Adik Aku

assalamualaikum, tq admin kalau approve.

nama aku ekin, umur 23 n dah abea degree.aku taip ni sementara tengah bosan2 tunggu adik lelaki aku yang bakal upsr tu siapkan latihan math.

dan yes, tajuk aku memang pasal adik lelaki aku ni. biar aku introduce family kitaorang dulu ya. keluarga kami kecil je, mak ayah dan adik beradik 3 org. aku no 2. atas aku along perempuan,dh keje.
so,sekarang ni kat rumah tinggal ayah ibu aku n adik jela.

oke, semua orang tau yg UPSR akan tiba tak lama lagi. boleh dikatakan hari-hari termasuklah sabtu n ahad adik aku ni pergi tuition utk cover subjek yg dia lemah which is semua budak nk upsr pun buat benda yg sama kan.

apa yg aku nk share kt korang ni ialah tentang semangat dia yg kaw-kaw nk score semua A dlm UPSR nnti. klau korang nak tau, adik aku ni memang kemampuan dia dari segi akademik jauh sgt ketinggalan berbanding aku and along.ktorg sentiasa dapat no 1 or 2 dalam kelas masa zaman sekolah..tapi adik aku dia duduk kelas kedua last n no pun selalu dapat tengah2.

aku tak tau nk cakap macam mana, tapi adik aku ni kemampuan dia untuk faham sesuatu subjek tu memang agak lambat. lagi2 dalam satu kelas ada 32 org murid. manalah cikgu sempat nk bagi attention sorang2. parents aku masukkn dia tuition, tapi selalu bertukar2 tempat sebab kebanyakkan cikgu tuition ajar laju jugak dan dia tak paham. rumah ktorg ni kawasan luar bandar sikit, so pilihan tuition agak terhad.

kadang2, bila aku balik cuti sem aku boleh laa tolong dia utk subjek, sebab adik aku suka kalau aku ajar. one on one. dia mudah paham sebab aku suka guna analogi n main soal jawab. tapi most of the time,aku tak dapat tlg dia sebab aku ada buat kerja part time. mak ayah aku plak dua2 dah tua..cuma boleh suruh adik aku belajar jela..

kadang-kadang aku sedih tengok adik aku. makin nk dekat exam besar ni dia nampak struggle sgt. kadang-kadang sampai tertidur buat latihan n homework. budak-budak lain petang-petang main kat padang, dia pulun jawab math. setiap pagi dia pergi sekolah awal sebab nak buat latihan buku bi grammar yg 1001 soalan tu n nak baca surat khabar star yg sekolah langgan tu. aku masa sekolah dulu pun tak delaa sampai macam tu. zaman kat U lagi laa,aku tak ingat bila last aku struggle gile2 macam ni. paling x pun malam sebelum final exam kot.
aku ingat lagi hari tu masa trial UPSR dia dapat 2b2c2d. balik sekolah dia kurung je diri dalam bilik tak nak makan n sampai demam dia nangis. yelaa, aku nampak macam mana strugglenye die nk exam trial hari tu.padahal budak umur 12 tahun kott..

ada sesetengah cikgu kt sekolah dia, aku memang salute sgt. selalu bagi perhatian kt adik aku ni. ajak buat latihan berulang2 kali kt bilik guru, n guide adik aku dgn sabar. terima kasih cikgu.

bagi kiteorang satu family, kiteorg tak harapkan pun dia dapat all A’s sbb ktorg tak nak sampai dia stress n tak ada life. tapi dia sendiri letakkan target yg macam tu. dia nak beat kakak-kakak dia,dia nak buktikan yg dia pun boleh masuk boarding school . nak cakap pasal attitude,alhmdulillah dia memang hormat fmly, guru2, solat jaga.. siapa tau,mungkin rezeki dia dalam akademik ni sedikit lambat sebab Allah nk bagi yg lebih bagus pada masa akan datang kan?

aku harap Adik aku akan berjaya dlm UPSR dia yg coming soon nie. insyaallah.

– kak ngah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit