Bismillah and Assalamualaikum, mohon admin hide profile fb. Maaf jika jalan cerita yang saya taip ni tunggang langgang sebab dah lame tak menggarang bahasa bangku , last karang SPM lima tahun lepas. Apa yang saya nak kongsikan ni, harap dapat bagi sedikit pengajaran lah bagi yang masih belajar tetapi nak kawen awal. Saya kawen cukup muda , 21 tahun, tahun ketiga degree. Suami pula umur 23 tahun time tu dan seorang dispetch. Setahun kami kawan dan kami decide nak nikah.
First thing dalam kepala otak , mesti umi orang pertama tak izin kan. Tapi dengan semangat suami mase tu, sanggup naik flight sorang sorang jumpa bakal mentua. Pertama kali jumpa , mentua rejects tapi suami tetap pujuk umi and then kali kedua jumpa , Alhamdulillah parents setuju sebab dua kali jumpa bersungguh nak peristrikan anak umi ni. Mase tu ramai sedara terkejut anak umi ni nak menikah, yelah baru tahun 3, belajar pun tak habis lagi, tapi kami tetap tulikan telinga kami. Nak buat benda baik, Sunnah Nabi memang susah . Seriesli, time tu banyak berdoa semoga dipermudah kan semua.
Alhamdulillah dipermudahkan semua. Taw tak, kenapa semua bangkang anak umi ni nak menikah awal? sy dan suami tiada satu aset pun time tu nak menikah. Suami dispetch , gaji berapa sangat. orang tak pandang pun sebelah mate . Whatever time tu, kami usahakan bisnes dan guna duit sendiri untuk menikah. Kami tak nak susah kan umi dan ayah keluarkan duit tapi umi still keluarkan duit siket sebab umi kate ni kan kenduri kesyukuran anak umi, kita kena sedekah jemput orang datang makan. memang time tu sebak gila, umi sangat baik. umi tetap tulikan telinga apa orang nak kata sebab fikir nak buat benda baik bukan buat dosa . Sayang umi sangat sangat even kuat bebel . huhu
Tetapi Alhamdulillah berkat doa dan usaha kami , daripada hasil bisnes tu kami dapat tampung kos pernikahan kami. Rasa terharu sangat , sebak sangat sebab Allah bagi rezeki yang melimpah limpah nak tolong kami bina mahligai syurga. Time tu kami dapat berbelas k daripada hasil bisnes kitaorang tak tido siang malam tetapi pelajaran tetap tak dilupakan. Selepas menikah rezeki kami makin melimpah limpah dan sekarang saya isterinya sedang preggy 5 bulan dan encik suami gembira tak terkata. Kami still kembangkan bisnes untuk kumpul aset untuk baby kami nanti. Kami memang bukan anak orang senang tapi kami tetap usaha tak nak susah kan orang tua kami. Kalau orang lain, bulan pertama kawen pun dah susah kan ibu bapa , duit nak bayar sewa rumah tak cukup, nak bayar kete bulan2 tak cukup. Tapi bagi kami, kami tak nak dah susahkan orang tua kami. sebab tu kami (bakal ibu bapa ni) usaha kumpul aset untuk bakal anak yang dilahir kan ni terlebih awal. Sebab ape? kami tak nak bila kami berdua dijemput terlebih awal, anak anak kami terkontang kanting tiada siapa nak bela sebab arwah tidak meninggal harta. huhuhu.
tu jelah nak bagi nasihat bagi yang nak kawen awal, lagi lagi duit tade, sy nasihat kan usaha lah dengan keupayaan diri sendiri. kalau setakat nak kawen awal sebab nafsu dan menyusahkan ibu bapa yang tak berapa nak kaya terpaksa pulak kuarkan modal 10k keatas semata mata engko geletik nak kawen. ermmm species camni sampai beranak pinak tetap akan menyusahkan mak bapak.
-tetap anak umi
– anak umi
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit