Reply, (https://iiumc.com/showing-up-matters/).
Assalamualaikum.. Ya saya memahami perasaan peluah sebab saya pun merasai benda yang sama.
Saya anak perempuan kedua dari 4 adik beradik. Sepanjang saya bersekolah, saya sentiasa dapat nombor 3 teratas. Setiap tahun naik pentas ambil hadiah.
6 tahun sekolah rendah, tak pernah sekali parents saya datang saksikan saya ambil anugerah, walaupun jarak sekolah dan rumah hanya 10 minit jalan kaki. Kalau naik kereta lagilah sekejap, hehe.
UPSR 5A, PMR 9A, SPM 11A+.
Namun tak pernah sekali parents saya datang ke sekolah untuk saksikan saya ambil anugerah. Semua pelajar cemerlang ada di samping ibu bapa, kecuali saya. Saya seorang.
Bila ditanya mana parents? Ada di rumah. Takda hal apa apa. Sekadar tak datang? Entah lah dulu takda rasa nak persoalkan pun. Kawan kawan je lah persoalkan, kau ni anak yatim ke? Haha
Sehingga keputusan SPM keluar, saya dapat 11A+!! Ambil keputusan berseorangan, naik train naik bas sendiri. Kali ni sekolah asrama penuh, agak jauh dari rumah.
Setibanya pulang, dengan sangat bangga tunjuk slip SPM berderet A+ pada ibu. Namun hanya dijawab, “jangan happy sangat, ingat perasaan kakak tu nanti dia terasa hati”.
Buat pertama kali dalam hidup, hati saya hancur. Tanpa sepatah kata tahniah atau ibu bangga dengan saya atau apa apa. Dengan kelat saya tutup balik keputusan saya. Masa tu semua orang menyanjung saya kecuali parents saya.
Semua tanya apa perasaan dapat bukan takat straight A’s, tapi straight A+! Saya cuma mampu senyum je ucap Alhamdulillah tapi dalam hati rasa sangat terluka.
Hari Anugerah Kecemerlangan SPM saya dapat anugerah khas. Parents masih tiada di samping saya. Saya teruskan hidup macam biasa, independent, sibuk berbakti, sibuk dengan pelajaran dan akhirnya bekerja dan berkahwin.
Allah swt beri saya jodoh dari keluarga yang agak berada. Mak mertua dan ayah mertua yang sangat penyayang.
Mak selalu kata saya lebih cantik dari Mira Filzah, aduhaii mak… Malunya saya tak pernah dipuji cantik semacam tu sekali dari mak sendiri.
Ayah mertua pula tak habis habis bangga nya pada saya sebab keputusan pelajaran yang sentiasa luar biasa cemerlang.
Dan parents saya? Masih begitu. Saya tergerak untuk luahkan di sini sebab baru baru ni keputusan SPM 2024 keluar. Parents saya meluahkan betapa bangga dan ucapkan tahniah berulang kali kepada adik saya yang hanya beroleh 3A.
Barulah saya sedar, parents saya hanya bersungguh untuk anak anak yang kekurangan. Yang kurang bijak, ditatang bagai minyak yang penuh. Yang kuat membentak, dijaga perasaannya dengan rapi supaya tak merajuk.
Apalah penting nya jaga hati saya? Sebab saya bijak, kahwin dengan anak raja bak kata parents saya. “Fikirlah perasaan adik adik yang tak bijak dan kurang bernasib baik”.
Ianya satu kesakitan yang berbeza bila kita sudah lakukan yang paling terbaik, tapi kita dilayan seolah olah kita tak wujud. Memang syndrome anak kedua tu jadi halimunan ya? Hehe.
Takpalah. Mungkin parents saya trauma dibanding banding anak yang bijak anak yang tak bijak. Biarlah saya break the cycle, semoga saya tak buat benda yang sama pada anak anak saya.
Saya ada suami yang sangat penyayang dan sentiasa berpihak pada saya dalam segala hal. Punyai mak mertua dan ayah mertua yang melayani saya seperti anak emas, melebihi anak kandung mereka sendiri.
Di umur yang dah matang ni, saya hanya mampu berdoa supaya Allah swt beri saya peluang untuk berbakti dan jaga parents saya. Saya dah tak kisah samada parents saya sayang saya atau hargai saya ke tidak.
Masa inilah saya merasa sebenar benar niat kerana Allah tu apa perasaan nya. Berkhidmat pada mereka yang tak nampak kewujudan kita, semata mata kerana Allah…
Terima kasih..
– Puan Singa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
jauh di sudut hati mesti parent awak nak raikan awak sgt2.. ttp disebbkan ada anak2 yg lain kurang segalanya dr awak, jd mereka pendamkan dan terpaksa/tidak sengaja sakitkan hti awk. dan mererka fikir awak bijak dan tak fragile dgn keaadaan.
Kadang ibu bapa terlupa…selain beri anak duit belanja dan hantar sekolah..kena juga beri perhatian kasih syg dgn puji pujian dan kata2 penghargaan.tu semua akan boost akaun emosi si anak ….
Biarlah..mgkn ibu bapa awk juga tidak dihargai semasa kecik tu psl dia layan anak dgn cara sama