Aku ialah seorang isteri kepada cikgu sekolah menengah. Aku bekerja swasta di MNC, tak ada ramai kawan rapat tapi aku disenangi di tempat kerja dan mudah berkawan. Social and people management skills are my forte.
Aku pernah jadi seorang isteri yang sangat baik, sentiasa fikir cara menyenangkan suami, hormat suami, dahulukan suami dan anak-anak dalam apa pun, tak pernah berkira soal duit.
Aku orang pertama bangun pagi untuk tahajud, masak, siapkan keperluan anak -anak untuk ke sekolah. Aku juga yang terakhir masuk tidur lepas bonding dengan anak-anak.
Walaupun begitu, aku sentiasa kemas, bermekap, berwangi wangian dengan perfume dan lotion. Itu habit aku sejak sebelum masuk zaman universiti lagi.
Aku juga menantu yang disenangi mentua. Aku jenis tolerate dengan banyak perkara.
Tapi, aku pernah dicurangi, aku ambil masa lama untuk heal. Timeline kes curang tu sama dengan umur anak bongsuku yang dah masuk 2 tahun. Walaupun suami dah menyesal, nangis nangis janji tak buat lagi, kepercayaan tu goyah.
Sepanjang healing proses, banyak ups and downs. Aku lost, aku hilang keyakinan diri, kerap menangis, rasa susah nak percaya orang, yang paling sedih ialah aku berhenti tahajud.
Aku rasa aku berhenti tahajud mungkin sebab lepas kejadian tu, aku kurang keyakinan pada Allah, astaghfirullah.. Sampai aku pernah rasa aku tak tahu nak doa apa lagi dah. Kalau aku tahajud pun, aku akan nangis lama atas sejadah, tanpa berdoa.
Aku jadi risau tak tentu fasal, intimidated bila nampak orang lain lebih cantik dan muda daripada aku. Overthink bila suami balik lambat. In short, aku jadi benci diri aku yang too vulnerable sedangkan asalnya sangat confident, alpha lady.
Tapi aku tak biarkan diri aku jadi mangsa meratapi nasib. Aku berusaha cari diri sendiri. Aku buat macam-macam, antaranya tukar tempat kerja (better offer), create new habits in workout and reading.
Betul orang kata time will heal, we just need to trust the process and feel every bits of the bitterness. Aku ignore all negative feelings yang datang dengan fokuskan matlamat perkahwinan bagi aku sekarang bukan lagi demi cinta tapi lebih untuk besarkan anak-anak.
Hasilnya, aku bosan dengan cerita tentang lelaki curang, same old same old. Kita sangat sibuk mengutuk kecurangan lelaki, yang sebenarnya bagi aku agak mustahil nak jumpa lelaki yang tak pernah curang. So no need to put high hope.
Kalau uoll tengok suami aku yang soft spoken, romantik rajin peluk & pegang tangan isteri even in public, perwatakan baik, hormat orang tua, sopan, solat tak tinggal, sure tak percaya yang dia pernah curang.
Kita tak sedar betapa beratnya dugaan orang yang dicurangi, usaha untuk bangun semula bukan senang ye, Allah je tahu battle yang kita lalui. Macam orang gila, tiba-tiba boleh menangis lama, susah nak berhenti.
Alhamdulillah after awhile, aku dapat balik kekuatan dan aku redha dengan ketentuan Allah. Aku slowly detach dengan suami walaupun kami rapat.
Aku sekarang lebih utamakan diri sendiri, aku perlu sentiasa jadi insan bahagia untuk besarkan dan bahagiakan anak anak.
Aku masih lakukan tugas isteri dan ibu, memasak, siapkan dan ajar anak tu masih aku buat tapi part lain aku byk let go suruh bibik je buat.
My husband is no longer number 1. Dia nak bersukan balik 3-4 pagi aku ok, nak pergi bercuti dengan kawan- kawan dia pun aku ok. Sampai kawan-kawan dia pun pelik tengok aku terlalu sporting.
Well, the trust has already been broken anyway.
Aku pernah je terfikir macam mana kalau dia curang lagi? Tapi yang tu bila jadi nanti aku fikir.
Doakan aku terus kuat guys! Aku dah move on, tapi masa menaip ni aku masih berair mata. Sigh!
– Samihah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Proud of you girl. Should that ‘thing’ happen again..just leave and dont look back.
Sedap laki dia boleh balik lambat melancong bagai..kalau aku memang taklah ko dduk rumah jaga anak2 buat kerja rumah lembik la laki camni pandai buat anak jaga taknak!
Salam,
Sembang pasal curang harinih, saya nak cerita something, pasal project manager saya yang handsome giler, idaman semua para gadis, suami orang anak 3. Kisah lama, flashback. Masa kitorang 3rd batch junior kat sini. He’s one of best manager kat sini.
