Lakukan 3 Perkara Ini Apabila Anda Melawat Orang Sakit

Assalamualaikum semua..aku boleh dikatakan antara ribuan orang yang membaca page ini sekadar mengisi masa lapang.Sebelum membuka bicara,maaf banyak-banyak aku minta andai luahan aku mengundang rasa kurang senang dikalangan pembaca sekalian…

Aku dimasukkan ke wad atas sebab keadaan rahimku yang tak kuat.Jadi doktor perlu memantau keadaan aku dan kandungan dari masa ke masa.Memandangkan lama juga terpaksa duduk dalam wad,terdapat beberapa perkara yang aku rasa mungkin kita terlepas pandang atau kurang diberi perhatian.

1.TAMAN PERMAINAN
Ada segelintir pelawat yang datang melawat bawa semua anak-anak,cucu,anak buah dan sebagainya.Bagi aku bukan membawa yang masalah,tapi penjagaan.Wad bukan tempat bermain atau berseronok.Mungkin niat kita hadir melawat untuk menceriakan ahli keluarga kita tapi sikap anak-anak yang terlari2,menjerit,bergaduh,jatuh,nangis dan melanggar katil pesakit lain mengundang rasa kurang selesa.Jika tidak boleh kawal anak,janganlah bawa ke wad atau duduk di wad dalam tempoh yang lama.

2.JUMLAH AHLI KELUARGA.
Jika kita memang terdiri daripada keluarga yang besar,bertolak ansurlah dengan kawasan diwad.Maklumlah wad hospital kerajaan dengan ruang terhad.Janganlah sehingga ahli keluarga kita duduk dikatil pesakit sebelah,ambil kerusi tak pulang dan makan ruang katil sebelah.Tolonglah beringat kita datang melawat.Bukan datang untuk buat reunion keluarga dan bercerita hal keluarga sehingga berjam-jam lamanya.

3.SOALAN PANAS.
Terdapat ahli keluarga yang datang melawat tapi sangat mengambil berat dengan jiran-jiran katil sebelah.Contoh: Si ibu sedang rehat,tiba bayi menangis…eh napa anak ko nangis?ko anak keberapa ni?ko kenapa baring macam ni?eh salah ko bagi susu ni.Eh kenapa ko makan ni?…hmmmm…apa ye agaknya rasa hati si ibu tu?dah la penat bersalin tak habis..diterjah dengan soalan-soalan begitu..

Kita pesakit duduk di wad harapkan ketenangan dan kegembiraan kerana letih dan penat menjaga anak,perlu dicucuk ubat dan berjaga malam sudah cukup memberi tekanan..seharusnya jika ahli keluarga datang melawat,jagalah sikap dan adab.bantulah mereka dengan memelihara suasana yang harmoni…semoga coretan ini memberi manfaat kepada pembaca.

-puan suria

– Puan Suria

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit