

Doakan aku terus kuat guys! Aku dah move on, tapi masa menaip ni aku masih berair mata. Sigh!

– Samihah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *