Malangnya menjadi seorang introvert?

Aku dah lama mengikuti page IIUM Confessions ni. Lama2 aku perasan yg banyak confessors cerita tentang kehidupan introvert mereka dan majoritinya mengaku kehidupan mereka hambar dan menjurus kepada kemurungan.

Buat mereka yg tak tahu apa itu istilah introvert, meh aku terangkan sedikit perincian. Dalam dunia ni, terbahagi kpd 2 kelompok personaliti iaitu extrovert yg mencapai populasi kira2 70% dunia dan introvert (30%). Nak tahu siapa extrovert dan siapa introvert ni senang ja. Kalau korang suka bercakap dan kerap bersosial, bergaul dgn ramai org, sukakan kekecohan, maka itulah extrovert. Sebaliknya introvert pula lebih suka berdiam, tak suka bersosial, suka menyendiri dan terperap kat rumah.
Kadang2 korang yg introvert sendiri tak faham kenapa korang ni perangai mcm gitu dan orang2 luar sana pon pandang mereka pelik semacam ja. Bukan mereka tak nak cuba bersosial tapi tahukah korang, cara otak kelompok introvert ni berfungsi sangat lain dari yg lain. Kajian ada cakap (seingat aku la) saraf otak mereka cepat exhausted bila datang rangsangan secara berterusan dan sebab tu bila mereka bergaul dgn ramai orang, otak mereka semacam sangat susah nak menerima rangsangan baru dan mereka akan cepat2 menyendiri utk merehatkan otak. Sebab tu juga mereka selesa berborak dgn seorang atau dua orang kawan dlm satu2 masa. Mereka juga didapati sedikit susah nak terima satu2 input yg datang.

Aku nak clearkan sikit kat korang yg introvert2 ni yg suka cerita ttg kenegatifan mereka atau pun mereka yg kat luar sana yg byk downgrade-kan kelompok introvert ni. Disebalik fungsi otak yg aku kata berbeza td, melahirkan mereka yg sgt2 hebat pemikiran. Mereka yg introvert cenderung berfikir secara tersusun, ilmiah dan sistematik. Kadang2 idea yg datang dari mereka tak dpt tercapai oleh akal manusia biasa.

Tahukah korang, kajian mendapati kelompok introvert menguasai lebih 50% posisi ceo, pemimpin, saintis, ilmuan, personaliti dan lain2 posisi yg gah walaupun spt yg aku terangkan kat atas, mereka adalah kelompok minoriti. Billionaire Bill Gates dan Mark Zuckerberg merupakan seorang introvert. Pemimpin dunia, Abraham Lincoln, Mahatma Gandhi dan Barrack Obama juga seorang introvert. Saintis terkenal Isaac Newton dan Albert Einstein pon introvert. Clint Eastwood, Steven Spielberg, Tom Hanks, Emma Watson, Christina Aguilera dan Harrison Ford juga antara selebriti introvert. Penulis buku terkenal Harry Potter, JK Rowling juga seorang introvert (sebab tu dia boleh menulis banyak2 buku?). Kalau kat Malaysia, yang paling terkenal seorang introvert adalah Dr. Mahathir. Dalam dunia Islam, ada kajian yang menyimpulkan Rasulullah sebagai seorang introvert (mungkin sebab baginda boleh duduk di gua hira sekian lamanya? Wallahualam), juga sahabat baiknya Saidina Abu Bakr.

Apa persamaan mereka2 yg di atas tu? Mereka sangatlah berjaya di dunia ni, terkenal dengan personaliti yg sgt hebat. Korang yg introvert ni tak payahlah nak cerita depress2, tak tahan kena downgrade dan lain2 tu. Korang jd ja diri sendiri, istiqamah ja dalam apa yg korang nak perjuang tu dan yg paling penting jgn la rasa korang ni pelik kerana korang tak berseorangan!

– One of us

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *