Aku selalu perasan selama aku hidup ni lah kalau manusia ni pandai sikit berlagak kemain… aku suruh dia ajar aku tapi ajar kemain laju macam tak ikhlas nak ajar. Di pendekkan cerita markah aku highest dalam kelas, sebab aku sentiasa menganggap diri aku bodoh/tak pandai. Walau ada kawan cakap aku pandai tapi bagi aku, aku memang tak pandai mungkin sebab aku pernah rasa jadi bodoh. By the way aku perempuan.
History pasal aku ni sikit, aku UPSR, PMR cemerlang kiranya semua A. Sampai dekat SPM, aku jadi bodoh tiba2. Mungkin sebab ramai kawan aku dah pindah tempat lain, aku jadi sunyi dan aku pernah dapat zero dalam addmath, dulu selalu dapat nombor 1,2 tapi SPM form 4, form 5 pernah lah dapat 2nd last. Tambahan lagi dengan tekanan cikgu2 kata aku tak pandai, sampai bila2 aku ingat cikgu tu. Cikgu yang sangat memilih pelajar bukan nak naik kan semangat pelajar. Aku bukan tak belajar aku belajar hari2 tapi tak lekat2 sebab tu aku sedih. Oh ya, aku pernah masuk asrama tapi aku keluar sebab ada gangguan dekat asrama masa form 4 lepas tu aku masuk sekolah private dekat KL, tapi aku tak cerita dekat sesiapa sebelum aku tulis sini sebab aku malas nak cerita. Diorang hanya tahu aku manja sebab tu keluar asrama, itu cuma alasan je okay. Gangguan apa? Kena buli dari segi mental dengan budak dorm dan dengan makhluk ghaib bernama "nenek dan hantu pelajar perempuan", siapa boleh tahan? Dengan aku tak de kawan, benda2 tu pulak dekat dengan aku. Ok itu sejarah aku yang lalu dan biarkan berlalu.
Selepas aku dapat masuk University aku selalu dapat 3.5 ke 3.9… Aku rasa macam sumpahan tu hilang, mungkin Allah nak bersihkan dosa aku yang lalu dan ini takdir aku. Selepas tu aku selalu ingat be nice to other people especially in studies. Orang bodoh dia jadi pandai dan dia tak berlagak sebab dia pernah jadi bodoh, dia rasa ilmu ni tak akan cukup berbanding dengan yang sebaliknya, bila dah rasa diri pandai terus tutup buku dan berlagak sepanjang zaman, sedangkan ilmu itu masih banyak untuk diteroka.
Lagi satu ikhlas kan hati dalam belajar, jangan sakitkan hati orang dan jangan pernah berlagak! Serious!! Berlagak dari segi apa2 pun memang boleh gelapkan hati. Aku ni anak orang berada, pergi balik sekolah ada orang jemput depan sekolah, pernah jadi pelajar harapan tapi sampai kat SPM tak berapa harapan.. HAHAHAHA. Itulah berlagak lagi! Padan muka diri sendiri! So, bersihkan hati dalam apa jua sekalipun. Aku sekarang pakai apa pun dah tak kisah, tak kisah dah pasal handphone mahal ke apa, bukan sebab anytime aku boleh beli tapi sebab benda tu lagi aku kejar lagi aku tak puas, membazir amalan syaitan kan?
Oleh itu kawan2, dalam belajar jangan sombong, kalau kaya pun jangan sombong. Kalau cantik pun jangan sombong. Rendahkan diri serendah-rendahnya, dan elakkan mencarut, hati boleh jadi hitam , dalam banyak2 perkataan kenapa kena cakap benda2 kotor? Lepas tu kata aku tak kisah pun mencarut. No no, itulah kadang2 penyebab rezeki dan ilmu kau susah masuk. Lepas tu hubungan dengan Allah tu yang utama sentiasa! Dan baca Al-Quran berserta makna nya memang akan mengubat hati yang kotor tu. Jadikan pengajaran ye kisah aku ni! Ok! ^_^
– Hamba Allah