Lelaki Selalu Begini Ke Atau?

Saya nak tanya pendapat korang semua. Saya kenal dengan lelaki ni taklah lama sangat tapi saya memang plan nak bawa hubungan ni ke arah kebaikan. Saya nekad.

Tapi saya jenis tak beberapa faham lelaki. Walaupun kami sering bergaduh sebab-sebab remeh contoh hal masa, saya akan cuba sebaik mungkin untuk faham dia.

Dia pun nampak macam serious dalam relay ni, bincang pasal kahwin apa semua. Cumanya saya rasa dia masih tak percayakan saya? atau dia masih tak anggap saya as part of his life?

Contohnya, saya selalu berancang pasal duit simpanan, atau apa-apa berkaitan dengan duit. Tapi dia selalu bagi alasan “kalau jadi apa-apa antara salah satu dari kita macam mana? contohnya I meninggal ke apa ke… macam mana dengan duit tu?” ini pemikiran dia.

Sebab saya bercadang untuk kumpul duit kahwin sama-sama dalam satu account simpanan. Kiranya saya taknak lah beban kan dia sorang, lagi satu saya ni tak pandai sangat nak uruskan duit atau uruskan duit simpanan sendiri. So saya cadangkan bende tu.

Or apa2 berkaitan pasal duit mesti dia akan fikir begitu. Tak salah, ada betulnya apa dia cakap tu tapi kenapa fikir sampai macam tu? Macam fikir masa depan yang buruk? Faham tak? kenapa tak fikir yang baik?

Lagi satu, sejak kebelakangan ni dia ada masalah dekat tempat kerja, dia stress. Saya tahu dia tengah susah hati dan stress jadi saya cuba untuk tak tambahkan lagi beban dia. Korang faham kan perempuan selalu cari gaduh dalam relay termasuk saya hehe.

So lately ni saya cuba untuk tenang dan cool. Cumanya saya sedih sebab saya tak dapat tolong apa-apa. Hanya mendengar dia je, masalah dia tak selesai, makin hari makin serabut pikiran dia, yes, saya tahu. Walaupun dia jarang bercerita.

Tapi ada sekali ni saya cakap dekat dia “kalau dia susah hati gini hari2, saya pun sedih” then dia cakap “takpe tak perlu sedih, biar dia sorang sedih, lagi pun selama ni dia hadap semua sorang-sorang” saya lagi sedih dia cakap macam ni.

Macam ye, sebelum ni dia sorang tapi sekarang saya ada, walaupun saya tak dapat bantu sangat selesaaikan masalah dia. Saya tetap cuba untuk happy kan dia.

Lagi satu, ada satu hal kami gaduh, sebab saya tanya dia if one day saya minta break sebab dah tawar hati, dia lepaskan saya macam tu je? dia cakap ye. Saya memang sedihlah.

And then dia cakap, “buat apa dia nak peningkan kepala dia dengan bende-bende macam ni, ada banyak bende lain lagi dia kena fikirkan dia banyak komitmen” saya betul-betul kecewa.

Then saya tanya “jadi saya ni bukan prioritas lah dalam hidup dia, saya ni tak penting sangat lah and tak anggap part of his life pun” then dia diam. Dia cakap penting, tapi komitmen dia lagi penting, duit lagi penting.

Then saya faham, betul itu process kehidupan dia, amanah dan tanggungjawab dia, kalau takde duit pun macam mana nak teruskan kehidupan. Betul.

Then dia tambah lagi bende yang saya terasa, baru-baru ni dia buat loan rumah sebab target dia nak kena ada rumah before kahwin (walaupun saya tak kisah pun) tapi tu target hidup dia saya kena respect.

So dia cakap, “saya buat loan tu pun sorang, semua saya hadap sorang-sorang, so kenapa saya nak perjuangkan orang yang dah tawar hati dengan dia”. Saya pernah tawar nak tolong dia, teman dia, support dia pasal rumah tu tapi dia tak mahu, dia kata takpe.

Tapi bila ada hal-hal macam ni dia selalu cakap dia hadap semua sorang-sorang selama ni.

So saya berfikiran kalau dia fikir macam ni, saya faham lah kalau saya pergi dari hidup dia pun dia takkan kisah. Sebab dia anggap dia lalui hidup ni semua sorang-sorang walaupun saya ada je cuba nak ada dengan dia atau tolong dia.

Saya honestly sedih bila selama dengan dia ni, saya sabar, tunggu dia, faham dia, biarkan dia buat apa dia nak, apa dia nak capai walaupun dia kebelakangkan perkahwinan kami.

Saya cuba faham dan tetap stay dengan dia. Tapi rupanya dia anggap semua dia lalui ni, dia lalui sorang-sorang… habis tu aku ni? tunggul? Susahkan?

Selama in relay ni saya tak pernahminta apa-apa or susahkan dia, demand apa-apa pun tak pernah. Saya ikutkan je apa dia nak buat. Saya selalu mengalah, sebab saya respect dia sebagai seorang lelaki, keputusan dia.

Saya pernah tanya dia, untuk dia buktikan saya ni apa dalam hidup dia. Rupanya hanya seorang girlfriend. Hahahaha. Then saya bagitahu dia, saya anggap dia separuh hidup saya. Dia terdiam lama. Hahaha jadi jawapan nya disitu kah?

Lelaki memang macam ni ke atau dia memang tak anggap saya ni part dalam hidup dia? Hmm..

– Sunny (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Laki ni 1 je otak dia lurus dan straight.Kalau dia ckp nak buat maka dia akan buat.Ko jgn nak bg dia hint ke ayat konar2 bunga2 ke dorg xkan faham.

    Cth ko ckp..abg..sy suka tgk org mkn pulut durian..comel je..

    Laki takkan fhm yg ko sendiri nk mkn pulut durian.Ko sendiri kena trs trg ckp dgn jelas yg ko nak mkn.

    Dah dia nk kumpul duit tu maknanya dia mgkn serius nk kwen.Awk je kot banyak fikir..banyak sensitif
    Cuba fokus kpd Allah.Banyak muhasabah diri cari Allah tingkatkan ibadah.Jgn sibuk fikir soal kwen je.Serah je pd Allah.Jgn sibuk bergantung dgn manusia sebab ht org ni berbolak balik ya.Igt tu

  2. umur berapa ni? masih bujang kan, ada mak ayah tak? adik beradik? fokuslah pada orang sekeliling yang memang dari dulu lagi jadi sebahagian dalam hidup awak. hidup ini seronok sangat kalau dapat berbakti untuk keluarga, bersilaturrahim dengan sanak saudara. masa bujang ni la latih ketaatan kita pada Allah dan Rasul, mak ayah kita, kesabaran-tolak ansur dengan adik beradik, atuk nenek, saudara mara. cari kawan-kawan untuk berhobi dalam batas-batas yang ditetapkan agama. binalah diri sendiri terlebih dahulu. soal lelaki tu pandailah dia bentuk diri dia melalui pengalaman dan pengembaraan hidup dia. sekadar nak jadi pendengar, pendorong tu takde masalah langsung. nekad pun satu masalah. awak belanja sejuta untuk semua urusan majlis tunang, nikah, sanding sekalipun, kalau dia tak akad tak jalan juga. soal nikah ni takde kaitan pun dengan nekad awak. tekad hati awak berguna dalam doa kepada Yang Memiliki. guna masa untuk kenal Allah dan Rasul, fokus pada yang hak, bentuk diri sendiri (bukan bf, tunang).

  3. Dari pembacaan saya, nampak sangat bf awak tak suka pun kat awak / dah tawar hati. Laki kalau dia cintakan kita, dia sanggup memperjuangkan apa-apa untuk kita. Tiada alasan.

    • Saya pun berpendapat yg sama. Cuba awak block dia dr contact awak. Buat senyap je, jgn layan dia. Jika dia tak gelabah cari awak, awak tau la jawapan nya….

  4. Lelaki tu adalah lelaki yg membuat keputusan berdasarkan logic:

    1- simpan duit dalam satu akaun, kebimbangan dia tu berasas, kalau salah sorang mati, mcm mana dengan duit tu, partner bole ambil ke? Waris boleh tuntut? Dari segi perundangan siapa yg berhak keatas duit tu? Dia dah nampak kerumitan yg boleh terjadi, maka dia lebih memilih untuk mengelak kerumitan dri nampak sweet2.

    2-Klu kau yg minta putus, maka dia lepaskan la, ini logik paling mudah nak hadam. klu tak lepaskan nnt kau kata dia psiko la, Narcissistic la. Ini soalan bodoh yang tak perlu ditanya-tanya. Benda kalau-kalau ni elakkan la

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *