Salam dan hai semua. Aku menulis kat sini bukan untuk dengar hentaman, kejian atau cacian. Aku nak dengar pendapat korang.
Sebelum aku cerita, tolong bayangkan korang ada kat tempat aku sebagai seorang anak dan apa yang korang akan rasa?
(Kalau boleh yang mana family dia bahagia, kaya, senang tu mohon skip cerita ni. Aku tak nak dengar pandangan orang yang tak pernah lalui apa yang anak orang susah lalui).
Namaku Along. Kami datang dari keluarga yang agak susah, mempunyai 5 adik beradik dan hanya mengharapkan mak aku sorang je yang bekerja.
Dari aku kecil, aku tak pernah nampak ayah aku bekerja sehinggalah kini. Hanya mak aku je yang selalu jalan kaki menunggu bas hari2 pergi ke kerja selama 20 tahun lebih.
Sekarang, aku dah agak dewasa, aku dah kerja, aku pernah minta mak aku berhenti kerja tapi dia kata ada adik yang masih kecil jadi dia tak berani berhenti kerja. Mak aku kata.. ‘Takut nak berharap pada duit anak-anak”.
Kesian aku tengok mak aku. Mungkin sudah hampir 20 tahun lebih dia berharap suaminya akan berubah tapi tak pernah menyebabkan dia trauma nak bergantung pada sesiapa.
Berbalik pada kisah ayah aku, selama dia duduk rumah dengan kami.. Tak pernah sekali pun dia bagi nafkah atau tanya makanan dekat rumah cukup ke tak atau ada apa-apa nak tambah ke? Tak pernah. Bahkan, dia pernah cakap kalau kami merempat tepi jambatan pun dia akan ikut.
Maksudnya, dia takkan usaha apa2 dalam hidupnya hanya harapkan kami yang berhempas pulas menghadapi rona hidup ini.
Aku kecewa, aku menangis dari kecil aku meratap kenapalah nasib aku begini. Lagi sedih, akulah along yang menyaksikan air mata, jatuh bangun mak aku dan air mata adik2 aku yang tak cukup duit belanja.
Dahulu, kami pernah tiada beras langsung di rumah nak makan. Kami pernah sampai meminta jiran makanan. Kami pernah hampir nak kena halau dari rumah kerana tak mampu bayar sewa.. Tapi ayah aku buat apa? Dia hanya tengok dan tak kata apa-apa.
Mak aku sampai pinjam duit along, pinjam duit sedara mara demi untuk sara kami. Kerana kami ni miskin, kami dihina oleh sedara mara dan jiran tetangga (tapi masih ada insan yang baik). Semua kepayahan ini kami lalui dengan sabar sampailah ke tahap ini.
Sekali lagi, apakah usaha ayah aku? Adakah sekadar menaburkan benih tapi tak mahu bertanggungjawab? Aku.. Serial kali tengok ayah kawan2 aku yang bagi duit belanja aku cemburu. Aku pun nak begitu.
Alasan ayah aku, katanya dahulu masa dia muda.. Mak aku yang terkejar2 dia, dia tak suka pun mak aku. Habis tu? Perempuan yang kau hina ni lah yang lahirkan anak-anak kau, sabar dengan kau dan sara hidup kau.
Mak aku, tak pernah missed untuk masak setiap pagi selama 20 tahun lebih sebelum pergi kerja kerana katanya ‘itu tugas dia sebagai isteri’. Kalau ikutkan akulah.. kalau aku jadi mak aku, lama dah aku tinggal pasangan macam ni. Pemalas!
Alasan yang sering digunakan sejak kami sakit ialah kerana dia sakit. Aku fahamlah juga kalau ayah aku ni lumpuh dari kecik ke, stroke ke atau ada kecacatan lain.. Mungkin kami faham!
Ini.. Keadaan dia sihat je dan sempurna fizikalnya. Dia cuma ada sakit mental. Takkanlah tak boleh sumbangkan sesuatu dekat rumah kami?
Aku tak harap pun sampai dia perlu bagi beribu dekat kami atau mak. Cukuplah sekadar dapat belikan makanan basah sebulan pun dah cukup menampung. Sebab, duit kami ketika itu.. Tidak berapa cukup jika digabungkan sebulan.
Kalau cerita tentang sakit, ramai lagi orang kat luar sana ada sakit yang lebih teruk.. Namun masih gagah bekerja demi kelangsungan hidup. Ayah aku? Disebabkan kami yang tanggung hidup dia.. Senang je tak fikir apa2. Lepas tu suka minta duit nak beli rokok. Korang sakit hati tak?
Bila aku bincang dengan mak aku hal ni, mak aku hanya mendiamkan diri. Aku tak tahu kenapa dia masih setia pada suami yang tak bertanggungjawab dan tak guna macam ni. Aku nampak.. Ada rasa cinta yang mendalam di mata dia.
Itupun, ayah aku dan keluarganya suka hina dan burukkan mak aku dari masa muda. Kata mak aku tak lawa la (ayah aku masa muda boleh dikatakan kacak, cuma tak berguna), terhegeh2 dekat ayah aku la. Walhal, mereka lupa siapa yang punya banyak kekurangan di antara mereka.
Ayah aku sehingga kini tak pernah ada rasa malu tu dekat mak aku! Mak aku dah sara dia 20 tabun lebih dengan tanggungan percuma. Sampai jiran2 yang rapat dengan kami pun hairan kenapa mak aku masih pertahankan lelaki macam ni.
Paling aku sakit hati, ayah aku bila marah.. Suka mengamuk dan hempas2 barang. Dah la kami orang susah, dia ingat kami mampu ke nak beli semula barang yang rosak? Kalau dia kerja dan berduit, takpelah juga. Boleh kami minta ganti rugi.
Adik aku sampai ada trauma tak boleh dengar bunyi hempas barang dia akan trauma ketakutan. Itu pun ayah aku masih takde rasa bersalah. Geram betul aku.
Pada aku, dayus bagi seorang suami yang biarkan isterinya mempertahankan rumah tangga padahal dia tak buat apa2.
Setiap kali dia marah mak aku, dia suka hina rupa mak aku, keluarga mak aku dan masih bangga kerana dulu mak aku suka dia dulu. Padahal, dia lupa.. Kalau dia tak kahwin dengan mak aku..
Aku tak rasa mana2 perempuan yang sanggup bertahan lama dengan dia macam mak aku. Apa aku patut buat dengan ayah macam ni?
Aku doakan, mak aku temukan kebahagiaan dia sendiri. Mak, along janji.. Along akan kerja sungguh2 beli apa pun yang mak suka. Lepas ni, mak boleh rehat kat rumah! Along sayang mak…
Dari anakmu,
– Along yang tersakiti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit
Tak sggup baca smpai habis.1 je nak ckp..mak kau enabler(perela) perlakuan malas bapa ko
Kenapa tggu smpai 20 thn lebih.
Sebab syg?Syg kena ada tempatnya bukan syg smpai terkorban
Krn mak kau kerja dia seorg maskulin maka bapa ko jd feminin(wanita).
Tu hukum alam.Sbb mak ko jd enabler bapa ko
Tkpe la benda dah lepas.Ko amik la pengajaran.Kalau ko wanita..jgn cr lelaki feminin energy mcm bapa ko.Cpt2 sedar dan tinggalkan lelaki x kerja..pemalas dan suka mkn duit perempuan
Suruh mak ko cerai aje la dgn bapa ko.Smpai bila nak biar mak tu derita dpt laki tak guna?Dia dh lupa fungsi dia sbg lelaki sebab mak ko amk alih tugas dia.
Bukalah fikiran