Confused

Salam semua. Sorry just for sharing and luahan.

Terasa nak share berkenaan jodoh..

Saya umur 30 P.. Just sharing how exactly my life yang saya rasa banyaknya dah terlepas lelaki2 baik dalam hidup and kinda regreted it.

Time sekolah menengah ada la suka dekat seorang kawan. Satu batch.

Ramai macam perasan macam ada mutual feeling antara kami tapi none of us confess and maybe rasa sebab terlalu muda and nak focus belajar.

So kami lama2 jauh sebab belajar and turns out he met someone and married already.

Dia macam rasa tak ada lah kecewa/heartbroken sangat tapi lebih kepada rasa, alahai kalau la dulu one of us (or me) said something. Maybe there will be some chances that time.

Another one during degree.

One kind hearted boy, actually showing some interest. By always making conversations with me, listening attentively benda yang kita tengah cakap.

People around us noticed him making the effort but, saya memang tak perasan and sampailah maybe the boy lost the feeling i guess.

And we stayed as friends.

Dia rasa macam, he is so kind and why i did not see the hints something like that.

He eventtually met a girl and married. I am happy for both of the boys ive met, having a beautiful life.

No hard feelings towards them seriously.

And now, in working situation. Met a guy.. Kind hearted and diligent in works.

Already giving some hint to orang tengah that i interested in him (p/s; me never make a move or bercinta the whole life)

And he kindda showed some good response however he also shy a lot. Sangat.

During message tak tahu sama ada nonchalant or not interested. Macam saya je kena initiates the conversations.

But based on orang tengah katanya macam interested.

I do not want this one to go wasted like previously (cause he kind and ada ciri ciri yang kita mahu).

And i am kindda introverted dengan orang yang kita suka tapi boleh gila2 dengan orang yang takde pape dengan kita.

Can i get some advices. Thanks..

P/s : sorry for mixed languages.

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. 1. My advice is, tiada lelaki yang terlalu introvert sehingga tak boleh nyatakan isi hati mereka.
    Itu perkara paling simple bak kata orang bare minimum seorang lelaki boleh lakukan. Ini kerana perkataan adalah semua orang boleh cakap, yang penting effort.

    2. Kenapa saya kata begitu? Kerana bila lelaki ni takde effort bagaimana cik nak tahu beliau boleh bertahan bila cik kahwin dan ada hal rumahtangga. Hal rumahtangga seperti perkara tak dijangka. Contohnya, lambat dapat zuriat, contoh lain cik sakit, anak tidak sihat, dan perkara-perkara lain yang kalau cik tak kuat, suami pun susah nak handle. Bila lelaki ni ada effort, sebagai orang Islam yang faham Al-Quran, beliau sukakan sesiapa pun, even beberapa pun, effort seorang lelaki itu akan terbaik.

    3. Maka, yang cik perlu risaukan bukanlah cik terlepas calon yang cik katakan baik (saya tak tahu apa kriteria baik di mata cik), tetapi cik perlu risau kenapa cik masih beranggapan lelaki yang tidak ada effort adalah lelaki yang baik untuk cik?

    4. Saya nak bercerita tentang penyesalan. Saya pernah tidak buka satu platform social media Instagram sehingga setahun begitu kerana saya ada hal peribadi yang perlu saya selesaikan. Di situ ada seorang kawan wanita saya (saya hanya benarkan kawan wanita di Instagram itu untuk follow saya).

    5.Apa yang paling saya menyesal ialah beliau suka tengok story saya dan pernah menulis kata-kata yang baik untuk saya. Beliau juga selalu menolong saya sewaktu di universiti.

    6.Dalam tempoh saya tidak membuka platform itu, barulah saya tahu anak beliau tidak sihat dan kerana itu beliau terpaksa berulang-alik mendapatkan rawatan.

    7. Dalam tempoh itu, beliau letih dan akhirnya saya menerima khabar kawan ini sudah meninggal dunia. Saya cek semula lepas dapat tahu khabar meninggal dunia.

    8. Apa yang buat saya terkilan kerana saya boleh membantu beliau sewaktu masih hidup (dengan cara membeli jualan – beliau ada menjual) meskipun tidak perlulah pos kepada saya.

    9. Saya menyesal kerana saya terlalu absorb dengan dunia saya sendiri sehingga saya tidak notis ada orang yang boleh jadi sangat memerlukan bantuan pada ketika itu.

    10. Perkara penyesalan juga terjadi apabila seorang kawan di ofis lelaki yang menukar tempat saya untuk berpindah balik ke kampung halaman telah juga meninggal dunia tanpa saya terlalu berbual untuk bertanya hal beliau. Barulah saya tahu kawan itu dijaga keluarga angkat setelah lahir dan saya sangat absorb dengan dunia saya sendiri sebab saya nak sangat berpindah (senang jumpa family dan arwah nenek) dan pulang semula kepada ahli keluarga saya sehingga saya tidak pernah berbual pun untuk bertanya apa-apa tentang kawan itu yang ternyata telah membuatkan saya sangat gembira dengan menukar tempat dengan saya.

    11. Memang itulah perangai saya. Bertahun-tahun dalam social media saya pun ada yang saya sehingga 8-10 tahun tidak pernah tahu mereka bekerja di mana. Maksud saya nak beritahu cik, wujud sahaja orang dalam dunia ini yang memang tidak ambil tahu hal orang lain dan untuk seorang lelaki berbuat tidak tahu kepada seorang wanita yang mereka suka adalah aneh sama sekali.

    12. Saya berperangai begitu kerana saya seorang perempuan. Saya berkawan untuk saya tahu orang keliling saya.

    13. Jadi, kesimpulannya, mana ada lelaki yang baik untuk cik akan biarkan sahaja cik terlepas dalam hidup beliau. Cik rasa cik telah terlepas lelaki baik. Sebenarnya lelaki itu tidak effort untuk pertahankan cik dalam hidup mereka. Kalau lelaki itu benar sukakan cik, beliau sanggup tanya beberapa kali pun untuk mempastikan tidak terlepas peluang dengan cik.

    Bagaimana cik hendak kenal hati budi seorang yang cik tidak berbual secara direct pun tentang hati dan perasaan?

  2. Sambungan….

    Lelaki yang betul-betul sayangkan cik, mereka akan concern tentang perkara-perkara penting tentang cik, seperti: Cik ada duit nak makan? Cik tinggal tempat yang selamat ke? Perkara-perkara begitu.

  3. Ko ni suka bermain dgn perasaan tu je

    Lepas tu syok sendiri dan frust sendiri

    Bawa muhasabah diri .Kdg lelaki ni mcm iya tunjuk suka kita..nmpk iya mcm ada chemistry tp…actually dia xnk pun komitmen dgn kita dek

    Lelaki zmn skrg banyak sampah sarap.
    Kalau layan baik pun BERSEBAB nak sesuatu.
    Hati2 lah…silap langkah terjerat masuk lubang biawak.

    Buatlah solat istikoroh minta hint

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *