Salahkah Pemikiran Aku Macam Ni

Assalamualaikum hai… Entahlah rasa tergerak hati ni nak luahkan apa yang aku rasa saat ni dan dengan hari hari yang dah berlalu… Give up, sedih tapi aku kene redha.

Yela setiap manusia ada impian dan cita-citanya yang tersendiri. Aku tahu setiap yang berlaku ada hikmahNya dan sesuatu yang baik akan menyusul dikemudian hari. In Shaa Allah..

Apa yang aku nak cerita ni tentang aku dan mak aku. Kami memang tinggal berdua je sekarang. Ayah dah 2 tahun pergi.

Adik beradik lain, mereka dah berkeluarga dan aku kene hormat laa kan keputusan mereka… aku tak pernah harapkan dan mintak apa-apa pun dari mereka. Masing-masing ada cara dan jalan hidup masing-masing.

Aku tahu segala permasalahan dalam rumah ni… Dari segi Perbelanjaan, makanan harian cukup tak cukup siapa je yang ambik peduli… Itulah yang selalu buat aku serba salah tu…

Aku ada abang-abang tapi pada hakikatnya mereka tu diibarat melepaskan tanggungjawab di bahu orang lain..

Dan aku tak pernah lagi mempersoalkan selepas kejadian yang hampir meragutkan nyawa aku sendiri. Sesuatu yang mencetuskan pergaduhan… sekarang aku cuma mampu marahkan diri sendiri…

Aku tahu dari sudut pandangan mata mereka, mereka memang letakkan salah tu ke atas diri aku dengan apa yang dah jadi. Katanya aku ni degil, kuat melawan, tak nak dengar cakap… Tapi pada hakikatnya orang yang lebih tua tu belum tentu berakal untuk buat keputusan..

Aku sekarang dah macam tak de hati nak hadap kebodohan mereka lagi. Jujur cakap … Balik-balik nanti aku juga yang kena.. biarlah aku dianggap jahat dan sentiasa bersalah kalau benda tu boleh buat dorang menang dan merasa hebat.

Yang menghancurkan diri adalah sikap sendiri. Aku sedar tu… cuma aku dah malas beriya dan masuk campur lagi dalam urusan hidup mereka… cuma fokus aku sekarang adalah yang dekat depan mata aku iaitu diri aku dan mak aku…

Okeylah aku nak cerita untuk side diri aku dulu. Pada umur aku yang dah mencecah 3 series ni hermmm mestilah aku rasa macam, ada lagi ke harapan untuk aku berjaya macam orang lain?

Aku selalu overthinking pasal kerjaya tau… Bila orang tanya bab kerja ibarat membunuh diri Aku jugalah.. sebab aku sedar diri dan tahap kemampuan aku sekarang.

Aku rela lagi orang tanya, “bila aku nak kahwin daripada orang tanya Aku kerja mana sekarang”.

Aku dah ready dah jawapannya sampai orang dah tak berani lagi nak tanya bila aku nak kahwin.

Tapi soal kerja kat mana?. aku tak boleh nak menipu laaa dan selalu dipandang rendah dan sinis bila tak bekerja. Orang bukan tahu apa masalah aku pun.

Aku tahu diri aku bukan sihat sangat. Kerap juga bangun tidur tengok berdarah je hidung dan mulut aku. Hermmm Itulah yang buat aku selalu terfikir, kalau aku kerja under orang, nanti menyusahkan lagi.

Bukan aku tak pernah cuba cari kerja yang sesuai. Diri sendiri pernah merasa sakit ditempat kerja macam mana.

Aku memang nak sangat kerja takpun berniaga kecil-kecilan pun okey. Cumanya aku tak de modal nak memulakan bisnes. Nak mintak adik beradik nanti jadi gaduh lagi…

Aku selalu berangan nak manage bisnes tu macam mana. Lagi pun aku memang study bisnes management dulu. Lagi satu kan, ni tak de siapa pun yang tahu aku ni selalu je cari jawatan kosong sampailah sekarang..

Dengan Qualify results masa study dulu dan pengalaman kerja yang aku ada sebelum ni, Aku selalu dipanggil untuk interview kerja. Aku tak memilih pun yea. Kerja apa pun aku okey.