Co workers pernah tanya ke dia, saya tukang dengar jer, diorang tanya dalam sehari berapa ramai pernah perempuan mengorat tuan, dia okey jer nak jawab, dia kata lebih 2,3 orang perempuan gitu. Kat sosial media berapa banyak dapat DM, dia kata lebih 2700+ DM sebulan, sampai letih nak delete, kalau tak larat dia biarkan dulu. Diorang tanya isteri tuan tahu tak. Dia jawab tak tahu, sebab tak pernah bincang dengan isteri pun. Isteri dia pun tak pernah tanya. Diorang tanya lagi, kenapa tuan tak jadi model. Dia hensem, putih, tinggi. Dia jawab saya minat bidang nih. Kitorang macam ooooooh.
Co worker tanya best tak jadi tumpuan orang. Dia kata tak best pun, kalau boleh dia nak hidup simple, pergi kerja, buat kerja, habis kerja balik rumah, lepak dengan isteri & anak anak. Kalau ada lebih masa, lepak minum dengan kawan kawan sekolah lama. Tak pun lepak rumah makpak & adik beradik selalu, tapi jauh.
Masa suku tahun waktu tuh dia kena running satu minor project nih, dekat department lain. Boom tetiba kecoh nama dia naik. Ingatkan small project tuh siap awal blueprint dia. Al kisah dia curang, isteri dia menulis kat sosial media bukan main panjang tentang kecurangan dia, siap tag akaun company, mau tak huru hara. Habis dia kena hentam. Dia sangkut dengan janda department situ, senior situ khabar dah 3 tahun janda nih aim dia. Sejak hari pertama dia incharge projek dekat department situ, kemain happy janda tuh, lebih dekat kan target dia.
Saya rasa ngeri eh, dalam fikiran saya 13 tahun kahwin, setelah lama bertahan dari godaan manusia manusia, senior kebanggaan kami akhirnya tersungkur jua. Jadi bila sekali tersungkur, memang pengorbanan 12 tahun setia dalam rumahtangga memang tak dinilailah, yang dinilai 1 kali tersungkur tuh. Bayangkan berjuang jadi suami yang baik selama 12 tahun, kerana 1 kesilapan hancur lebur usaha 12 tahun tuh. Ah sudah.
Masa meeting setengah tahun, saya tengok baju senior saya renyok sana sini, co worker saya kata mesti isteri dia dah tak urus dia lagi. Saya macam, logik juga. Lelaki kan kalau iron baju ala kadar jer, tak solid macam orang perempuan. Seluar slack dia tak tajam dah, kasut tak bersih, tie tak kemas. Dia masih hensem tapi penampilan serabut. Habis meeting, lepak pantry. Dia sorang makan nasi bungkus. Isteri dia tak bekalkan dia makanan lagi dah rasanya. Semua yang sama senior dengan dia tanya, macam mana boleh sangkut, 3 tahun bertahan, dia macam tak ada jawapan dah. Serabut kepala dia agaknya, site manager dia siap bancuhkan kopi panas untuk dia, batang hidung tumbler dia pun tak nampak dah.
Janda tuh macam mana pula, dah habis turn senior kitorang, dia berlaga tetek pula dengan suami orang lain. Kesana kemari ekor lelaki tuh pulak, masuk bilik printing, bilik media, rehat sama, bersidai kat meja orang tuh. Masing masing tengah tunggu turn senior tuh sangkut pulak, sebab next senior nih banyak musuh dan saingan dalam firma nih.
Waktu saya & junior lain kena prep untuk next project, saya terserempak dengan senior saya, prestasi dia makin menurun sejak kes scandal tuh, saya jadi terfikir, kat dunia mana penyondol nih akan kalah. Rasanya asyik menang jer, tunggu kiamat lama. Eventho rumahtangga yang dia ganggu cuma semata nak test market dia, masih power tak skill dia. Yer mostly rumahtangga yang dia ganggu tak bercerai berai, tapi keharmonian rumahtangga mangsa mangsa dah habis. Suami & isteri masing masing macam robot, hanya menjalani hidup, very very sad. Nak citer tuh jela. Penyondol jer happy, suami isteri, karier & anak anak semua hancur lebur.
May this type of love never find us. Aamiin Allahumma Aamiin.
Tutup salam.
Setuju, Utman Taro.
Baik lelaki mahupun perempuan yang ambik karakter penyondol majoritinya tak menikah dengan target pun. Ada tu sanggup try bini orang untuk test market. Sekali bini orang tu sangkut hingga kantoi dengan suami dan keluarga besar. Bercerai berai dan hancur habis rumah tangga tu. Lepas tu ending macam biasa, perempuan kena tinggal.
Yang kes lelaki pula, ada isteri yang sanggup bertahan demi anak sebab anak-anak rapat dengan ayah. Tapi sama mcm citer utman taro, life mereka dah tak sama. Hening dan diam.
Akhir zaman ni dasim pun dah rekrut manusia jadi konco2 perosak masjid orang.
Yang boleh kita buat sekarang, banyak2 doa supaya Allah lindung kita dan famili untuk tak terjebak dalam masalah macam tu. Allahummaamiin