Ms

Hidup untuk berbakti

Mohon izin IIUM Confessions untuk share cerita saya supaya adik2 yang membaca dapat jadi iktibar.

Saya pernah merasa hidup miskin bandar selepas ayah meninggal sewaktu saya masih remaja. Mak tak bekerja dan adik masih kecil.

Kenapa saya kata miskin bandar sebab kami tinggal di KL tapi hidup susah.

Selepas diterima belajar di IIUM, saya cuba untuk tak menyusahkan mak. Hidup dengan duit study loan, dan masih lagi boleh bagi sedikit pada emak. Rentetan peristiwa yang saya nak kongsikan ini berlaku semasa saya di matrik sehingga saya grad tahun 2006. Setiap satu kisah ini tak ikut turutan, hanya berdasarkan ingatan saya sahaja.

1. Waktu tu saya nak pulang ke kampus selepas cuti, mak tanya saya ada duit tak? Walaupun takde saya akan cakap, cukup untuk tambang. Sebelum saya gerak mak pegang saya dan hulur duit RM3 sambil cakap "Mak ada RM5, awak ambillah RM3. Mak ambil RM2 cukuplah nak beli telur sedikit.” Saya ambil duit tu dan terus berjalan pergi sambil air mata tak henti2 mengalir. Sampai sekarang saya masih simpan lagi duit RM3 tu.

2. Setiap kali loan masuk, saya akan beli pizza hut atau KFC dan itulah satu2nya masa saya dapat merasa makanan tu. Kalau nak makan lagi kena tunggu next sem atau ada orang belanja. Saya juga akan bagi sedikit duit study loan untuk mak, bukan banyak pun cuma saya suka tengok muka mak gembira bila dapat duit tu. Sekarang bila dah kerja, saya akan belanja KFC untuk keluarga atau kawan setiap kali dapat gaji. Tradisi yang dimulai oleh ayah saya dan juga sebagai ingatan yang saya pernah mendambakan KFC sehingga berbulan2 sebelum kami disatukan didalam perut.

3. Alhamdulillah Allah pertemukan saya dengan kawan-kawan yang baik. Ada seorang ni nama dia NHG (bukan nama sebenar). Dia pun datang dari keluarga miskin namun masyaAllah pemurah sungguh orangnya. Semasa sem 3, memang takde loan study pun waktu tu. Maknanya saya kena berjimat sejimat2nya. Makan roti canai pagi dan petang. Kalau lapar minum air. Setiap malam NHG ni nampak saya kelaparan tapi dia tahu saya tak suka meminta2. So setiap malam dia akan makan di bilik saya dan setiap kali itu juga dia akan cakap, dia tak boleh habis kan nasi. Saya pula setiap malam akan tunggu dia datang dan kami akan makan sama2 sebab dia akan kongsikan nasi dia dengan saya. Sehingga hari ini nama NHG tak lekang dalam doa saya. Semoga Allah merahmati dia.

4. Sepanjang tempoh pengajian sampai grad, saya hanya ada 5 pasang baju kurung, 2 helai jubah. itu sahaja. Kasut akan bertukar kalau dah tak boleh tampal. Selagi boleh tampal, maknanya tak payah beli baru. Saya pernah ada handphone, kemudian handphone rosak dan ada beberapa ketika saya takde handphone. Alhamdulillah boleh survive.

Kesusahan yang saya rasakan sebelum ini membina jati diri saya dan menjadikan saya seorang yang tahan lasak dan tak mudah putus semangat.

Tiada hinanya jika datang dari keluarga miskin atau tak boleh bermewah mewah sewaktu masih belajar. Yang hinanya ialah bila dah grad dan sudah kerja tapi masih lagi menagih ehsan mak ayah untuk bagi duit. Yang hinanya ialah bila kita dah bertahun-tahun kerja tapi mak ayah masih lagi bekerja juga sebab kita gagal menyara mak ayah kita yang sudah tua.

Jangan hanya fikir apa yang kita boleh beli selepas kita bekerja nanti. Fikir juga cara untuk menyumbang kembali agar kejayaan kita itu tidak disimpan untuk poket sendiri. Setiap rezeki yang kita terima ada bahagiannya untuk orang lain.

Hiduplah untuk berbakti, insyaAllah rezeki yang datang akan lebih berkat dan cukup untuk dikongsi dengan ramai orang.

-iium grad 2006-

– Zaraa

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *