Kalau tajuk Fazura Fattah dulu, 7 Years Itch. Perkahwinan aku ni bolehlah disimpulkan sebagai 5 years itch. Gaduh baik, gaduh baik, gaduh baik semula.
Apa eh perasaan. Rumah sendiri tengah kalut takda air. Aku tengah masak, anak tiba2 bangun sebab aku.
Dia punya bengang aku gerak anak sebab pakaikan pampers dia boleh hempas baldi yang tengah tadah air tu. Aku tak nak anak kencing kat tilam, nanti nak basuh pakai apa.
Tadi suami angkat anak tidur bilik dia tak nak pakaikan pampers terus.
Aku yang tengah sarat 7 bulan mengandung ni gagah pergi sambung tadah air, sedang suami tengah kat bilik main handphone melayan perasaan sentap tak puas hati sebab anak dah bangun gara2 aku nak pakaikan pampers.
Kalau tilam tu basah, aku jugak yang kena kerjakan. Jadi apalah sebab suami aku tu nak emo tu. Dia tak puas hati sebab bila anak bangun anak akan merunsingkan dia. Anak kecik biasalah runsing kan.
Aku perasan, kalau Sabtu Ahad suami kerja kami aman. Minggu ni job part time takda. Jadi suami kat rumah. Bila dah terlalu biasa asyik kerja je weekend tak sama2 jaga anak kat rumah, bila hari tak kerja pun tahu nak arah aku je layan anak.
Aku dah masak, kan tengah sarat. Suami hanya tahu makan sendiri je. Aku jugak yang tolong suapkan tadi. Dah suap makan tumpah tumpah aku jugak yang tolong lap.
Suami buat apa? Suami mandikan diri dia lepastu pergi repair motor 125z dia kat depan. Acah2 bawak laju dengan kawan malam2 kat highway lepastu motor tu rosak ha dah nak repair2 kat rumah.
Banyak kali dah cakap, nak buat kerja sendiri hobi sendiri bantu lah setelkan anak dulu. Ni anak nak mandi2 dalam keadaan guna air tadah dia lepaskan kat aku jugak. Siap cakap kalau tak nak mandikan anak jangan mandikan.
Tadi aku terlepas cakap “bodoh betul” masa dia hempas baldi tu. Aku cakap air tangki semua dah kosong cepatlah tadah air tu.
Lepastu dia boleh bagi silent treatment, ignore aku sebab aku dah buat anak bangun dan aku tercakap bodoh. Aku lah tadah dengan sarat2 perutnya.
Lepas dah gaduh2 aku keluar pergi tolong rumah mak aku sebab ada kenduri.
Aku dah masak nasi 5 pot, goreng ayam, masak sambal tumis sebabkan sentap suami boleh tak nak makan. Ya Allah sakitnyaaaaa hati aku. Aku cakap kenapa tak cakap awal2 tak nak makan.
Dia boleh psiko aku cakap, TAK SURUH PUN MASAK. Mentalll aku weyh. Selalu kalau gaduh macam ni lah aku kena. Dia akan tukarkan kesalahan tu pada aku.
Aku dah malas bertekak. Siap2 makan sendiri je. Aku nak kena pergi tolong masak rumah mak aku. Ada buat tahlil kat surau harini. Anak pun aku angkut.
Sekali bila malam call suami kat mana, dia kata apa… tengah tolong kakak adik dan mak dia angkut air dari lori tangki.
Sakitnyaaaaa hati aku. Aku yang mengandung sarat 7 bulan kat rumah ko boleh tak nak tolong tadah air, rumah mak ko yang takda air ko boleh tolong sama2 angkutkan air. Sedangkan ada abang lagi sorang kat rumah tu.
Aku? Hanya aku dan dia je yang dewasa dalam rumah kami. Anak aku baru 3 tahun.
Kami selalu bergaduh tentang benda2 kecik macam ni. Suami aku ni pulak jenis yang suka mengarah buat itu ini, dah la bekerja sama2 bekerja. Kerja rumah dia talakan kat aku sorang.
Kerja part time dapat gaji tak dapat kat aku pun. Semua pergi kat barang2 motor dia je, tak pun kalau baik sikit beli toys untuk anak.
Nak masuk anak kedua pun suami masih nak sentap tak tentu hala. Gaduh lama2, silent treatment lagi. Kalini tak tahulah berapa lama silent treatment dia nak bagi.
Kenapa masih bertahan? Aku perlukan sosok lelaki untuk melindungi aku dan memberi aku title isteri orang untuk tidak diganggu.
Kalau aku bercerai, orang yang pernah cuba mencabul aku hanya tunggu peluang sahaja untuk mencabul semula sebab dia adalah dari kalangan keluarga rapat ku sendiri.
Belum berani lagi aku nak laporkan ke pihak polis kerana memikirkan seluruh hubungan kekeluargaan yang akan terjejas.
Aku pun tak tahu kenapa hidup aku boleh jadi macam ni sekali. Berkahwin tapi tidak bahagia, nak melepaskan banyak bahaya. Mudahkan lah urusan ku ya Allah.
Suami dah berumur 36 tahun tapi masih berperangai macam budak-budak lagi. Semoga aku cepat keluar dari kemelut ini ya Allah.
– Puteri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Assalamualaikum Anon,
Nak tunggu apa lagi? Allah mmg tak suka kepada penceraian. Tapi cerai bukan dosa. Carilah bahagia kau dan anak². Mental health penting untuk tumbesaran anak². Dan manusia itu hanya akan sedar bila dia dah kehilangan. Semoga dipermudahkan Allah semua urusan awak.