Tiring Life

Salam and Hi. Maaf saya luahkan dekat sini. Saya tak tahu nak cerita dengan siapa and where to tell.

Currently saya kerja as executive at MNC company and doing part time job also part time postgraduate study. A wife and first born daughter.

Now saya rasa terlalu down and don’t know what else to do with this life that I’m having with.

Saya berkahwin dengan this guy that saya kenal di tempat kerja lama. Sikap sebelum dan selepas kahwin totally berbeza dan unexpected.

Before kahwin he seems a kind guy, sangat jarang marah and very taking care of me and willing to do anything for me.

Tapi lepas kawin it’s totally different. Dia panas baran, memukul and suka memaki saya bila saya silap seperti salah sidai baju, terlupa kemas barang, lantai rumah ada habuk, air tumpah and else.

And during this marriage saya sangat tertekan dengan sikap suami saya. He only pay for house rental. For others macam segala bill, makan saya akan spend tanpa nafkah.

Tapi saya rarely dengar dia cakap terima kasih or tolong saya buat kerja rumah.

Saya kerja part time sebab komitmen saya as a wife tinggi. Adik2 saya pun masih belajar lagi. Parents saya pula already divorced and not working. Jadi saya perlu bagi duit belanja, and barang dapur di rumah parents saya.

Weekdays siang saya kerja office. Malam and weekend saya ada kerja part time and study postgraduate.

Saya study sebab saya seorang yang sangat minat belajar and dah minta izin suami saya before saya proceed for study.

Kadang2 kerja saya tak datang sebab badan sakit and saya sangat firtunate sebab boss saya di tempat kerja sangat baik dan memahami.

Saya sangat sangat penat and jarang ada rehat. And family members semua keep asking me for money sampai saya susah sangat nak ada simpanan and tak ada duit belanja untuk diri sendiri.

Now saya tengah dalam proses perceraian kerana terlampau tertekan and tak tahan dimaki dan dipukul di rumah.

Saya hire lawyer untuk failkan kes saya and need some money during this process and saya simpan sikit2 guna gaji part time saya.

Tapi kenapa family and other tak faham situation saya? And kenapa diorang keep pushing asking me for money even I tried my best to provide everything for them until I got nothing left?

Saya rasa saya nak pergi jauh and tinggalkan semua yang saya ada dekat sini. Start a new life alone. Mungkin saya not a good wife and daughter untuk mereka.

Maaf saya luahkan disini..

– Hannah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Parents kau yang buat anak. Biarlah depa yang tanggung adik-adik kau tu. Itu bukan tanggungjawab kau.

    • Sayangkan diri dulu kalau boleh pergi kerja jauh duduk mnyewas tempat lain untuk masa sekarang lagi better ,tak bagus tertekan tak elok untuk mental health ko ..

  2. Dah la kena belasah dan maki hamun dgn lelaki SiAL…lepas tu famili sendiri pula push minta duit.Ingat ko ni mesin ATM ke.

    Please la jgn patah balik lps dah failkan perceraian.Laki ko tu red flag sgt dan abusive.Ko nak mati kena tanam bawah rumah dgn dia ke?

    Laki ko tu ego tinggi.Rasa terpaling suami.Lari aje la jauh2 sewa bilik ..buat apa stay dgn circle toksik.Silap hr bln kena sakit mental.

    Self love dulu sblm berkorban demi org lain.Mak ke bapa ke..ada je yg toksik.

  3. First, nak cakap pasal lelaki sebegini. Ada lelaki begini diluar sana ramai ye. Mereka ni ada pemikiran yang They “own” that woman after marriage, so diorang berhak buat apa je dan fikir yang kamu tu boleh dilayan sebagai slave. Lelaki sebegini sangat bahaya ye perempuan luar sana. Sebab diorang bersifat “king” bila rasa diorang adalah “pemilik” sesuatu, mereka akan mula bersifat begini dan fikir “aku berhak buat apa je sebab kau “hak” aku, jahat atau baik kau kena patuh” so jaga2 lah ye wanita diluar sana.

    Lagi satu sis, pasal family you tu, berkeras sikit sis. Dulu saya macam ni semua saya tolong suap sampai naik kepala, sampai saya sendiri takde duit simpanan. Tapi sis ingat kita tolong orang bukan untuk susahkan diri kita balik. Agama pun ajar tolong orang dalam kemampuan kita. Ada duit lebih sikit bukan bermakna kita mampu ye. Berkira sikit sis. Saya dulu berlembut hati jugak macam sis, kesian sebab keluarga, tapi hati kena keras sikit sis baru orang tak ambil kesempatan. Walaupun keluarga, mesti ada juga sifat ambil kesempatan tu. Jadi berkira sikit ye sis. Cuba untuk mewahkan diri pulak. Semoga dipermudahkan urusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *