Sedeqah dan Ikhlas

Salam adik2 uia. Sis nk share pengalaman hidup berumahtangga dengan adik2 semua.
Sis ni Ex-Student Aikol. Alhamdulillah dah berkahwin banyak tahun juga. Kami bertunang few
months sebelum sis habis
final semester. Masa tu suami sis nak kawin right after sis habis exam, tak nak tunggu sis kerja
dulu sebab katanya takut sis dikebas orang. Suami sis ni dah kerja (tentera).

Jadi kami pun kawin la lepas sis habis exam. 100% belanja untuk majlis nikah dan majlis kawin dua2 belah
pihak memang guna duit suami. Maklumlah sis baru habis belaja kan. Sis ni yatim piatu. Tp alhamdulillah
adik beradik ramai yang membantu walaupun sis tak minta. Ada few things untuk majlis kawin kami yang disponsor
oleh abg & kakak2 sis. Syukur sis ada adik beradik yang saling membantu walaupun mak ayah kami dah tak ada.

Lepas kawin, sis pun start la buat Chambering (latihan dalam kamar) selama 9 bulan. Chambering ni mcm kursus
untuk dapatkan sijil nak jd Lawyer.Chambering tak de gaji tapi dapat allowance dalam 1000 lebih. Gaji suami dalam 3000 masa tu.

Kami sewa rumah fully furnish dengan sewa bulan 1000. Wlupun sewa yg agak mahal, tapi suami tetap nak duduk rumah
ni sebab dia kata nak sediakan tempat tinggal yg selesa untuk sis. Alhamdulillah hidup selepas kawin kami selesa,
serba cukup dan selesa. Tak pernah rasa kurang duit. Masa ni kami guna kereta kecik je. bayar 400 sebulan.

Suami sis ni orangnya tak pandai duduk diam. Dia suka buat parttime. Setiap hujung minggu dia akan ikut
catering yg dia join sebelum kami kawin lg.Jadi, setiap minggu pendapatan sampingan suami 300-400.
Sis tak rasa sunyi sangat duduk rumah sebab adik sis yg tengah praktikal tumpang duduk rumah kami, so sis ada kawan sembang.
Kadang2 suami ikut catering sabtu sahaja @ ahad sahaja sebab nak bawak sis jln2.

Lepas beberapa bulan kami kawin, suami beli kereta lain. yg selesa sikit. bayaran bulanan untuk kereta RM1000. Alhamdulillah
hidup kami masih sama seperti sebelumnya. Serba cukup, selesa walaupun bayaran bulanan kereta dah bertambah.

Macam mana Sis dan suami boleh rasa senang lepas kawin walaupun sis belum bergaji untuk bantu suami? Sebab ini:

1-Suami kumpul duit sebelum kami kawin. Dia beli kereta kecil supaya bayaran bulanan sikit dan dia boleh kumpul duit.
2-Setiap minggu suami bg RM100-200 kat mak ayah dia hasil dr gaji parttime. Amalan ni dari dia bujang sehingga kini masih diteruskan.
3-Setiap kali gaji bulanan, suami bg duit kat mak ayah dia walaupun dah ada potongan gaji wajib terus masuk acc mak dia.
4-Suami tak merokok.
5-Suami suka tolong kwn2 tanpa ambil sebarang upah.
6-Majlis kawin kami sederhana. Duit hantaran juga sikit. Sis buat DIY untuk goodies, decoration hantaran dan bunga telur (serius jimat).
7-Jaga solat dan solat berjemaah bersama bila kami sama2 di rumah.
8-Suami ringan tulang. Sama2 bersihkan rumah setiap hari.
9-Setiap kali balik kg, suami akan penuhkan bonet kereta dengan brg keperluan untuk bagi kat mak ayah dan beri duit.
10- Kami selalu call mak ayah tanya khabar.
11-Sis bantu suami (walaupun suami tak pernah minta) dengan duit allowance chambering tu utk byr bill2 dan bg duit kat adik2 suami sis.
12-Suami bersedeqah setiap kali ke masjid. Tak kira solat jumaat atau solat 5 waktu.
13-Sis dan suami tak suka mkn kat luar dan sis mmg suka memasak. jd sis memasak setiap hari (ini super jimat dan sihat).

Kat sini sis nk tekankan, bila kita dah berkahwin isteri jangan jd batu api menghasut suami supaya tak bg duit kat mak ayah dia.
Selagi duit keperluan kita cukup, nafkah dipenuhi maka isteri patut beri galakkan dan turut sama menyumbang jika ada duit lebih.
Kalau kita tak mampu bersedeqah kepada org miskin yg ada disekeliling kita, sedeqahlah seikhlasnya kepada mak ayah kita dan adik beradik.

Sis rasa beruntung walaupun sis dah tak ada mak ayah tp sis ada mak ayah mertua untuk sis menumpang kasih dan mengharap doa dari mereka.
Sekarang ni, walaupun sis sudah bekerja, dah ada anak dan baru2 ni sis telah berjaya buka firma guaman sendiri, amalan2 sis dan suami sebelum dan selepas kawin
masih diteruskan. Suami juga masih meneruskan buat parttime catering. Sis percaya rezeki yg tak putus dari Allah adalah disebabkan kita bersedeqah dengan ikhlas.

Teruskan bersedeqah dah adik2 tak akan miskin.

– Sis Comel

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *