Assalamualaikum semua.. aku nak luahkan masalah yang sedang berlaku dalam family aku. Nama aku Mira, seorang kakak kepada adik-adikku dan umurku masih muda, 24 tahun.
Aku sedang belajar dalam peringkat degree (tahun depan habis) di KL. Adik bawah aku bernama Mona, 20 tahun. Yang bongsu, kecil lagi masih sekolah menengah.
Yang bekerja dalam keluarga aku hanyalah emak dan adik perempuan yang bernama Mona. Ayah dah lama tak bekerja. Jadi tonggak dalam keluarga aku yang utama adalah emak, sebagai punca pendapatan dalam keluarga.
Ayah hanya ada duit kwsp dan tabungan lain, tapi keluarga kami memang berjimat sebab ayah pun dah tak bekerja. 5 tahun sekali pun takde pergi melancong ke ape. Sebab memang takde duit la kan, kami anak-anak dah terbiasa. takde masalah pun.
Masalah sekarang ni bermula dari Mona. Yang aku tahu serba sikit pasal Mona, dia bekerja di kedai makan mewah, jawatan pun tinggi (SPM sahaja) dan gaji tinggi, lebih 2500 sebulan katanya. Balik kerja biasanya lewat malam, pukul 12 am baru sampai rumah kadang lebih pada waktu tu.
Emak bagitahu aku yang dia nak bertunang, lelaki tu umur 27 tahun. Bagi kami semua ia terlalu tua bagi adikku yang masih muda. Kami semua terkejut tiba-tiba nak bertunang.
Emak suruh kawan je dulu jangan terburu-buru nak bertunang dan kahwin sebabnya adik aku sangatlah muda, jauh lagi perjalanannya.
Nak tolong emak buat kerja rumah pun tak pandai tapi semua nasihat kami, tak diendahkan malah merajuk dengan emak disebabkan emak nasihat putuskan hubungan dulu. Fokuskan untuk diri sendiri.
Tapi begitulah cinta, semuanya buta. Nasihat orang yang lebih tua, langsung tak nak dengar. Hanya nak dengar yang manis manis sahaja.
Bulan ni Mona nak bertunang, emak macam terpaksa je ikut. Ayah lagi lah, diam je membisu takde respon. Ayah memang jenis lembut macam tu dengan anak-anak (emak paling garang).
Aku dah buntu. Bakal tunang adik, lelaki biasa sangat, rupa pun takde. Kami sebenarnya dalam hati ni takde la berkenan 100 peratus dekat dia, asyik nak berdating je, malam-malam pun selalu ambil Mona keluar. Aku di KL, keluarga di kampung, kadang rasa nak marah.. tapi dah marah.
Adik aku sangat cantik orangnya, lemah lembut dan yang paling penting dia sangat muda. Mampu ke adik aku jadi isteri orang? rasa sedih sangat bila fikir balik.
Kami fikir adik kami patut dapat yang lebih baik lagi dan tak perlu kahwin pun lagi sebab di umur tu patutnya fokus dulu kerja.
Bila kami tanya.. dah ada tarikh kahwin ke? lagi terkejut kami katanya dalam tempoh 4/5 bulan. Dan dia nak menyakinkan kami, katanya tak nak guna sesen pun duit orang tua.
Sampai macam tu sekali Mona kemaruk kahwin. Sedih emak.. emak tertanya-tanya kenapa terlalu cepat, bukannya adikku tua sangat.
Dia respon katanya umur lelaki tu tua. Masalahnya 27/28 pun muda lagi untuk zaman sekarang, tapi umur macam tu terlalu tua untuk adikku yang masih 20 tahun.
Padahal diusia Mona, dia sepatutnya capailah impian dulu, kejarlah cita-cita, bukannya cinta. Happy-happy je dengan kawan-kawan/family. Orang kata umur 20 tahun baru merasa duit banyak.
Nak kahwin memang mudah, tapi nak pertahankan rumah tangga tu bukan mudah kalau takde ilmu. Jujur cakap adik kami ni macam kurang pandai, tapi kerja ok.
Bila tanya kenapa lelaki nak cepat-cepat? dijawabnya emak lelaki dah tua sangat, kurang sihat.
Pendapat aku sebagai kakak, kalau emak sakit, jagalah emak, fokuskan emak dulu. Bukannya sibuk nak kahwin, takkan adik aku pulak yang kena korbankan usia dia semata-mata kena kahwin dengan dia.
Sedih sangat hati ni. Jauh dalam lubuk hati, risau dengan kes cerai sekarang. Kalau tanya orang yang dah berkahwin pun, semua bagitahu kena kuat bersabar dalam rumahtangga.
Mona tu muda, sabarkah dia dalam melayari rumah tangga jika realiti alam kahwin tak seindah yang diceritakan. Ni pun nak bertunang tiba tiba je, emak cakap terburu-buru, tak tahu lah apa yang dia duk kejarkan.
Emak nasihatkan jugak, jika nanti lepas kahwin Mona akan tinggal dengan mil dan suami je kat rumah, jika berlaku apa-apa yang perlu korbankan dia kena berhenti kerja dan jaga mil (contoh risiko yang kami fikir sebab dia cerita yang emak lelaki sakit) mampu ke Mona tu?
Yelah kalau kita dah kahwin, wajib kita dengar kata suami kata emak. Mana boleh undur dah.
Aku sampai takde selera nak makan fikir masalah ni. Mudahnya Mona buat keputusan tanpa bincang dengan kami. Kalau kami tak sayangkan dia kami takkan nasihatkan dia dah. Tapi sebab kami sayanglah kami buat ni semua.
Aku minta tolong sangat, aku nak tahu pendapat emak/ayah ataupun kakak abang yang baca luahan ni jika ada keluarga yang degil nak terima nasihat orang tua.
Terima kasih..
– Mira (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
1. sorry.. oleh sebab korang ni immediate family dia, so dia xnak dengar.. jangan push dia sgt.. dia lebih suka slow talk..
2. minta tolong ustaz basuh otak dia, atau cari pakcik yg tinggi ilmu agamanya utk borak.. atau makcik yg rapat dgn dia..
3. dia sedar ke tanggungjwab dia nnt sbg isteri yg kena jaga mil dia yg sakit & xde kebebasan bergerak..
4. dia cintakan laki tu sbb laki tu bagi kat dia something yg korang tak bagi selama ni (mungkin kebebasan)
5. cuba bawa dia g bercuti 3d2n kat KL, hari last tu baru buka citer hal tunang ni.. reminder, slow talk walaupun dia tinggikan suara… dia tahu korang sayang dia, cuma keinginan dia lagi tinggi berbanding semua tu..
Orang mabuk cinta memang jadi tuli takkan dengar nasihat. Cuba lah beri nasihat dengan lembut beserta rasional nasihat tersebut. Jika dia tetap dengan pendirian, kahwin kan saha sebelum perkara yang tak elok berlaku. Kemudian doakan sahaja semoga semuanya baik-baik sahaja. Apa yang terjadi kemudian hari biarlah dia hadap atas keputusanya sendiri.