Ada Hikmah

Semua benda yang berlaku kat kita mesti ada iktibar, pengajaran dan hikmah, mesti ada sebab dan akibat mengapa sesuatu benda terjadi dan mengapa kita bertemu seseorang.

Cerita dia bermula begini, aku baru je pulang dari kampung ke kl pagi ni dengan menaki bas tambahan, aku dari pantai timur, niat nak turun dekat greenwood tapi oleh sebab terlelap aku terlepas dari turun kat sana. Jadi aku turun kat Hentian Putra, stesen seterusnya. Aku sampai kat bumi kl sebelum subuh dalam pukul 4.++ pagi camtu. So, aku tunggu la sampai pukul 6 untuk naik teksi, kalau naik masa tu, memang kena caj double la. LRT pun pukul 6 am baru berjalan, lagipun kalau naik lrt alamatnya 2-3 jam baru sampai uia..herh so pilihannya teksi, hanya 20 minit je dari sini..aku dah xtahan, mengantuk campur penat.. dah la xdapat tido masa dalam bas jiran sebelah berdengkur mengalahkan lelaki.. haissh hilang habis keayuaan..
Alkisahnya bermula apa yang aku maksudkan. Kat tempat aku tunggu tu (hentian bas/teksi/kereta tepi jalan) ada sejubur badan kecil sedang tidur kesejukan..aku terkedu. Terpegun campur kesian.Rupanya ada sebab kenapa aku terlepas stesen. Aku pun mendekati budak tu, aku dapat kenal pasti, dia berketurunan India namun badannya kurus lemah longlai. Aku kejutkan dia, tanya dia mana mak mana ayah dik? dia seolah-olah menyedari kehadiran aku. Dia tunjuk jari ke arah belakang (arah hotel.Mungkin maksud dia mak bapak dia kerja kat sana, tapi yang hairannya, tak kan la mak bapak dia benarkan dia tidur tepi jalan macam tu, tak ke bahaya.. Aku tak puas hati aku tanya lagi ( Ganggu budak tidur) " Adik setiap malam ke tidur sini?" Dia angguk. Aku tanya lagi untuk mendapatkan kepastian," dah berapa lama tidur kat sini, rumah dulu kat mana, sekarang duk dengan sape, dah makan belum sambil aku offer dia minum air aku and bla bla bla" ahh macam2 soalan aku tanya tak ingat. Akhirnya aku dapat jawapan, dia sebenarnya tinggal bersama abang dia sorang lagi, yang dimaksudkan adik tu semasa dia menuding jari ke arah ke belakang tu sebenarnya abang dia, ye dia maksudkan abang dia bukan parents dia T-T. Tapi yang comelnya, dia bangun, duduk ngadap muka aku senyum manis, sikit pun tak marah aku tanya dia soalan macam-macam. Masa tu aku terlintas nak tanya pasal agama dia.. dia tersengih macam tak tau jawapan.. Aku pun masa tu ambik kesempatan ceramah agama kat dia :p …bla bla bla.. dia mendengar dengan penuh teliti. Then, aku tanya, adik sekolah tak, boleh baca tak , dia geleng kepala.. (sebak, air mata hampir jatuh, namun aku tahan). Masa tu aku ada tanya dia, adik nak tak tinggal tempat selesa ada bilik, tidur selesa boleh belajar, makan cukup ( aku maksudkan rumah kebajikan anak yatim). Dia angguk sambil membayangkannya. Aku senyum. Aku cuba untuk membantu dia semampu yang boleh, aku dah try call office kebajikan masyarakat tapi dijawabnya " Please call on office hour" ok aku lupa sekarang masa subuh and weekend.
Aku tanya dia, adik sejuk tak, nak tak akak bagi selimut, dia angguk. aku tak teragak-agak nak bagi tuala aku kat dia, walaupun benda tu aku guna hari-hari..itu saja benda aku yang bagi masa tu dan sebotol air mineral yang telah aku minum tinggal separuh..nak bagi duit, pokrt aku kering.. tuala tu terus diselimutkannya seluruh badan.
Situasi adik tu, membuatkan aku reflect diri aku sendiri walaupun aku kerap tak da duit, makan cukup walau kadang-kadang berlapar tapi sekurang-kurangnya aku ada lebih dari adik tu, aku ada keluarga, cukup ahli-ahlinya mak ayah adik-adik, tempat tidur selesa, ada selimut ada bantal ada kipas ada pakaian..and so on T-T. Aku bersyukur sangat segala nikmat yang aku ada selama ni..tak banyak kadang-kadang kurang, tapi masih aku bersyukur.
Konklusinya,walaupun aku datang ke kl dengan bawa duit poket RM30.++ and terpaksa bayar sebahagiannya untuk teksi tapi dapat jumpa adik tu aku anggap ia berbaloi kerana ia membuatkan aku muhasabah diri and bersyukur akan nikmat yang aku ada selama ini..
Aku harap korang faham mesej yang aku nak sampaikan ini.

– Sis bersyukur

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *