Pengkhianatan Lecturer

Aku nak cerita sikit pasal perangai lecturer yang suka tindas murid.

Aku rasa perangai macam ni banyak je berlaku dan bukan antara lecturer dengan murid sahaja, tapi ramai je orang atasan yang suka tindas orang bawah.. tapi ni aku nak cerita dari sisi murid.

First of all aku, Myvi Putih. Aku tak ada dendam dengan lecturer aku sebab dia fail kan aku atau sebaliknya. Nanti orang ingat aku tak puas hati sebab lecturer fail kan aku pulak.

Okay, waktu aku mula-mula masuk belajar dulu aku ada dengar cerita pasal sorang lecturer ni, cerita buruk lah. Dia selalu tinggalkan student, tak buat kelas, tak proceed kerja student dan akhirnya effect dekat student tu.

Sehari sebelum assesment baru dapat project brief. Dan ni aku kena sendiri lah, tengahari tu kami ada kelas tapi pagi tu baru dia buat slide untuk mengajar kami. Dan slide dia tu fully gambar google sahaja.

Berdiri dekat depan kelas, sembang melangit, gajah pun boleh terbang.

Kami dah hampir setahun belajar dengan dia and kami sangat stress sebab setiap kali kelas dia dia akan bertukar tukar idea, tukar project, tukar assignment. Kami stress, sumpah.

Ni course lain dah start buat final tapi kami masih development lagi. Pelik lah dengan orang yang macam ni. Suka menindas orang and tak lupa juga makan gaji buta.

Banyak je benda lagi yang dia buat tapi benda tu takde kena mengena dengan aku so aku takmau cerita.

Kami akhirnya cuba untuk independent dan rebel buat kerja and proceed sendiri since dia asyik pusing pusing research, asyik suruh kami buat benda yang sama.

Kami dah lambat dah kalau nak dibandingkan dengan student lain.

Sumpah tak puas hati dengan sejenis manusia yang cuma nak nampak bagus, nampak berpengalaman padahal hakikatnya sebaliknya.

Aku cuma mampu berdoa jelah tapi jangan lupa yang doa orang yang teraniaya ni bahaya tau ha. Risau bila aku doa bukan-bukan jadi pula.

Kalau ada yang baca ni lecturer, cikgu, atau berpangkat tinggi, janganlah senang sangat dekat dunia ni. Nanti dekat akhirat nanti depan tuhan susah kamu semua.

Apa salahnya senangkan sikit kerja orang, barulah orang senang dengan kita ni tak, asyik nak menyusahkan orang.

– Myvi Putih (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *