Salam,
sbelum ni aku cuma baca kisah2 orang yg share kat sini..tp kali ni aku terpanggil..sbb aku xde tempat, xde sape2 yg patut aku luahkan..kadang2 smpai bercakap seorang diri dalam kereta..
Aku dah kahwin 3tahun..baru 3 tahun..tp ujian dari sang pencipta, cukup gerun..aku berkahwin dengan seorang janda anak satu..aku terima seadanya..family aku pn terima baik buruk isteri aku..walaupun pada mula nya emak aku nampak mcm kurang yakin..tapi ayah aku bagi sokongan, "x semestinya anak dara berperangai elok"..aku berkahwin..
Demi Allah,sejak pada hari pertama aku akad nikah, aku x gembira..xtau kenapa..mmg xtau..aku seolah terpaksa..tp sbb aku dah couple ngan dia 2tahun, aku teruskan..mungkin mainan syaitan..
Hari demi hari berlalu..aku jenis yang bukan suka meninggikan suara, apatah lagi jenis mengangkat tangan utk memukul..tp isteri sebaliknya..aku tidak pernah kena pukul, tp wanita sememangnya senjata mereka adalah mulut..mengherdik, menengking, meninggi suara, adalah benda biasa dalam kehidupan aku sekeluarga..aku tolong dia siapkan kerja rumah walaupun aku sendiri dah penat bekerja dari pagi hingga petang sebagai pemilik bengkel..dari membasuh baju, menjemur, melipat kain..itu biasa bagi aku sbb aku berasal dari keluarga yg x ada adik beradik permpuan..
Bulan berganti tahun, hubungan aku dgn keluarga org tua ku makin jauh..makin renggang..semua nya gara2 isteriku selalu berfikiran buruk..selalu menuduh apa sahaja yg diperkatakan oleh org tua aku..tp aku, sebagai suami, atau boleh dikatakan dayus, menurut shj perasaan isteri walaupun aku perlu mengutamakan perasaan org tua aku..tp sebab kan x mahu bergaduh sepanjang hari, aku telan..keluarga org tua aku, aku abaikan..
Aku dikurniakan cahaya mata selepas setahun melalui kehidupan berduri..aku ingatkan, lepas anak aku dilahirkan, mungkin hubungan antara isteri aku dan org tua aku, lebih baik..tapi makin teruk..tiada lagi kata2 indah dari mulut sang isteri terhadap org tua aku..yang ada cuma sindiran, makian walaupun tidak dihadapan org tua aku, prasaan aku cukup tercabar..kesabaran lelaki ada had..dan had itu akan meletus..bila bila masa sahaja..
Selang tahun hingga ke harini, anak aku berumur hampir 2tahun..tp dia xpernah kenal datuk dan nenek..yang dia kenal cuma mertua aku sebagai datuk dan nenek..ya, aku silap..aku terlalu berlembut..terlalu mudah mengalah..tidak tegas..ya..memang jenis aku begini..tp..
Aku cuma minta pandangan kepada yang membaca, yang lebih arif dalam hal agama..apakah yang patut aku lakukan..jika didalam hati ini sudah tiada lagi rasa sayang..kosong..yang ada cuma sayang kepada anak aku.,itu sahaja..apa lagi yang patut aku sebagai suami perlu lakukan, utk isteri yang tidak pernah menghormati perasaan suami, tidak pernah menyahut panggilan suami walaupun cuma ingin bertanyakan waktu, yang tidak pernah berhijab walaupun da puas aku nasihatkan, dan yang selalu melarang aku balik ke rumah org tua aku..aku perlukan pendapat…
Sebab aku da cukup letih..da cukup tawar..kalo aku berpisah, aku cuma fikirkan anak aku..tp kalo xberpisah, aku menanggung dosa yg amat besar…
– Suami