Bismillah, aku Salsa (bukan nama sebenar) dan lelaki yang aku ingin ceritakan ini bersama Syam (bukan nama sebenar juga). Kisah ini bermula daripada zaman aku bekerja. Sekarang aku dah sambung belajar.
Waktu tu, aku dengan dia satu pasukan sebab satu department kan. Dia selalu cari gaduh dengan aku, pantang tengok muka aku si Syam tu. Suatu hari waktu kami rehat, dia ada tanya aku,
“Kau dah makan ke? Jom keluar makan dengan aku.”
Aku tiada respons sampai buat dia geram dan pukul aku sedikit.
Aku pun apa lagi, marah dia betul-betul.
“Kau siapa pukul aku pun? Bapak aku tak pernah pukul aku, kau siapa ada hal sentuh aku!”
Muka dia pucat dan serba salah. Aku tinggalkan dia macam tu saja dan aku sanggup menahan diri untuk tidak rehat sebab terlampau benci dekat dia.
Berminggu-minggu kami tidak bertegur. Ada suatu hari tu, dia ada bawa ole-ole dia bagi dekat aku. Tapi aku ambil dan bagi dekat orang lain. Dia nampak dan terus chat aku,
“Kenapa bagi dekat orang? Aku bagi kat kau kan?”
Aku balas,
“Aku takkan ambil barang daripada orang yang aku benci.”
Dia senyap. Dia rasa serba salah atas apa yang dia dah buat. Dia cuba untuk ambil hati aku dan cuba berbaik. Tapi aku buat bodoh. Dia siap gunakan kawan dia lagi untuk minta maaf dengan aku.
Tapi lain jadinya. Ketika aku sangat benci dan tak boleh tengok dia, satu perasaan kecil timbul di hati tanpa aku duga. Perasaan itu membuatkan aku sendiri tak boleh handle.
Aku cuba untuk tawarkan hati aku soal perasaan itu, tapi semakin aku benci, semakin kuat perasaan datang menghampiri. Dan aku mula suka si Syam tu dalam diam, tanpa aku bagitahu sesiapa.
Hebatnya si Syam ni, dia boleh tahu yang aku suka dia. Dia pun apa lagi, mula mengambil hati aku dan mengambil tempat di sudut hati kecil aku. Kami tak pernah meluah, tapi ada suatu hari, ketika kami free, dia tanya aku,
“Kau marah lagi ke kat aku? Sorry aku tak sengaja pasal dulu.”
Aku diam dan aku senyum. Aku bukan tak balas, aku balas,
“Marah memang marah, sakit hati sangat, tapi saat aku benci kau, perasaan bodoh tu datang.”
Aku terkedu dan bercakap dalam hati,
“Alamak, aku terlepas cakap ke ni?”
Muka aku cuak dan dia hanya senyum. Tiga perkataan saja yang dia tanya aku,
“Kauuu suka aku?”
Aku diam dan tidak menjawab. Aku bangun sebab waktu rehat aku dah habis. Dia punya kuat suara sampai kawan rapat dia dengar,
“Kauuu sukaaaa aku keee?”
Serius, malu gila aku + suka.
Tapi itu semasa kami sedang dilamun kasih. Orang kata bila bahagia akan ada dugaan kan? Kami together tapi sebulan saja, ex dia datang untuk ambil hati dia kembali.
Dia kembali ingat tentang silam dan membuatkan hubungan kami retak sedikit sebab kepercayaan. Dia start jauhkan diri daripada aku. Aku chat pun dia lambat reply, tak macam biasa.
Suatu hari, ex dia datang ke tempat kerja kami. Aku jumpa ex dia dan benda yang aku tak boleh lupakan, dia backup ex dia dan hiraukan aku. Ya Allah, sakitnya waktu tu. Hati aku seolah-olah hancur dan perasaan semakin tawar bila tengok dia mula berubah.
Kami bergaduh besar hingga satu tahap, perkataan putus keluar dari mulut aku. Aku matikan dengan satu ayat ni,
“Dulu kau nak aku, macam-macam kau buat, manis mulut kau, sekarang kau buang aku macam sampah. Kau memang lelaki bodoh pernah aku jumpa.”
Aku memang tak pernah sayang orang, tapi bila aku dah sayang, sampai mati aku sayang. Hati aku tawar gila waktu tu dan give up.
Aku mula jalani hidup macam biasa. Tapi dia kembali notice aku, kembali kejar dan dapatkan hati aku balik sebab ex dia dah bertunang. Padan muka dia! Hahaha.
Kali ini hati aku betul-betul mati untuk Syam. Aku letak surat resign. Dia orang pertama yang terkejut sebab kami pernah janji kejar impian sama-sama nak jadi chef. Tapi aku letak surat resign.
Dia chat aku,
“Seriuslah kau nak resign? Kau resign sebab aku kan?”
Aku tak reply sepatah pun.
Beberapa hari selepas itu, dia pula hantar surat resign dekat bos aku. Dia chat lagi,
“Aku pun nak berhenti, nak sambung belajar.”
Aku tetap tak reply.
Sampai la hari terakhir aku, dia pandang aku dengan muka serba salah. Sebelum aku pergi, dia cakap,
“Goodluck belajar. Belajar elok-elok. Terima kasih pernah hadir. Semoga kita ditemukan kembali.”
Aku hanya senyum tanpa pandang dia, aku pergi dengan hati yang sangat kecewa dan tawar.
Setahun berlalu. Kata-kata dia Allah kabulkan. Kami ditemukan kembali dalam versi yang baharu. Dia masih bujang, umur 26 tahun, dan katanya tunggu seseorang. Ex dia pula dah kahwin dan tengah pregnant anak pertama.
Kami bertemu di kedai tempat kami pernah kerja. Aku datang nak beli kek birthday adik aku. Dia datang melawat. Aku dengan dia masing-masing dah ada kereta, cuma dia dulu Myvi, sekarang dah tukar Bezza. Alhamdulillah rezeki dia.
Dia tegur,
“Salsa, lama tak jumpa. Allah makbulkan doa aku.”
Aku hanya diam dan bayar kek.
Masa nak bayar, dia tak bagi aku bayar. Dia nak belanja adik aku katanya. Aku nak bagi cash, dia tak nak. Katanya,
“Takpe, harini Syam belanja. Mana tahu esok lusa dah tak boleh belanja.”
Aku diam.
Sejak dari tu, nombor dia naik balik di WhatsApp.
“Assalamualaikum, masih guna ke nombor ni?”
Aku balas,
“Waalaikumsalam, masih.”
Dan dari situ cinta kami berputik kembali. Aku dah lama maafkan dia, cuma masing-masing ada ego.
Tak sangka kami ditemukan semula setelah setahun berpisah. Allah dengar doa aku juga, sebab aku pernah doa,
“Jika dia untukku, satukanlah kami.”
Kini aku masih belajar di semester ke-4. Aku ambil jurusan Halal Executive dalam bidang Chef. Dan perkara yang paling aku tak sangka, pada semester ke-3 aku, aku sah bergelar isteri dia.
Dia merisik aku sebulan selepas kami bertemu, dan terus menikah tanpa bertunang sebab aku masih belajar dan dia sudah bekerja di hotel dekat tempat aku belajar.
Sekarang aku duduk dengan Syam di apartment bujang dia. Aku drive sendiri ke kelas. Kalau dulu sorang-sorang, sekarang suami yang hantar bila free. Kehidupan aku sekarang bahagia.
Dulu benci, sekarang sayang. Dia faham aku, aku faham dia. Walaupun jadual kami tak sama, tapi kami tetap cari ruang untuk satu sama lain.
Aku harap hubungan ini kekal hingga ke syurga Allah.
Aku bersyukur sebab dapat mencintai dan dicintai lelaki bernama Syam, yang sabar dan gigih untuk dapatkan hati aku semula.
Untuk adik-adik di luar sana, akak nak pesan: jangan terlalu benci seseorang, sebab boleh jadi nanti Allah balikkan hati kita. Jodoh itu milik Allah, lari ke mana pun, kalau Allah kata itu jodohmu, akan tetap disatukan.
Terima kasih sebab sudi baca kisah kami. Doakan kami kekal bahagia dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah, serta berjaya menjadi chef macam impian kami.
– Salsa (bulan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Novel