Hikmah Ujian Hidup & Kelebihan Selawat

Assalamualaikum, maaf post ni mungkin agak panjang. Saya nak kongsi tentang kelebihan selawat yang saya dah rasai sendiri dalam hidup saya.

Sedikit background diri saya. Saya berumur 30 tahun, seorang perempuan, merupakan anak sulung dan ada dua orang adik lelaki. Saya seorang yang ambitious dan kuat berusaha. Saya seorang yang mengutamakan keluarga. Saya juga direzekikan dengan rezeki pekerjaan.

Saya dapat kerja awal dalam bidang yang saya belajar sebelum saya graduate. Disebabkan saya lahir dari keluarga yang sederhana, keadaan ni memotivasikan saya untuk jadi berjaya dan rajin mencari rezeki. Kehidupan saya dahulu 90% ialah tentang kerja sampai kadang2 mimpi pun pasal kerja.

Ceritanya begini, ada satu fasa dalam hidup saya, saya dilanda kesedihan dan kekecewaan yang melampau dengan benda yang saya sangat suka dan sayang iaitu kerja dan keluarga. Saya tukar tempat kerja atas sebab gaji yang lagi tinggi.

Tapi bila saya dah mula bekerja, saya sedar tempat kerja baru saya dipenuhi dengan banyak benda negatif. Kalau sebelum ni, kepala saya hanya fokus macam mana nak cari duit lebih tapi dekat sini pertama kali dalam hidup saya, saya rasa duit dah tak ada makna.

Dekat tempat kerja baru, pergaduhan berlaku sangat kerap, banyak manusia berpersonaliti narcissistic, malah management yang sepatutnya mengurus company dah bertukar manjadikan company huru-hara, orang bawahan juga ada masalah yang tersendiri.

Dekat sini saya nampak kezaliman di dunia di depan mata. Orang yang baik akan dicantas, yang tinggal berkuasa hanya dari spesis yang sama. Banyak putar belit dan akhirnya saya sendiri termasuk dalam putar belit manusia narcissistic.

Dalam keluarga pula, ada satu masa, saya mula rasa yang rasa saya tak dihargai dan diabaikan. Saya rasa yang saya hanya diperlukan untuk duit. Saya juga rasa orang yang sepatutnya bertanggungjawab mencari duit dalam keluarga saya berkira2 dan tak berusaha sebaik mungkin.

Selain tu, kehadiran saya juga tak dipentingkan dalam aktiviti/majlis keluarga. Mereka tak consider waktu yang saya available. Kalau saya ada, adalah. Kalau takde, takdelah.

Lepas tu, ada benda yang disorokkan dari pengetahuan saya sebab takde kepercayaan dekat saya. Katanya takut saya sebarkan cerita dekat orang lain. Sampai begitu sangkaan mereka kepada saya?

Dalam masa yang sama, keluarga juga mencerita kisah saya kepada saudara mara yang lain. Saya rasa macam tak ada privacy bila cerita hidup saya tersebar ke pengetahuan orang lain. Saya rasa sedih dan kecewa dengan keluarga sendiri.

Tambahan lagi, ada orang luar yang dilayan sangat istimewa, sedangkan anak sendiri yang berpenat lelah untuk keluarga sedang berendam air mata. Saya juga tahu ibubapa/keluarga juga manusia yang buat salah. Tapi kenapa ibubapa/keluarga saya tak pernah minta maaf dekat saya?

Entahlah, mungkin juga saya sangat penat berdikari sampai timbul rasa terbuku dan pemikiran negatif macam ni. Tapi hakikatnya saya memang terasa dengan keluarga sendiri.

Sampai satu tahap saya terlalu penat & drain dengan keadaan & manusia sampai saya tak tahu nak buat apa. Bila saya luah dekat orang, kadang2 saya rasa tak ada siapa faham, tak ada siapa bersama saya. Saya dalam keadaan yang sangat lelah sorang2.

Saya selalu tanya dekat diri sendiri kenapa orang & keadaan macam tu dan kenapa macam ini? Saya ada banyak persoalan yang bermain dalam kepala saya. Saya tak dapat terima hakikat keadaan pada masa tu.

Selain tu, saya juga tak move on dan selalu mengenang masa lalu yang saya tak boleh terima. Bila kadang2 hati saya dah terima masa lalu, tiba2 saya takut dengan masa depan yang penuh uncertainty. Saya terlalu nak yang terbaik sehingga saya terlalu takut dengan kesilapan.

Saya betul2 penat. Berbulan saya duduk sorang2 sebab nak berehat dari manusia dan keadaan yang sangat memenatkan.Bila saya sendirian, saya ingat saya akan berehat. Tapi tiba2 macam2 benda yang masuk/terlintas dekat kepala saya.

