Bagi Aku Ruang Dan Masa

Namaku Bulan, tahun ni berumur 27 tahun. Sudah ada pekerjaan yang stabil. Mungkin luahan ni cliche tapi aku hanya ingin meluah.

Aku masih bujang. Tiada niat pun nak bujang sehingga sekarang. Walhal aku punya impian nak settle down waktu umur 26 tahun.

Tapi apakan daya, pada umur aku 24 tahun aku telah terjumpa dengan cinta pertama aku.

Lawak sebenarnya, sedangkan sebelum aku yakin nak kenal dia, aku siap istikharah betul ke keputusan aku. Dan lepas tu aku rasa tenang kalau teringat pasal dia.

Namun langit tak selalu cerah.. Kami terpaksa putus atas dasar keluarga dia lagi berkenan dengan kawan diplomanya dulu.

Tanpa ibu bapanya mengenali aku. Atas alasan ibu perempuan tu dah teringin nak berbesan dengan keluarga lelaki itu.

Pelik betul aku, kenapa masih ads ibu bapa yang fikirkan kebahagiaan mereka tanpa fikirkan kebahagiaan anak mereka. Akhirnya kami putus dan lelaki itu sudah selamat berkahwin.. haha.

Dan aku.. masih menyendiri. Jujur aku cakap, aku masih dalam fasa move on. Dia cinta pertama aku.

Kadang-kadang dia masih ws aku dan bagitahu dia tidak duduk sebumbung dengan perempuan tu kerana benci. Namun.. perempuan itu sudah jadi isteri sah dia.

Rakan-rakan pejabat aku semua sudah berkahwin. Hanya aku yang belum.

Balik kampung, saudara-mara bertanya bila aku nak kahwin. Di pejabat pun sama.

Soalan aku.. salahkan aku masih bujang?

Demi Allah, hati aku masih tertutup dan aku masih sedih atas apa yang terjadi kepada aku..

Aku merayu, tolonglah.. jangan patahkan hati aku dengan soalan kalian.

Tipulah aku taknak kahwin taknak ada keluarga sendiri. Aku sangat mengimpikan keluarga kecilku sendiri. Tapi bagi aku ruang dan masa.. pintu hati aku masih tertutup..

Doakan aku. Aku rasa aku memang tidak layak jatuh cinta dan tidak layak menjadi seorang isteri.

– Bulan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. dik, stop berhubung dgn lelaki tu. kalau dia wA, tolong block. konon tak sebumbung, ntah2 saja je cari jalan nk “try” ko plak.

    Mulut tempayan boleh tutup, mulut org mmg ko kena hadap. ko ckp je doakan saya, kalau lebih2 sgt, ko bahasakan aja.

  2. Allahu… Tak salah nak pilih jadi solo dulu. Rawat hati terlebih dulu sebelum jumpa orang baru supaya tak jadi rebound relationship. Banyakkan selawat, jaga ibadah, berbuat baik dengan ibu bapa. Happykan diri dulu. Bila dah ada aura positif dalam diri, barulah senang jodoh sebenar nak datang menghampiri kamu. Jangan terasa dengan pertanyaan orang. Cukup senyum dan balas. “Insya-Allah( dengan izin Allah) saya akan menikah. Tenang2 dik.

  3. Akak pon dah 37 thn dik masih bujang.Belum jmpa real soulmatte.Kita suka kan org belum tentu org tu serius nak kan kita dek non.

    Aku enjoy jd bujang walau kdg meluat tahap apa bila blk kg..org keliling duk push bila nak kwen.Siap kata tua nanti sorang2 sendirian.Igt tak pedih ke?Aku lps tu malas dah ada connection dgn org cmtu

    Zmn skrg kahwin pun byk prob.Ko tgk dlm iium confession ni la para isteri meluah mcm2.
    Bahagia ke tu?
    Kalau bujang..if mati Allah tak hisab atau soal apa dosa dan tanggungan ko kelak.Simple

    Mulut org..buat pekak je..jawab je doakan yg baik2 tu je ..jgn emosi jwb soalan dorg k.Rilek…hdp ni bkn kena wajib khwin pon lau Tuhan kata belom jodoh.Xyah semak kepala

  4. awk kalau taknak org bertanya soal bila nak kahwin semua ni , nasihat sy

    1- jangan terlampau ramah , bercerita psl diri awk atau sibuk hal orang
    sebab kalau awk jenis sibuk tanya hal org , org pun akan sibuk tanya hal awk.

    2- cakap bila perlu sahaja , takda benda nak cakap just diam bt kerja.

    trust me kalau awk ikut , org takkan berani sibuk nak tanya hal peribadi awk.. tak salah bujang pun , ingat satu je , tak dpt jodoh didunia , Allah akan beri di sana nanti,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *