Berdosanya aku

Hi semua.
Aku nak tanya pandangan semua tentg keadaan aku sekarang. Aku merupakan anak yatim. Setelah kematian mak aku, aku meneruskan pengajian di ipta. Sepanjng pengajian, ayh aku xpernah nak ambil tahu ttg aku. Tak pernah nak tanya khabar mahupun ttg pembelajaran aku. Aku jd memberontak. Sebab aku rasa ayh aku xambil berat lnsng ttg aku. Ayh aku cuma ambil berat ttg adik aku bwh aku. Yg bongsu? Sama masalahnya seperti aku. Seolah2 kami xwujud.

Memberontak mcmana? Aku mula melayan lelaki2 yg aku kenal melalui internet. Yea. Sehingga ke kamar tidur. Setiap kali aku ada bf..aku juga hanyut dgn dunia. Masa tu aku hnya pikir aku nak release tensen ttg mak aku yg tiada..ayh aku yg dh xpeduli kami adik beradik..duit belajar xckup..belajar pn xblh bg tumpuan..and aku sakit tulang. Dan aku juga xpunya pegangan agama yg kuat.

Namun, kejadian dimana aku ditinggalkan lelaki kerana dia curang pada aku, buat dunia aku berputar sekali lagi. Aku putus cinta hingga ke tahap depress and rasa ingin bunuh diri. Asyik mkn ubat..ada sekali aku tidur hingga 2hari. Menangis sepanjng masa. Aku hilang akal, mujurlah aku berjmpa dgn ahli kaunseling ipta aku. Dia yg buat aku lega. Aku mula meredakan hati aku yg depress dgn membaca zikir setiap kali aku dah start rasa depress. Hari2 buat solat hajat. Akhirnya hati aku tenang..xsampai bbrp bulan aku mengenali lelaki yg punya background agama yg sgt bagus. Dia yg buat aku berubah dr segi berpakaian. Kalau dlu aku pkai bju berlengan pndek n tudung jarang plus xmenutup dada..dia yg nasihat aku..yg belikan aku jubah n stokin. Tp hubungan kami xlama krn dia melanjutkn pelajaran ke luar negara. Aku akhirnya kembali ke asal aku..bkn dr segi berpakaian, namun mencari pasangan.
Setiap kali aku punya bf..haruslah bf aku ini seorg yg suka ambil kesempatan. Xkira lah dia seorg yg kelihatan baik. Aku? Bodoh sgt. Seperti di pukau. Buat kerja2 terkutuk. Setelah buat, aku mesti menangis2 krn rse berdosa yg teramat sgt. Aku nie solat pn sekjap solat..skjap x..rse sgt berdosa, tp ntah knp rse malas nk dirikan solat. Tp rajin pula lidah aku nie berzikir.

Kini aku punya bf. Namanya Z. Kami terlanjur n masih terlanjur. Bf aku yg nie dlu nya jarang2 solat. Alhamdulillah skrg solatnya terjga. Namun, jika berjumpa,pasti terlanjur.

Dalam masa yg sama, aku mengenali seorg lelaki. Biarlah dikenali sbgai A. Dia lah org yg aku rse xmengambil kesempatan n bersungguh2 ingin mengahwini aku. Tp syg, dia berpendidikan agama. Ahli keluarga juga yg islamik. Dia sndri seorang yg sgt menjaga agama. Aku sukakannya krn aku mengenalinya setelah aku buat solat hajat memohon Allah berika n aku seorg suami yg dpt bimbing aku ke jalanNya. Syg aku kpdnya krn dia slalu ingtkn aku ttg Allah. Dan dia juga tahu aku yg sakit. Dia sndri katakan bahawa aku sakit krn makhluk halus n dia bersungguh2 mahu bawa aku berubat. Hati ppuan mana xtersentuh dgn itu smua. Sygnya aku padanya,namun aku sedar jauh bezanya aku dgn dia. Hitamnya hati aku berbanding hatinya..aku yg xsuci lg dan dia pula mmg mahukan ank dara.

Aku, bukanlah ppuan yg pernah g kelab2 malam. Keluar larut malam pn selalunya dgn ahli keluarga atau kwn rapat. Jarang berkwan xtentu hala, jika kenal baru rapat. Sgt pentingkan setiakwan. Sgt percayakan org dan mudah maafkn org. Pakaian? Aku pkai tudung yg menutup dada..baju yg labuh n longgar.

Kini aku ingin bertaubat. Tak mengharapkan lg kasih syg seorg lelaki. setiap malam aku menangis krn rse berdosanya aku terhdap Allah. Lemahnya aku krn gagal menjadi pengikut Nabi Muhammad S.A.W yg baik..Tp adakah aku mampu mengharunginya?
Doakan lah aku agar ditetapkan iman n dosa ku diampunkan Allah.

– Ms. Confius

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *