Assalamualaikum,
Saya pernah juga post di sini. Tiba2 terfikir nak post lagi pula, maaf lah kalau selalu post ye, walaupun post saya ni takda kaitan dengan post saya sebelum ni. Saya harap cerita saya ni dapat lah memberi inspirasi kepada sesiapa yang membaca.
Saya dengan bangga admit saya asal kampung, dari keluarga yang sederhana. Rumah sewa murah2 je kami tinggal. Saya ni pun asalnya dari segi pembelajaran sangatlah biasa, kakak2 lagi pandai, selalu dapat no.1 dalam kelas dan dapat macam2 anugerah. Saya nak dapat top 3 dalam kelas pun payah betul lah. Masuk sekolah menengah lagi lah, awal2 tu banyak subjek fail.
Ketika di tingkatan 3 tak dinafikan saya selalu fail subjek Geografi, KHB, Math, sains. Kalau tak fail pun tak dapat A lah senang cerita. Tapi last minit punya usaha entah macam mana PMR betul2 dapat 8A. Cuba mohon SBP, tak dapat lah pula. Ingatkan 8A tu dah bagus sangat, rupanya still tak lepas nak masuk SBP. Tapi saya teruskan di sekolah lama saya tu. Masuk form4 jangan cerita lah, awal2 tu susah sangat nak suaikan diri dengan format SPM. Banyak subjek fail tu jangan cerita lah. Sampai cikgu2 memang tak ingat saya, sudah lah dalam kelas saya jenis senyap, result pula selalu sikit.
Saya tak fikir nak sambung apa bila habis sekolah menengah sampai lah dengar kawan2 sembang nak apply uni macam2. Saya still blurr nak sambung apa, apa yang saya minat, apa yang saya boleh buat dengan elok. Tengah research sendiri tiba2 ternampak artikel mengenai biasiswa. Baca blog akak2 dan abang2 yang dapat biasiswa buat saya jeles. Mereka dapat biasiswa sekaligus dapat membantu kurangkan beban parents. Tentu parents mereka bangga dengan mereka ni. Belajar bersungguh2 dan mendapat keputusan yang cemerlang. Bukan macam saya ni, berlajar main2 result entah apa2. Ada hati nak dapat biasiswa macam mimpi lah.Sambil baca2 artikel biasiswa tu saya jumpa biasiswa oversea. Ya Allah bestnya kalau dapat jejak kaki di negara lain, tengok keindahan ciptaan Allah selain di Malaysia. Sejak tu saya tekad nak berlajar oversea, elaun setiap bulan memang berganda dari dalam Malaysia, maklum lah kos sara hidup pun tinggi lagi di negara2 lain. Boleh lah saya hantar duit kepada parents di Malaysia. Dah angan2 jauh saya ni, macam2 fikir nak buat apa kalau dapat sambung oversea.
Tapi bila utarakan hasrat saya tu, memang takda orang yang yakin dengan aku. Ye lah result pun nak dapat A+ still macam takda harapan. Saya ni belajar malas lah juga, last minit baru nak rajin2. Pernah jumpa kaunseling tanya pasal hal bab2 sambung belajar ni. Dia pun tak sarankan saya pilih oversea, sebab saingan ramai katanya. Tengok lah budak2 MRSM, SBP dan sekolah2 harian yang top2 tu. Kebanyakan mereka apply oversea juga, result top2 nak compare dengan saya. Sudah lah saya ni sekolah kampung je kan. Mana lah orang pernah dengar, sekolah agama pula tu. Pelajar sekolah agama ni ramai pergi timur tengah bukan belah barat ye tak? Saya siap pernah dengar orang cakap, kalau sekolah agama tak kan dapat sambung oversea selain middle east.
Saya pun nak buktikan lah, walaupun dari kampung, sekolah bukan tahap kluster tapi boleh study oversea. Macam biasa lah saya buat kerja last minit, last2 tu baru nak bersungguh2 study. Bangun pagi2 buat solat hajat nangis2 sebab susah nak faham math ni. Saya rajin study dengan kawan2 saya yang pandai ni, sampai kesian tengok mereka mengajar saya yang lembab ni. Maaf lah ye kawan2.
Pejam celik result SPM keluar. Sedih tak terkata sebab kawan2 yang mengajar saya semua dapat anugerah pelajar cemerlang SPM. Tapi saya tidak dipanggil, nak nangis tapi tak dapat. Bila tengok result, alhamdulillah dapat banyak A+ juga rupanya(Cuma kawan2 saya tu lagi banyak lah A+). Before ni nak dapat satu A+ pun susah benar. Kali ni dapat 6 A+. Memang lepas syarat minimum untuk apply biasiswa oversea. Saya pun bersungguh2 lah apply untuk sambung oversea ni, kena buat essay pula.
Kemudian saya dapat panggilan interview, memang rendah diri pasal saya pergi sorang2. Orang lain pergi dengan kawan2, saya pula kawan2 ramai nak sambung Malaysia sahaja. Mereka yang pergi interview tu jenis yang sepaking2sesama kawan mereka. Saya ni speaking dalam mimpi je lah, takda lah sefasih mereka ni. Lepas interview, tunggu keputusan pula beberapa minggu. Bila keputusan keluar laman web high traffic tak dapat nak check. Bila dapat semak, saya tak dapat. Sedihnya, sudah lepas interview tu memang lagi sikit nak dapat. Ingatkan dah buat elok, tapi takda rezeki takpa lah. Result SPM yang saya dapat tu dah cukup hebat bagi saya, saya memang bersyukur sangat.
Tiba tiba dapat panggilan, saya rupanya dapat tawaran tersebut. Laman web bermasalah memang ramai yang check tak dapat tapi sebenarnya mereka dapat. Memang persaan gembira tu tak terkata. Dari beribu2 mohon, saya antara yang beratus2 yang dapat. Maka sambunglah saya Alevel selama dua tahun. Susahnya jangan cakaplah, sekali lagi saya stuck dengan banyak subjek. Classmate Alevel saya merupakan pelajar yang top2 dari sekolah yang hebat2. Saya sangka saya seorang dari kampung di situ, rupanya tidak. Ada juga beberapa kawan2 dari sekolah biasa yang bukan top2, dari sekolah kampung pun ada juga, dari sekolah agama juga ramai. Siapa lah kata belajar sekolah agama ni tak layak sambung oversea selain timur tengah. Mereka memang tak memilih kawan (orang yang saya jumpa ni lah) dan sentiasa membantu saya dalam macam2 subjek. Memang kawan saya banyak sangat membantu saya, tak terbalas rasanya jasa baik mereka.
Alhamdulillah saya lepas Alevel, dan sudah pun terbang ke UK untuk sambung pelajaran saya. Bersyukur sangat2 dengan peluang ni. Before ni jalan2 KL atau bandar pun jarang, sekarang saya asyik jalan2 London kau. Budak kampung masuk London haha. Macam2 negara saya dapat melawat, kalau before ni tengok kat TV je negara Eropah ni cantik2. Tak pernah terlintas di fikiran pun saya akan dapat pergi juga Eropah ni. Hasil usaha sendiri dengan doa ibu bapa dan keluarga, guru2 yang hebat dan bantuan kawan2. Di sini juga saya sentiasa dapat dean list walaupun saya awal2 nak menangis sebab tak pernah faham lecturer ajar. Dengan macam2 loghat nya di sini susah nak faham kadang2. Sampai lah sekarang saya tidak percaya yang saya dapat peluang ni.
Betul lah orang kata gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. When there’s a will there’s a way. Satu lagi, saya ni rajin tolong mak ayah saya di rumah. Saya juga rajin solat hajat, tahajjud dan dhuha. Munkin awal2 saya selalu tak dapat nak faham apa yang diajar. Tapi lama2 saya dapat juga faham, walaupun sehari before exam saya baru faham. Usaha tu penting, kalau dah usaha tak dapat munkin bukan rezeki kita. Kalau dah usaha jangan lupa tawakal, sentiasa baca doa before jawab exam. Minta maaf dengan parents juga jangan lupa, dan guru2 kita. Termasuk lah guru2 dari kalangan kawan2 kita sendiri ye. Saya juga kadang2 hantar duit kepada parents, duit elaun memang cukup sangat2. Saya transfer rm500 kepada parents di malaysia setiap kali dapat elaun, walaupun mereka tiada masalah kewangan. Saya nak praktis bagi duit kepada parents before start kerja, lagipun kalau bukan kerana mereka saya tak akan berada disini.
Saya bukan lah nak berlagak kata saya ni rajin solat sunat macam2 tu. Just nak share, keberkatan tu penting. Ketika di dewan peperikasaan hanya bantuan dari Allah sahaja yang ada. Kadang2 pernah saya study topik lain, tapi keluar exam topik lain. Saya memang doa2 macam apa di dewan peperiksaan tu, dan jawab dari ingatan saya yang samar2. Tiba2 dapat A pula subjek tu tak sangka langsung, berkat doa. Doa tu senjata kita ye kawan2. Masing2 rezeki lain, saya masih belum masuk di alam pekerjaan jadi saya tidak tahu nasib saya macam mana nanti. Apa pun, good luck kepada semua yang baru masuk uni tidak kira lah degree atau diploma. Tidak berjaya di alam universiti munkin rezeki di tempat lain, insyaAllah.
– Cik Putih
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit