Lepas baca pasal tunang encik niqabis tuh serius aku jadi takut. Jujurnya aku tak pernah couple. Aku pun nak jaga diri jugak, aku pun nak ikut jalan sunnah. Kalau boleh aku taknak jatuh cinta pada mana mana lelaki sebelum aku nikah. Sejujurnya aku ada simpan perasaan kat seseorang tapi aku pendam dan aku diam kan sebab aku percaya perancangan Allah tuh insyaAllah yang terbaik.
Ikut kan hati aku nak je pegi luah kat dia biar hilang sesak kat dada aku ni tahan perasaan. Sebenarnya aku nak sangat ada satu status sebenar tentang hubungan ni biar aku jelas dengan apa yang patut aku buat tapi aku kan perempuan mesti lah aku malu. Tapi lepas baca pasal tunang niqabis tuh, aku jadi takut kalau jalan yang tengah aku lalui ni (jalan menjaga diri dari menghampiri maksiat) sekadar sia-sia.
Terfikir jugak baik aku buang sifat malu tuh supaya aku lebih kenal dia. Ramai je orang bercinta sebelum kahwin lepastuh kekal sampai nikah. Apa guna jaga diri kalau pada akhirnya aku kena tipu macam kes encik tunang niqabis tuh. Tapi aku cakap kat diri aku, perempuan itu mulia kerana sifat malu. Aku tahu banyak syaiton yang tengah hasut aku untuk buat benda lagha lagi lagi dalam situasi aku tengah tahan perasaan macam ni, seakan-akan berada di persimpangan. Nak menghampiri zina atau terus bermujahadah.
Aku minta tolong bagi aku nasihat. Aku perlukan nasihat. Terima kasih.
– Rawr