Cumanya bila aku jujur tentang penyakit aku hidap sekarang, ramai yang tolak dan tak nak terima aku bekerja. Tak nak ambik risiko katanya.

Hermm Aku redha jela dah biasa sangat dengar jawapan tu. Selain kecewa aku cuma mampu tersenyum jela… Aku baru je hidap penyakit pada tahun 2019..

Sebab tu sekarang aku cuma diamkan jer, rahsiakan tentang penyakit aku ni pada sesiapa… aku ni pulak biasa dah sakit sorang-sorang dalam bilik sendiri ubati diri sendiri sembuhkan luka sendiri.

Aku masih pandai kawal diri lagi bila aku kena attack dengan epilepsy ni. Makan ubat. Aku dah tahu dah nak buat apa, walaupun aku tahu masa tu memang aku tersangat-sangatlah perlukan seseorang. Kadang mak aku sedar masa aku sakit.

So itulah masalah yang aku hadap, selain aku ni masih musykil lagi untuk buat keputusan untuk kerja jauh luar kawasan. Dah dapat tawaran pun.. Tapi otak ni kerap fikirkan mak jer.

Takkanlah aku sanggup nak tinggal kan mak aku duduk sorang-sorang dekat rumah ni kan. Mak dah berumur 76 tahun dah … Perlukan teman dan perhatian lebih.. tapi anak yang ada ni seperti tak boleh diharap sebab tak mampu beri apa-apa pun untuk dia.

Apa yang aku buat ni Salah ke eh?.. Pemikiran Aku ni betul ke?… Tak penting kan diri ke. Tapi aku nak berjaya macam orang lain juga dan buat mak aku happy.

– Aurora (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Berjaya atau gagal pd pndgn manusia tak sama dgn yg di sisi Allah. Ada org nmpk berjaya tp pd pndgn Allah dia dh gagal. Begitu juga sebaliknya. Sprti kisah 2 org yg masuk masjid, sorg nmpk miskin sorg nmpk ky. Nb kata yg miskin tu lebih baik dr bumi yg dipenuhi lelaki kaya td

  2. Semua yg berlaku takkan sia-sia jika kita pndg dari sudut iman takdir qada dan qadar.
    Kalau rasa memudaratkan emosi bila jujur dgn org pasal awk kerja apa..cuba elakkan bersemuka dgn org tu.
    Tipu sikit kata kerja la mana2 ok la..cuma jgn cerita details.

    Igt 1 je..manusia lain x menanggung pun beban mslh kita sekalipun pekerjaan kita sbg tukang sapu.Usah pedulikan sgt ckp2 org.Kita hdp ni di sisi Allah sama je nilai nya.Yg membezakan kita di sisi Allah cuma amal soleh sehebat mana pekerjaan org tu kaya mana pun Allah x pndg pun.Ko kena set kata2 aku ni dlm otak.Train otak agar kuat.

    Hidup kita..kita yg alami lalui bkn org lain.Ko sakit..mgkn ada hikmah Allah nak ko lbh dekatkan diri dgn Dia.Jgn sampai putus asa sebab diuji dgn sakit sebab syaitan suka org putus asa dan sedih berlebihan.Masa tu la jarum2 setan dah berjaya cucuk manusia

    Psl abg ko yg biadap tu..lelaki ni kalau dia dah kawin prngai akan jd lain dan baran.Kdg gaduh dan bertekak dgn bini dirumah..dia lempiaskan tak puas ht dkt adik beradik perempuan.
    Ckp pun dah kasar..biadap..sebab bini dia pun prngai cmtu so terikut.
    Aku tahulah aku dah alami

    Mgkn hikmah ko x khwin lagi dan diuji dgn sakit sebab Allah nak ko bakti jaga mak smpai akhir hayat dia.
    Yg pntg 1 je..kena ada self love sayangi diri.Jgn biar kata2 org down kan kita.Hidup ni kena pegang 1 kalimat

    Tak mkn dek puji tak mati dek keji.Mental kena kuat.Banyakkan mohon kekuatan dgn Allah.Fokus kpd Allah shj kerana tujuan hdp mati kita sbb Allah.Akhirat yg kita nak tuju kelak..tak berkudis pun kata2 manusia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *