Hi, nama aku Rahmah (bukan nama sebenar) and aku 25 tahun. Aku bukan la alim tapi aku tahu batas.
Nak dijadikan cerita, aku berhijrah ke negeri lain disebabkan kerja. Di sini, aku kenal dengan beberapa orang baru antaranya si M.
Aku suka si M ni sebab untuk pertama kalinya aku merasa disayangi, dihargai dan dicintai. Dia sentiasa mengalah dengan aku and buat aku selesa dengan dia.
Tapi, ada satu hari tu aku berjumpa si M di rumahnya. Iya, aku bodoh kerana terlalu mempercayainya.
Niat aku hanya la untuk meluangkan masa bersama dia. Borak dan makan bersama. Dalam tak sedar, aku rasa diperangkap.
Dan untuk pertama kalinya aku hilang mahkota yang selama ini aku jaga. Aku tak merelakan dan aku dipaksa sebenarnya.
Aku cuba melawan tapi apa kan daya. Tenaga dan kekuatan aku tak setanding si M.
Lepas kejadian, aku dihalau keluar kerana aku melawan. Tapi belum sempat sampai rumah, si M mesej aku minta maaf dan sebagainya.
Aku pulang dengan perasaan yang entah, tak tahu untuk aku gambarkan. Aku sedih tapi aku tak boleh menangis. Air mata aku seolah tersekat.
Boleh kata macam heartless jugak tapi sejujurnya aku kecewa dengan diri sendiri.
Apa yang terjadi kerap bermain difikiran aku. Aku terus terfikir perasaan parents aku. Nasi sudah pun menjadi bubur. Tak boleh nak putar balik masa.
Tapi dalam masa yang sama aku masih berfikir untuk bagi second chance pada si M. Aku belum bagi jawapan pada dia.
Aku tahu benda ni bodoh tapi mungkin sebab aku dahagakan kasih sayang. Patut kah aku terima dia balik tapi dengan syarat dia berubah ke arah lebih baik?
– Rahmah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
dont do anything. adik pergi bertaubat, beristighfar, sesali kesalahan, dan jgn di ulang lagi. Allah dh bagi adik peluang tu. Ingat Allah banyak2 dek, tu semua nafsu jer. Adik jgn balik ke dia lagi k walau apa pun jadi. Jgn kembali pada perkara yg Allah dh jauhkan adik drpd nya.
Report polis la. Melainkan memang suka sama suka. Tapi apa ko expect bila berdua-duaan dengan lelaki kat rumah? Tok Imam sembahyang tak tinggal pon boleh terbabas sis. So salah kau kat situ la. Salah laki tu lagi besar. Kalau tak report polis, dia buat pulak kat perempuan lain pasnih. Dah jadi tanggungjawab untuuk ko report polis. Malu ya, tapi ko kena betulkan balik silap ko. Jangan tambah dengan silap2 lain. Ko cair nak balik ngan dia sebab dia mintak maaf tapi tu sebenarnya cara dia tak bagi ko report. Ingat balik dia halau ko lepas dah setel sebab ko melawan. Ko ni sampah je bagi dia. Ko ingat dia nak buat isteri ke perempuan yang senang2 pegi rumah laki berduaan.
why not bg dia peluang kedua. benda sedap kan u pun suka kan. parents bukan tau pun u buat apa kat sana. pandai buat pandai simpan la yer.
report polis la kat tak rela dan dipaksa…
Admin minta tapis komen c yuyu ni. Saya tgk komen dia asyik sindir2 dan mendatangkan pergaduhan…