Saya terlalu banyak berfikir. Saya tak boleh kawal. Saya rasa macam nak gila. Sampai masa saya makan ubat tidur untuk stop saya daripada berfikir. Saya rasa dunia tak adil, orang yang betul2 salah hidup tenang, mangsa pula hidup dalam keadaan sengsara. Keadaan waktu tu sangat memenatkan.

Lepas tu, bila saya dengar berita kematian / hadiri majlis pengebumian saudara terdekat. Saya terfikir suatu masa nanti saya juga akan mati. Saya terfikir apa yang saya sangat lelah kejar dalam kehidupan saya sekarang? Saya lelah dengan kejayaan dunia? Duit dunia? Bila tiba masa saya, saya dah bersedia ke untuk mati dan masuk ke alam lain?

Bila masa dah berbulan berlalu, dengan izin Allah, saya juga semakin pulih tapi kadang2 trauma saya datang balik bila ada benda yang remind saya dengan masa lalu. Jantung saya start berdegup laju kalau ada benda yang trigger saya kepada masa lalu.

Ada satu hari, saya tengok video org cerita pasal kebaikan selawat jibril. Selepas beberapa bulan, masa saya pegi kenduri, saya dapat door gift tasbih digital. Tiba2 saya rasa saya nak cuba berselawat. Saya buat 1000x sehari. Saya tetap buat walaupun pada mulanya tak ada rasa apa2.

Lama-kelamaan saya rasa perubahan dekat diri saya. Memang ajaib. Tiba2 saya nampak hikmah dengan kekecewaan dan kesedihan yang saya dah tanggung bertahun-tahun. Saya mula menerima semua baik buruk manusia dan keadaan.

Saya mula nampak yang semua perkara yang terjadi di tempat kerja, di dalam keluarga saya ialah aturan Tuhan. Selalunya Allah akan uji dengan perkara yang kita paling suka & sayang. Kerana Allah nak kita hanya meletakkan diri-Nya di tempat teratas dalam hidup dan hati kita, bukan kerja, bukan keluarga.

Selain tu, Allah juga uji kerana Allah nak kita kembali kepada-Nya. Ujian ialah bahasa cinta Tuhan kepada hambanya. Ujian juga membuatkan kita menjadi lebih dewasa dan berfikir dengan lebih matang.

Janganlah kita bersedih dan kecewa dengan takdir tuhan. Jangan sesekali kita bersangka buruk dengan Tuhan. Jangan pernah kita putus asa dengan Tuhan. Boleh jadi kesenangan yang menjauhkan kita dari Allah ialah ujian dan kesusahan yang mendekatkan kita dengan Allah ialah rahmat.

Kadang2 cara Allah ajar kita juga tak straight forward. Allah tunjukkan contoh yang buruk supaya kita belajar menjadi contoh yang baik.

Saya juga belajar hakikat rezeki adalah dari Tuhan. Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Begitu juga dalam rezeki saya, ada rezeki untuk keluarga saya. Hakikatnya saya tak ada apa2, yang dikurniakan kepada saya semua milik Allah.

Saya belajar untuk ikhlas dalam setiap perbuatan sebab dengan ikhlas datangnya ketenangan. Kita kene faham yang membalas semua kebaikan dan kejahatan ni kerja Tuhan.

Kalau kita buat kebaikan/beri pertolongan kepada orang, kita tak boleh fikir/harapkan orang yang kita bagi kebaikan/beri pertolongan tu yang akan membalas kebaikan kita. Tapi Allah yang akan balas setiap kebaikan dalam macam2 cara yang kita tak duga/sangka.

Begitu juga, kejahatan. Kita tak perlu susah2 untuk balas keburukan orang kepada kita, biar Allah je yang settle dia.

Saya dah dapat jawapan untuk soalan saya. Apa yang saya nak dalam kehidupan ialah ketenangan dan kebahagiaan. Dan cara untuk mendapat ketenangan dan kebahagiaan ialah sentiasa dekat dengan Tuhan.

Hidup di dunia memang penuh dengan ujian. Tapi ujian di dunia akan rasa mudah selagi mana kita bersama Tuhan.

Allah dah kata “aku adalah sangkaan hambaku”, jadi bersangka baiklah dengan Allah. Hidup di dunia juga hanya sementara jadi kenapa kita nak bazirkan masa dan tenaga kita dengan rasa sedih dan kecewa?

Zikir dan selawat ialah penawar bagi jiwa yang sengsara. Allah akan angkat segala kesedihan/ kekecewaan/ kegusaran/ kesukaran dan digantikan dengan ketenangan/ kelapangan/ kebahagiaan/ kesenangan.

Hakikatnya ujian dan cabaran dalam hidup datang dari Allah dan penyelesaiannya juga dari Allah.

Lahawlawalaquwwataillabillah – tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan (pertolongan) Allah.

Semoga memberi inspirasi dan manfaat.

Nukilan,

– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *