memandangkan ramai yang request nak aku sambung cerita aku.. tapi untuk kali ni aku cuma nak cerita tentang kisah aku yang mungkin korang rasa ada kelebihan ni best.. tapi sebaliknya.. sebenarnya manusia itu ada batas kekuatannya. Bila Allah buka kan hijab setiap deria korang, kesannya sama ada korang pengsan atau lebih beriman pada kebesaranNya. Pada aku setiap orang ada deria ke 6… dan deria ini wujud tapi ramai yang tidak perasan dan tidak hidupkannya.. apa itu deria ke 6? mata hati anda.. ia tersimpan dalam diri utk yakin akan perkara yang sukar ditangkap dengan yang nyata.. cumanya setiap orang terhijab dengan deria ini..
aku nak cerita waktu aku selalu mimpi2 aku pergi mcm2 tempat.. masa depan, alam yang lagi 1 berjumpa orang2 yang aku tidak kenal.. aku ada seorg sahabat, waktu baru2 aku dapat kelebihan ini aku sangat takut.. iya la aku mimpi apa akan jadi.. aku mimpi ada org nak rosakkan keluarga aku, aku mimpi kawan2 aku ada yang cakap belakang pasal aku .. aku tahu siapa yang depan aku baik belakang aku ckp xbaik pasal aku, boleh tahu masalah orang yang aku kenal..aku boleh tahu suma tu.. pernah aku fikir aku xnk tido.. masa tu aku rasa diri aku ni macam ada yang xkena.. sampai lah aku cerita kat seorg sahabat aku.. dan dia kata kat aku dia nak kenalkan aku dengan seorg sahabat dia.. masa aku nk jumpa dia something weird kat aku.. 1 lg aku pun boleh rasa kalau orang tu ada pakai apa2 atau ada something gak macam aku.. aku beranikan diri jumpalah sahabat aku ni.. dia ni jenis yang boleh nampak keseluruhan mimpi aku.. contoh aku ni nampak pokok, tapi dia nampak keseluruhan disekeliling aku.. dia pun boleh baca kelebihan orang lain, dia juga boleh nampak bayangan maksud mimpi aku, boleh jugak tarik angin orang, boleh juga rasa makhluk halus.. jadi aku jumpa dia, dan dia explain semua pasal aku.. dia pun cakap yang aku ni dianugerahkan byk kelebihan.. tapi dia kata ada suatu yang menghalang pandangan dia dari nampak kelebihan aku.. sejak itu aku senaraikan apa yang aku mimpi dan apa yang aku alami.. benda ni keluar satu persatu.. dari mula nampak makhluk2, tahu ada penjaga kat benda2, boleh mengurut orang, mimpi2, rasa ada benda suatu tempat, pergi alam 1 lg dan nampak aura..
aku ada terbaca kisah kat confession ni tentang kelebihan yang dia xtahu.. ini lah yang aku ceritakan.. sama juga macam aku.. tapi apa pun kita xboleh terlalu taksub dengan benda2 ni.. mcm aku kata kita lalui hari2 kita macam biasa cuma kalau korang tersedar tentang sesuatu yang aneh tentang diri korang jangan terus menilai.. kaji dulu simptom2 nya.. aku slalu buat research tentang semua ni..sbb nak pastikan adakah ini kelebihan atau kadang2 mainan syaitan.. pasal yang kena ganggu dengan jin asyik tu.. aku nak bagitahu.. jin ni dia nampak kita, kita xnampak dia.. dan sebaik2 jin adalah sejahat2 manusia.. jin yang baik xkan ganggu manusia.. senang cerita kalau sekali dia berkenan dengan kita, dia akan perhati je kita.. banyak la simptom2 xbaik yang dia akan bagi kat kita.. salah 1 malas solat.. malas nk buat benda yang baik.. senang emosi.. sapa2 la yang terkena gangguan jin mcm ni.. amalkan baca ayat kursi setiap pagi, maghrib dan masa nak tido.. selain itu baca jugak fatiha, kursi, 3 qul dan doa tidur.. sbb jin ni suka gnggu kita masa tidur, masa kita xsedar. in shaa allah lepas baca akan ada yang memagari kita dari gangguan jin ni.. semoga kita dilindungi dari macam2 gangguan syaitan iblis laknatullah dan jin.. malam tadi aku bermimpi aku nampak seorang yang aku xknal minta tgokkan dia, aku xtahu siapa dan xperasan lelaki atau perempuan dan diri dia memancarkan 3 warna aura, warnanya berlapis2.. yang paling luar warna kuning, selapis selepas kuning warna merah kemudian hijau dan kuning semula..cahaya dia terang sampai aku xnmpk rupa dia. Ini mungkin confession terakhir aku.. tapi kalau korang ada nak tanya nak tahu atau mengalami seperti aku boleh la bagitahu apa yang korang alami.. in shaa allah mana yang aku boleh jelaskan atau jawab aku akan jawab.. yang baik datang dari Allah dan buruk harap maaf datang dari diri aku sendiri.. semua atas IzinNya..
terima kasih kerana sudi meluangkan masa
– six sense – part 4