Isteri Setia

Assalamualaikum semua. Saya ingin berkongsi luahan hati. Saya sudah berkahwin hampir 12 tahun. Suami saya dulu seorang duda anak 3.

Masa kami berkahwin anak2 masih kecik lagi. Dan pelbagai halangan dan rintangan yang saya lalui termasuk campur tangan bekas isteri.

Dan saya juga telah melalui semua fasa kecurangan suami dengan bekas isteri selama bertahun2. Hingga akhirnya selepas beberapa tahun barulah saya dan suami mula mencipta bahagia dalam rumahtangga..

Sepanjang perkahwinan saya lah yang menanggung segala keperluan hidup.. Sebab saya bekerja dan bergaji tetap. Sedangkan suami tidak mempunyai pendapatan tetap. Tak pernah beri nafkah. Saya lah mengurus segalanya.

Hasil perkahwinan saya dikurniakan seorang anak.. Dan suami adalah bapa yang sangat baik dengan anak2. Dari lahir hingga besar semua dari hasil tangan dia menjaga anak2.

Kerja rumah pun dia banyak bantu dan dia tak kisah mengurus semuanya. Tugas saya lebih pada memasak dan melayan dia saje. Sebab tu saya tak berkira memberi lebih pada rumahtangga ni.

11 tahun berlalu saya melihat suami mula berubah laku. Mula marah2. Walau dengan anak2 pun. Dengan saya macam2 hal dia lakukan.. Marah herdik dan hina saya.

Saya mula curiga dengan sikap dia.. Hingga dia tiba2 menukar gambar profile whatsapp berkali2.. Saya dah tau.. Dia ada orang lain.. Saya cuba siasat. Dan akhirnya.. Semua terbongkar..

Memang suami sedang main cinta dengan perempuan warga asing. Saya sangat sedih masa tu. Dia pernah berjanji takkan ulangi lagi kesilapan dulu mengabaikan saya. Sungguh saya tak sangka..

Dalam saya menjaga keluarga berkorban seluruh jiwa dan raga untuk dia dan anak2. Sanggup dia langgar janji. Dan yang paling menyakitkan dia membuat janji untuk menikah dengan perempuan itu.

Saya tanya dia semudah tu awak merancang.. Dia tau ke semua tentang awak.. Patut la senang diaorang merancang.. Bagi dia tak perlu bagi nafkah pada perempuan tu sebab perempuan tu bekerja dan perempuan tu pun tak menuntut apa2.

Saya tanya dia.. Adakah dia ingat saya masih lagi akan berkorban untuk dia kalau dia menikah lagi.

Mudah keduanya buat keputusan kan sebab saya ada jadi backup.. Tak perlu buat apa hanya berkasih sayang dan enjoy dengan kehidupan sedangkan saya bekerja keras untuk tanggung segala keperluan hidup. Hingga kadang untuk diri sendiri pun saya tak mampu adakan apa2.

Perempuan tu pun setiap masa buat provokasi dalam tiktok untuk sakitkan hati saya dan anak2.. Hampir setiap masa.. Sampaikan berzina pada malamnya pun nak update kepuasan pada paginya.. untuk bagi tahu betapa bahagianya dia.

Setahun saya menangis saya derita.. Mulanya suami mintak saya sabar supaya dia boleh ambik masa sedikit untuk tinggalkan perempuan tu.. Tapi suami makin tunjukkan belang sikapnya yang sebenar..

Dia jadikan alasan ada perempuan lain untuk jerumuskan saya dalam dosa yang lebih teruk..

Tiba2 dia mula aktif aktiviti gay.. Dan saya beberapa kali terpaksa mengambil suntikan akibat terkena penyakit kelamin..

Yang lebih parah.. saya dijadikan pemuas nafsu atau upah kepada pasangan gay selepas gilirannya habis.. Trauma yang amat besar untuk saya..

Dia ugut saya kalau tak ikut dia akan kawin dengan perempuan tu.. Ya waktu itu saya masih dalam keadaan tak tenang dan tak tau nak buat apa.. saya terpaksa ikut..

Semakin hari Allah menunjukkan jalan kepada saya.. Hati saya makin tenang dan bersemangat walau masih sakit.. Dia semakin berani terang terangan bermain cinta.. Tanpa menghormati saya lagi.

Kemuncaknya bila dia mengajak saya untuk melakukan seks dengan lelaki lain.. Dia nak lihat lelaki lain melakukan hubungan seks dengan saya.. Dia dia juga mengajak saya untuk melakukan swing couple.. Melakukan hubungan seks dengan satu lagi pasangan..

Alhamdulillah.. saya sudah diberi kewarasan oleh Allah untuk tidak lagi mengikut.. Jika dia nak kawin.. Kawin lah saya dah tak peduli.. Dan saya warning dia jika dia kawin saya akan keluar dari rumah.. Hidup lah dengan isteri baru dan jaga anak2. Saya akan undur dan hidup sendiri..

Dia tidak berpuas hati dengan ugutan saya.. Makin menjadi sikap dia.. Toucher mental saya setiap hari.. Fitnah saya.. Suami saya ada narcicist diaorder dan bipolar.. Setiap kesalahan dia, dia akan balikkan kesalah tu pada saya..

Dia kata saya degil. Hanya perlu terima dia kawin lagi dengan aman dan kami boleh hidup seperti sediakala.. Mungkin dia tak sedar saya berkorban selama ni sebab inilah keluarga saya..

Bila suami nak kawin lagi, saya tak perlu lagi lakukan semua tu. Saya nak keluar dan mulakan hidup baru.

Suami tak puas hati bab ini.. Katanya dia hanya kahwin dan 3 hari saje bersama perempuan tu. 27 hari bersama saya.

Mungkin dia bodoh atau tak sedar.. Bukan giliran tu yang menjadi isu.. Tapi kecurangan dan pengkhianatan tu yang menjadikan saya tidak perlu lagi bersama dia.

Now saya sudah pun buat keputusan untuk keluar.. Rumah sudah saya sediakan dan saya minta izin dia untuk hidup sendirian. Hari2 dia fitnah saya akan berzina dan mai dengan lelaki lain bila diluar..

Saya biarkan saje apa yang dia nak kata.. saya hanya perlu jadi versi terbaik disisi Allah. saya ada kerja yang baik.. Gaji yang baik.. InsyaAllah saya boleh terukan kehidupan.

Dia tanya saya macam mana dengan dia.. Rumah dan anak2.. Siapa nak tanggung.. saya bagitau sekarang giliran perempuan tu untuk fikirkan.. Nak sangat kawin dengan suami orang yang tak layak pun untuk poligami..

Sekali lagi kami gaduh pasal hal ni.. Dia kata, kenapa perempuan tu yang kene tanggung sedangkan dia memang akan bersama 3 hari je sebulan.. Selebihnya kalau saya tak ada dia akan bersama anak2..

Senangnya nak berseronokkan.. Dua2 tak fikirkan kehancuran apa yang sedang mereka berdua lakukan.. yang paling terkesan adalah anak2.. Hidup dalam broken family.. Lebih2 lagi anak2 dia yang terdahulu..

Sekali lagi terpaksa lalui.. saya terpaksa keraskan hati. Supaya tidak dipijak lagi.

Dalam hidup ni berapa banyak kita nak enjoy.. Sebagai seorang suami yang ada tanggungjawab, dalan usia yang makin meningkat sepatutnya berusaha membawa keluarga dan bahagiakan keluarga.. Bukan mencari keseronokan diluar sana.

Berapa banyak tarian dalam tiktok nak dibuat untuk berseronok.. Berapa banyak percutian nak enjoy bersama.. Belum kawin semua indah.. Bila sudah mula perlu memikul tanggungjawab disitulah ujiannya.

Dia kata perepuan tu sanggup susah senang bersama. Susah yang macam mana yang dia sanggup.. Sanggup ke perlu keluar 3 perempat gaji setiap bulan untuk tanggung keluarga sedangkan perempuan tu juga ada anak untuk ditanggung di kampung..

Mampu ke untuk terima suami gay dan aktiviti seksual di luar rumah dan bawak penyakit balik ke rumah.. Masa bercinta ni semua menjadi rahsia. Suatu masa dia akan tau jugak..

Saya takkan pernah beritahu perempuan tu semua keburukan suami sebab tu adalah aib dia.. Biarlah dia alami sendiri nanti dan mungki akan menjadi balasan padanya kerana mengganggu rumahtangga orang. Kerana dialah semua kehancuran hidup saya bermula.. Dan saya tak kan maafkan.

Doakan saya bahagia meniti hari2 kehidupan yang baru.. saya sentiasa berdoa semoga Allah selamatkan perempuan lain dari menjadi mangsa penganiayaan seorang lelaki yang tak berperikemanusiaan..

– Suzi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Terima kaseh kerana sudi share ini, boleh jadi ilmu utk kita.

    Xpi untuk langkah keselamatan. Hire a lawyer untuk standby. Just incase.

    Harap kamu sentiasa be strong and jaga diri baik2.

    Sekian.

  2. tinggalkan je terus, jgn peduli suami yg sgt bermasalah dan berpenyakit mental dan fizikal, bukan tanggungjawab Puan utk sara dia, malah dia la kena sara anak-anak dan nafkah Puan, jgn biarkan diri Puan di buli2, di jadikan lubuk duit utk sara lelaki dayus dan biawak hidup, Puan ada hak sebagai isteri, bukan jadi hamba kepada manusia yg cuma pentingkan diri sendiri, untuk kepuasan diri sendiri suami songsang

  3. Tolonglah bercerai. Penyakit kelamin bukan macam selesema yang bila sembuh hilang sepenuhnya. Penyakit kelamin boleh menjejaskan kesihatan puan seumur hidup, dan boleh merosakkan organ lain dalam badan.

    Puan, puan telah dilacurkan oleh suami sendiri bila dia jadikan puan upah pada lelaki lain. Suami puan juga berzina. Pergi tuntut cerai, buang rasa malu, bagitau ini kepada hakim.

    Selamatkan diri puan, jauhkan diri puan dari lelaki yang hina ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *