Salahkah aku sebagai isteri

Assalamualaikum,

Saya bukan lah seorang yang suka cerita/share pada public tentang kehidupan saya..Tapi hari ni saya buat keputusan untuk share sebab saya nak minta pendapat yang akan membantu saya bagi mengelakkan saya membuat keputusan yang salah.

Saya dan suami baru berkahwin dan perkahwinan kami adalah family arrangement (actually arrange by our both auntie)yang mana kami tidak pernah berjumpa sebelum ini. Pada saat saya ingin dikenalkan dengan suami saya, terdapat satu lagi lamaran yang menantikan jawapan saya dari rakan sekerja saya untuk anaknya, tetapi saya telah membuat keputusan untuk bersetuju dengan jodoh yang telah diaturkan oleh family sebelum saya berkenalan dengan suami saya. ini adalah atas dasar percaya dengan pilihan keluarga dan saya ingin dapat redha dari mak ayah saya(walaupun sebenarnya mak ayah saya tak pernah paksa saya)walaupun saya mempunyai pelajaran,kerja dan gaji yang lebih tinggi dari suami.

Kami berkahwin setelah 6 bulan diperkenalkan tapi kami seringkali bertengkar bila perbincangan kami melibatkan nafkah dan ibu bapa suami saya sejak bulan pertama usia perkahwinan kami.. Mungkin kerana takut saya akan meracuni fikiran anaknya(ini apa yang fikiran jahat saya fikir), mak mertua saya telah menetapkan sejumlah wang yang perlu diberikan oleh suami saya kepadanya tanpa mempertimbangkan kemampuan suami saya untuk menafkahi saya kerana saya bekerja dan mempunyai gaji yang lebih tinggi.

Saya pernah membincangkan perkara ini dengan suami dengan mengatakan bahawa saya tiada masalah untuk dia menyarai kedua orang tuanya tapi bergantung kepada kemampuannya. Sekiranya dia mempunyai kemampuan yang lebih maka dia perlu bagi lebih tapi sekiranya bulan itu diberi rezeki yang kurang maka dia perlu berbincang dengan kedua orang tuanya yang dia tidak mampu untuk memberikan perbelanjaan seperti yang dituntut oleh ibunya tapi sia-sia dan dia cakap ' habis dia kena utamakan isteri dari mak ayah, mak ayah tak boleh ditukar ganti tp bini boleh cari lain'. Waktu tu sedihnya hati saya.Tapi saya diamkan.

Mungkin ada yang kata kalau gaji saya dah lagi tinggi patutnya saya kena bantu suami. Pada mulanya, saya ada membantu suami saya walaupun nafkah zahir saya diambil ringan. Perkahwinan kami diuji apabila suami saya hendak berhenti kerja (sebab dapat tawaran kerja kat company lain) tapi company lamanya tidak mengeluarkan gaji suami saya dan saya telah bersabar menyarai suami (belanja kerja, makan, hutang asb) dan segala perbelanjaan rumah dengan bergantung dengan gaji saya (masa tu saya tak dapat bagi duit belanja kat mak ayah saya dan mereka memahami lepas saya jelaskan kesulitan yang saya alami) dan pada saat ini saya sedang membangunkan rumah saya dengan perbelanjaan membina rumah ini ditanggung oleh saya seorang tanpa duit suami walaupun sesen.

Tapi pada bulan seterusnya setelah suami terima gaji (dari company baru) dan membayar hutang kereta,insuran dan lain2 perbelanjaan tertunggak, suami segera mengasingkan bayaran untuk belanja orang tuanya tanpa memikirkan saya (balance duit tu baru dia bagi kat saya itu pon x lepas duit bil dan belanja rumah). Waktu tu saya diam, cuba bayangkan waktu tu suami menyerahkan duit tersebut kepada emaknya di hadapan saya dan mak mertua saya sambil melayang-layangkan duit tersebut di depan saya dan cakap 'tak marahkan?'..Ya Allah waktu tu hanya Allah tau macam mana perasaan saya dan suami pula menzahirkan kegembiraan saat dia dapat setel hutang belanja bulanan kat mak ayah dia. Padahal mak ayah dia bukan seorang yang fakir miskin yang tak cukup belanja bulanan (hampir setiap keluar dan makan kat luar) dan dia juga ada adik beradik yang lain untuk membantu walaupun ayah dia dah tak bekerja.

Dalam 2 minggu lepas tu, saya mengalami pendarahan (saya baru dapat tau saya dah mengandung 6 minggu) dan minta untuk suami bawa saya ke hospital. Tau apa yang menyedihkan, waktu tu suami tanya nak gi cucuk duit dulu tak? (kalo cucuk duit dia tak pe lagi , ini tak dia tanya nak keluarkan duit dari bank saya sebab duit gaji dia dah habis)dia langsung tak tanya keadaan saya macam mana pun masa tu.Dah la waktu tu saya pun x cukup duit sebab saya perlu bayar jumlah yang banyak untuk pembinaan rumah(masa tu gi hospital kerjaan je sebab saya kerja gomen x yah bayar). X cukup dengan itu,masa nak gi kerja pon dia minta duit dengan saya sebab duit gaji dah habis..

Kadang saya terfikir sebab dia (mak ayah dia sekali) nak kahwin dengan saya sebab gaji saya besar ke dan mak ayah saya jenis baik (selalu bersabar dengan apa yang orang buat)..dapat tolong dia hidup senang semua..sebab dia pernah cakap yang dia nak saya jual kereta saya sebab buat apa ada 2 kereta (biasa dia gi kerja naik motor, ni pon kete dia dah dekat 3 bulan x gerak dan tayar pancit sebab x da duit nak tukar tayar n service)..lagi 1 dia nak buat bisnes nak beli rumah tp dia nak saya yang buat loan tu (lagi la saya tak boleh nak terima)sebab dia kata buat apa kerja kerajaan kalo tak nak buat loan. sebelum kahwin, saya dah selesaikan hutang ptptn dan lain2 hutang (walaupun saya baru bekerja untuk tempoh 2 tahun setengah). sekarang yang tinggal hutang kereta je tu pon akan habis dalam 2 tahun setengah lg(sebab pinjam 5 tahun je)dan saya bukanlah seorang yang suka berhutang.

Sejak peristiwa tu, setiap sen duit saya yang digunakan dan setiap belanja nafkah (termasuk yang diminta balik) saya akan catitkan dan nyatakan dia semakin hutang yang wajib dia bayar balik dan saya jadi benci dengan mertua saya (ada kes yang menyebabkan saya benci dengan sebab x consider langsung saya tengah mabuk2 mengandung)…

saya tahu suami kadang-kadang berusaha untuk puaskan hati saya dan orang tua dia terutama mak dia (saya nampak tu sebab dia kuat OT)dan saya tak kisah hidup susah senang dengan dia tp bersifat adil antara saya dan mak dia..saya paham kesusahan dia sebab tu sya tak pernah minta pergi honeymoon, jalan-jalan semua and guest what saya tak pernah gi tgk wayang pon dengan suami sejak kami kahwin sebab x cukup duit..dia minta saya paham kesusahan dia tapi saya juga minta dia pahamkan orang tua dia yang dia pun tgh susah nak bina kehidupan bekeluarga sekarang ni..salah ke saya??

saya berniat untuk pergi kaunseling di pejabat agama dan mungkin akan tuntut cerai kerana sabar saya semakin menipis (sebenarnya saya sayang perkahwinan kami)..mohon tolong bagi pandangan dan mohon tidak dihentam..apakah yang saya buat ni salah?apakah saya perlu terus bersabar lagi?

tq…

– Aku Yang Tersepit

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *