Assalamualaikum pembaca iiumc..
Aku ni baru je menginjak 18 tahun dan student asasi hs di uia pj..aku ada satu masalah dan sekarang dalam dilema..
parents aku xpernah sokong bidang yg aku pilih..parents aku kemain lagi desak aku supaya apply ipg tahun depan..satu je alasan depa, ipg ni ada jaminan pekerjaan lepas grad nanti..tapi seriously aku mmg tak minat giler2 nak jadi cikgu..namun, depa persoalkan bidang yg aku pilih ni adakah menjamin pekerjaan aku nanti lps grad sbb ramai sanak-saudara aku cakap bidang hs ni tak banyak peluang pekerjaan dan kalau dapat kerja pon dgn syarikat swasta..
Setiap kali aku balik kampung, mesti aku kena brainwash dgn sanak-saudara aku ttg kelebihan ipg and so on..lupa nak bgtau yg family aku dan sanak-saudara aku semua bergelar cikgu dan merupakan graduan ipg..dah banyak kali aku berhujah tentang kelebihan bidang yg sdg aku belajar tapi tau2 lah hujah budak setahun jagung mana ada yg sudi dengar..alasannya kadar pengangguran graduan university skrg tinggi..bila aku cakap yg aku tak minat nak jadi cikgu, depa cakap zaman skrg jobs come first than ur interest..huhuhu nak tanya brothers dan sisters semua, apa yg patut aku lakukan..go on dgn bidang yg aku ceburi ni atau korbankan minat aku dan apply ipg demi parents aku?
– sis dalam dilema