tertekan

assalamualaikum pembaca semua.sekarang sy betul2 serabut dan tertekan. bukan sebab nak exam, tapi sebab hutang orang yg banyak. sy tak pernah berhutang sebelum ni, dan sy dlu seorang yg akan elak jugak macam mana pun dari berhutang. tapi tak tahu macam mana terlanjur berhutang jugak.

orang dah mintak duit.sy tak cerita pada sesiapa even rumet sendiri sebab sy malu. dan sy hnya betul2 mngadu pada Allah shja.sy nak study pun tak boleh asyik fikir cara nak cari duit sebab nak bayar hutang orang. dan sy tak ambil ptptn ,so sources sy hanyalah family semata.

banyak sy berhutang dengan orang dan sy tak tahu lagi mana nk cari duit.family alhamdulillah berada jugak, sebab sy sorang shja lagi yg masih belajar. adik beradik pun sama, alhamdulillah kerja besar semua. dan sy boleh jer mintak duit dripada mereka,sekiranya sy berterus terang. tapi sy takut nk berterus terang, takut kena marah dan sy lagi tertekan dan takut effect nak exam.

ya Allah,, hanya Allah shja yg tahu perasaan sy waktu ni memang betul2 tertekan dan xmampu berbuat ape. sy tahu makna sedekah semua tu. sy selalu bersedekah dan memang lillahi sy ikhlas ketika bersedekah. sebab sy tahu, makin banyak kita kasi, makin byk kita dpt kemudian. lepastu sy suka bagi makan dekat kucing, memang ikhlas, dan jauh di lubuk hati sy harap sgt2 dengan sedekah sy, dan bagi mkn dekat kucing boleh dapat rezeki nak bayar hutang. dapat tapi still xmampu lagi nak langsaikan semua.

ya Allah, sy menangis skrg. dan sementara sy nak dapatkan duit, sy mintak dgn adik beradik dengan cara menipu. nauzubillahhiminzalik. sy terpaksa.sy cakap nak beli itu ini, itu rosak ini rosak, dan mereka bagi. jumlah pun besar juga, tapi still xlangsai lagi hutang. mungkin tak berkat sebab sy menipu. tapi demi Allah, sy terpaksa dan takut untuk brterus terang. dan yuran pun belum sy langsaikan lagi, dalam separuh lagi sebab sy guna duit yg abang bagi, semata nk bayar hutang org. sy tak sanggup tengok org yg sy hutang terseksa tunggu duit. tapi sy tak mampu ya Allah..

dan sy ada jugak menipu parents. terpaksa jugak.sy tak mahu buat sebenarnya tapi sy takut.betul2 takut dan mmg tak mampu nak bagitahu cerita sebenar. apa perlu sy buat sekarang? sy nak sngat waktu ni solat hajat dan berdoa betul2 dengan Allah , tapi sy tgah dtg bulan. sy hanya berkongsi shja disni, sebab sy tak tahu nak cerita dekat siapa sebab malu, selain mgadu dgn Allah.

sy cuma mintak, korang doakan sy semoga ada rezeki nak bayar hutang orang, sy tak mkn pun takpe asal hutang orang langsai. sy tak mintak simpati, atau mintak tolong korang bagi duit ke ape, cuma cukup lah sekadar mndegar dan mendoakan yg baik untuk sy.sy nak jual semua gadget, tapi tak laku. sy dah gadaikan 2 barang kemas, dan pernah terpikir nk jual moto yg sy guna skrg. tapi tak boleh sebab nanti family akan tahu.

tolong doakan sy ye..sy dah surrender tak tahu ape nak buat.rasa macam nak lari dan tak mahu muncul2 lagi, tapi sy masih waras.fikir family, fikir hutang orang kena langsaikan jugak dan hutang tu byk.bukan ratus tapi ribu, dan bukan seorang.Allah shja yg mampu membalas budi baik korang, dan gud luck exam. jgn cemuh sy. terima kasih

– sister

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *