Namaku Bulan, tahun ni berumur 27 tahun. Sudah ada pekerjaan yang stabil. Mungkin luahan ni cliche tapi aku hanya ingin meluah.
Aku masih bujang. Tiada niat pun nak bujang sehingga sekarang. Walhal aku punya impian nak settle down waktu umur 26 tahun.
Tapi apakan daya, pada umur aku 24 tahun aku telah terjumpa dengan cinta pertama aku.
Lawak sebenarnya, sedangkan sebelum aku yakin nak kenal dia, aku siap istikharah betul ke keputusan aku. Dan lepas tu aku rasa tenang kalau teringat pasal dia.
Namun langit tak selalu cerah.. Kami terpaksa putus atas dasar keluarga dia lagi berkenan dengan kawan diplomanya dulu.
Tanpa ibu bapanya mengenali aku. Atas alasan ibu perempuan tu dah teringin nak berbesan dengan keluarga lelaki itu.
Pelik betul aku, kenapa masih ads ibu bapa yang fikirkan kebahagiaan mereka tanpa fikirkan kebahagiaan anak mereka. Akhirnya kami putus dan lelaki itu sudah selamat berkahwin.. haha.
Dan aku.. masih menyendiri. Jujur aku cakap, aku masih dalam fasa move on. Dia cinta pertama aku.
Kadang-kadang dia masih ws aku dan bagitahu dia tidak duduk sebumbung dengan perempuan tu kerana benci. Namun.. perempuan itu sudah jadi isteri sah dia.
Rakan-rakan pejabat aku semua sudah berkahwin. Hanya aku yang belum.
Balik kampung, saudara-mara bertanya bila aku nak kahwin. Di pejabat pun sama.
Soalan aku.. salahkan aku masih bujang?
Demi Allah, hati aku masih tertutup dan aku masih sedih atas apa yang terjadi kepada aku..
Aku merayu, tolonglah.. jangan patahkan hati aku dengan soalan kalian.
Tipulah aku taknak kahwin taknak ada keluarga sendiri. Aku sangat mengimpikan keluarga kecilku sendiri. Tapi bagi aku ruang dan masa.. pintu hati aku masih tertutup..
Doakan aku. Aku rasa aku memang tidak layak jatuh cinta dan tidak layak menjadi seorang isteri.
– Bulan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
bujang bukan masuk neraka pun.
Allahu… Tak salah nak pilih jadi solo dulu. Rawat hati terlebih dulu sebelum jumpa orang baru supaya tak jadi rebound relationship. Banyakkan selawat, jaga ibadah, berbuat baik dengan ibu bapa. Happykan diri dulu. Bila dah ada aura positif dalam diri, barulah senang jodoh sebenar nak datang menghampiri kamu. Jangan terasa dengan pertanyaan orang. Cukup senyum dan balas. “Insya-Allah( dengan izin Allah) saya akan menikah. Tenang2 dik.