Pengalaman Belajar

Assalamualaikum semua, saya Nur. Tujuan saya menulis ni untuk berkongsi kisah perjalanan sebelum dan ketika belajar (Diploma) di sesebuah Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) di Pantai Timur.

1st phase: Disebabkan saya ada cita2 nak jadi Engineer, sejak kecil lagi lepas PT3 saya masuk ambil Pure Science walaupun subject science n math saya teruk gila tapi sebab nak jadi engineer kan tetapkan ku gagahkan jua walaupun sakitttt hahaha.

Saya SPM tahun 2018 kot and result SPM tidak memuaskan hati hahaha (3A: BM, Agama, Math). Subject Physic is my fav one! sanggup pergi tusyen malam naik moto dengan jarak lebih kurang 6km. Alhamdulillah saya dapat B!

Then, lepas SPM saya isi UPU macam biase n saya ada satu University yang paling teringin sangat nak pergi iaitu UTHM sbb banyak course engineering kat situ kan? so pilihan utama of course UTHM.

Ok, bila keluar result semua saya dapat Alhamdulillah! Matriks, UTHM, STPM, and KKTM. Happy sangat lah dapat my dream Uni.

Tapiii yang menyedihkan ayah saya tak izin pergi jauh lagi huhuhu so since KKTM n STPM je yang dekat dengan rumah I chose KKTM walaupun tu pilihan terakhir (maybe Im still a baby in his eyes hehe).

STPM memang saya tak nak sebab masetu telah dimomokan aliran science susah, etc. So dengan rela hati lah saya masuk KKTM. Bab Course saya tak kisah asalkan Engineering hahaha. Ok done kisah sebelum masuk belajar!

2nd phase: Ok bermula lah masa hari daftar kat KKTM tu masya-Allah alangkah terkejutnya saya 90% adalah lelaki.

& masetu lane course saya tu saya tak nampak lagi perempuan lain selain diri saya sorang masetu nak nangis dah and nk give up dah saya whatsapp mak saya kate saya takut ramai sangat lelaki ni.

Then, saya nampak ayah saya intai ikut cermin berhadapan dengan saya masetu beliau hanya angguk2 je isyarat “you can do it” gituww hahaha ok lama sikit baru jumpa geng perempuan. Alhamdulillah.

Mase Orientasi saya terkejut kali kedua sebab kelas saya hanya 4 orang je perempuan n 30+ lelaki. Huhu redha je lah sape suruh tak research betul2 hahaha.

Then, lama2 tu saya okey je Alhamdulillah boleh survive dengan jayanya. Saya kuatkan semangat jugak demi nak jadi Engineer kan Hahaha poyo. Tak kisah dah orang asalkan dalam track yang betul utk jadi engineer hehe.

and now saya baru nampak hikmah daripada ketidakizinan ayah saya utk ke UTHM. Antaranya adalah:

1- Takde hutang belajar (elaun rm300/month)

2- Mudah nak balik rumah (jimat)

3- Terlalu banyak hikmah sampai takleh nak tulis haha.

So far journey Diploma saya sangat lah best, pressure yang seronok, lecturer paling terbaikkk, kawan2 supportive n baik.

Sepanjang saya dalam kelas dengan lelaki yang ramai ni kan tak pernah sama sekali diaorang usik, kacau2 yang melampaui batas Alhamdulillah diaorang still hormat kami yang minor ni.

Boleh dikatakan KKTM ni adalah yang terbaik bagi saya. Kalau ada adik/sedara yang nak further diploma (technical) boleh suggest KKTM banyak benefits hehehe (tiber promote haha)

Oklah macam panjang pulak, saya nak mintak korang doakan saya dapat jadi Engineer one day, kalau takdapat pun moga ada yang lebih baik dan terbaik..

Sekarang sedang fikir nak sambung degree kat mana kalau ada suggestion/nasihat untuk saya dan rakan2 lain boleh lah abang-kakak sekalian comment kat bawah.

Thanks, sorry kalau merapu sebab saya kurang sikit bab menulis ni, saya pandai tidur dan makan je (jk) hehehe ok bye, Assalamualaikum.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *