Aku mempunyai 2 orang kakak. Ayahku ini, bukanlah lelaki sempurna untuk mamaku tetapi adalah ayah terbaik untuk anak-anaknya. Ayah sangat sayang kepada semua anak perempuannya. Aku bukanlah anak yang terlalu sempurna untuk ayah dan mama. Tetapi, aku terdetik untuk meluahkan apa yang ada dalam hatiku ini.
Kakakku yang sulung, dah berumur 30 lebih. Bukan budak kecik lagi. Tapi, punyalah tidak mahu langsung berkerja. Dia pernah berkahwin pada usia 18 tahun dan mempunyai 2 orang anak. Dulu dia punyalah nak kahwin. Nak sangat-sangat kahwin. Namun, sekarang dia dan suami dah menjadi ex. Diorang dah bercerai. Alasan kakak aku senang saja, dia dah bosan dengan suaminya. Semasa bercerai, dia tidak mahu anak-anaknya lalu diserahkan kepada bekas suaminya. Jiran tetangga banyak mengelarnya sebagai Janda Takmau Anak. Yang menjadi masalah sekarang, dia tak mahu bekerja satu hal. Tapi, dengan tidak rasa bersalahnya, minta duit hari-hari dengan ayahku. Top-up pun suruh ayah masukkan. Bila telefon ayah, terus kata lapar. Tidak terfikirkah dia, kalau lapar, takkan duk dalam rumah saja. Tunggu rezeki jatuh. Carilah kerja. Ni mintak duit dekat ayah senang-senang saja. Ayah ni nak masuk 70 tahun. Tahu? Ayah bukanlah orang kaya. Tak tanyakah,ayah ni ada duit ke tidak? Ayah kerja dari pagi sampai petang nak malam, hantar barang sampai terbakar kulit. Hujan pun still bawa motor hantar barang. Tak kasihan ke dekat ayah? Bila lapar, telefon ayah. Ayah yang baru balik bekerja nak rehat, pergi hantar pula makanan dekat rumah kamu. Alasan yang diberikan tak mahu bekerja adalah penat lelah. Malas atau penat? Sekarang ni, dah melarat pula kepada anak-anak kamu meminta duit kepada ayah. Kesiannya ayah. Sesekali tolonglah pandang muka ayah. Tak kesian ke dekat ayah? Sepatutnya bila umur nak capai 70 tahun, ayah rehat beribadat kepada Allah S.W.T.. Bukannya bawa motor semasa hujan dan panas untuk mencari nafkah lagi. Malah, ucaplah terima kasih bila ayah hantar makanan untuk kamu, dia top-up untuk kamu, dia bagi duit kepada kamu, dia bagi duit kepada anak-anak kamu lagi.
Kakak tiri aku yang kedua ini. Anak yang pandai. Dapat sambung degree. Tapi, bila minta duit dengan ayah. Kasar. Kata nak study. Dulu anak yang baik, rapat dengan ayah. Raya pun datang ke rumah. Sekarang berubah mendadak. Kata ayah tak melawatnya masa dia sakit. Ayah tak ambik berat kerana dia sakit. Macam mana kamu tahu ayah tak mengambil berat tentang kamu? Walaupun ayah tak melawat kamu, kamu itu sentiasa ada dalam doa ayah. Kamu anak ayah. Itu aku pasti. Apabila mintak duit, ungkit. Bila duit tak cukup, marah dengan kasar. Ayah apabila baca mesej dari kamu, riak muka ayah sebenarnya sedih. Aku ini yanga berada depan ayah. Kamu mintak sampai beribu. Kononya untuk study, ayah sanggup pinjam dari saudara mara untuk kamu. Ingat ayah kayakah? Tak tanya ke kenapa ayah tak datang melawat kamu? As i mention, ayah kerja bawa motor hantar barang. Kalau cuti, nanti tauke buang kerja. Kamu bukannya tinggal dekat rumah kami sekarang. Tapi kamu punyalah terasa, sampai tak tanya langsung. Just ungkit. Ayah tak kaya ya. Bila ayah bersusah payah kumpul duit untuk kamu, ucaplah terima kasih. Ni langsung tak balas mesej ayah selepas dia masukkan duit. Dah dapat duitkan?
Ayah sangat sayang semua anak-anaknya. Dia sentiasa berfikir tentang anak-anaknya. Kasihanlah kepada ayah. Ucaplah terima kasih kepada ayah.
– Tasnim