suami saya,
adalah satu anugerah Allah yang sangat indah.
sebab.. seumur hidup saya,
tak pernah lagi saya jumpa lelaki seperti dia
saya pernah bercinta berkali-kali sebelum bertemu suami saya
tapi anehnya dengan suami saya ni
kami bercinta hanya selepas nikah
kerana pendirian dia.. cintanya hanyalah untuk isteri yang sah
sepanjang bertunang tu tak pernah kami keluar bersama
bercakap apatah lagi
dia sangat menjaga.
kadang-kadang rasa macam, betul ke sebahagia ini?
betul ke dia sebaik ini?
takkanlah tak ada langsung yang pelik2 ngan dia
tapi sepanjang bertahun-tahun kahwin itulah perangai dia..
tetap sama dari mula sampai sekarang
malahan lebih baik dari hari ke hari.
setiap kali lepas saya masak,
dia akan angkat lauk-pauk ke meja
sendukkan nasi
dan cium pipi saya sambil ucapkan terima kasih
pinggan mangkuk dia cuci
dan tak pernah bagi saya sentuh satu pun
katanya,
"sayang dah penat masak, biar abang yang basuh pinggan ni semua"
lampin anak-anak pun akan bertukar tanpa perlu diminta.
rutin saya, usai dia mandi,
saya akan sediakan pakaian dia selengkapnya
saya ingin melayan dia seperti raja
dan setiap kali itulah dia akan ucapkan "terima kasih sayang" :')
kadang-kadang saya lihat
matanya berkaca memandang saya dan anak-anak
saya tanya kenapa?
dia jawab
"abang rasa sangat bersyukur dengan nikmat Allah untuk abang"
Allahu.. berdebar jantung saya
siapalah saya untuk dihargai sebegitu rupa :(
sangat terharu.
dia juga tidak pernah meninggalkan ibadat sunat dia,
apatah lagi yang wajib
nafkah isteri? Allahu, saya rasa sangat bertuah
semua kelengkapan saya disediakan
saya beli barang dalam internet pun dia bayarkan
dan hingga kini duit gaji saya tidak terusik langsung
katanya itu milik saya sepenuhnya.
sebelum berkahwin suami saya tebalkan ilmu dengan membaca
buku tentang perkahwinan dari sheikh-sheikh islam terkemuka
menonton ceramah dari speakers international
dan banyak bergaul dengan orang lebih tua dan berpengalaman.
saya tak tahu apa kebaikan yang saya lakukan
sehingga Allah sangat bermurah hati
mengurniakan lelaki seperti ini untuk saya
saya banyak dosa
tapi bila menjadi isterinya
saya jadi sangat malu
lalu saya berazam untuk bangkit dan berusaha
untuk menjadi isteri solehah
selayaknya untuk suami sesoleh ini
mungkin ini berkat doa yang tak putus-putus
sebelum berkahwin dahulu
bahawa saya benar-benar inginkan berubah
dan inginkan suami yang boleh
membawa saya ke syurga
bukan hanya kata-kata tapi saya benar-benar mahu.
buat para suami, jadilah suami yang betul-betul mengikut acuan Islam
dengan cara cantik dari islam ni,
saya rasa menjadi seorang isteri ni
sangat mudah, dan sangat bertuah
semua kelengkapan disediakan walaupun sederhana
tutur katanya sangat lembut dan romantis
ringan tulang membantu dan amat memahami
janganlah menjadi seperti suami tipikal
semua kerja dibebankan di bahu isteri
berkata-kata kasar seolah-olah malu untuk bercakap seperti
zaman bercinta cinta dahulu :(
saya harap perkongsian ini dapat dijadikan pengajaran untuk semua
segala yang baik datangnya dari Allah
dan yang buruk adalah kelemahan saya sendiri :)
– flower