Ibuku seorang yang deabak!

Ishhh bukan2 ibu aku bukan Korean ke ade bau bacang2 korea ke. Aku Cuma nak cita ibu aku seorang yang awesome gagah perkasa! *Ni bukan sinetron drama indon tapi benar2 berlaku*

Bermula dari aku berumur 2 tahun, ibu diserang penyakit misteri, ibu pernah cerita yang after solat asar dia rasa bagai satu angin yg masuk dlm perut dia, dan sejak itu dia rasa sakit teramat. Makan tak lalu, muntah2 balik, sakit perut melampau, tak tahan dgn sejuk. Jadi pelbagai ubat dah ibu ikhtiar, hospital sini hospital sana, pakar sini pakar sana, operate sini masuk camera nak tngok dlm perut but still tak jumpa punca, doc ckp ibu aku oky je dalamnnya.

Lepas berthun2 tu ibu cuba pulak cara kampung, fuhhh bermacam2 orang dah ibu jumpa *disebbkan aku anak last dan permpuan sorg aku selalu mengikut lah kemana ibu pergi* jgn cita lah mcm2 bomoh lah, mcm2 jenis tektik perubatan aku pernah tngok dari setiap negeri ibu pergi even smpai indon.

Aku cita sikit lah eh mcm mne tektik2 perubtn ibu yg aku ingt smpi skrg- 1. Pkai duit syiling- enth apa yg dia buat duit syiling dia rendam dalam air dan dia amik duit2 tu then tampal2 kat bdn ibu, 2. Pkai daun nangka tepuk2 belakang ibu smbil dia bace2 ayat al-quran then tngok kat kertas tu ade kaca2, 3-mandi bunga ni biasa lah, 4. Ade makcik ni dtg dri perak kerumah dia bakr2 kemenyan pastu tbe2 ade bnde masuk dlm badan dia dia jadi bnde lain pastu dia pegi kat satu pokok kat ruma aku tu enth dia bace apa dia gali2 ade jumpa dlm satu bungkusan then dlm tu ada buluh, landak punya yg belkg tu apa yg tajam2 tu tak ingt lah, then yang lain mcm biasa air penawar dan sbgainya.

So dalam semua2 ibu pergi berubat jwpn lbh kurg sama “disihir” “ada yg mnghantar” “kne santau” “ada saka” mcm2 lah tapi still tak oky, ibu dah tak percaya pada bomoh2 ni jadi ibu pergi ke perubatan cara islam, yang ni pun sama macm2 ustaz dah ibu jumpa ke johor ke cheras even yang bapak mertua ashraf muslim tu pun ibu pernah berubat, jadi lama2 ibu mungkin dah penat, yelah dari aku umur 2 tahun smpai 21 thun tak baik2, jadi dia amal2 kan shaja bacaan yang ustaz kasi so dia selalu bewirid, amal kan surah tu dan ini, bgun tgh malam,mmg tmpt dia tu disejadah je.

Apa yang deabak tntg ibu ialah mase aku darjah 4 waktu tu ibu sakit teruk gila, aku tngok ibu melepek kat atas katil, muka pucat gila, darah dari Rahim tak henti2 keluar mcm air mngalir deras, waktu tu makcik yg jaga ibu but still bila makcik tak de mak masak utk kitorg 3 adik beradik terhencut2 memikirkan anak2 masih bersekolah dan perlu makan, bapak aku mana? Dia selalu outstation, mak lah y gurus kan kami dan dia still pg kerja! Paling aku sedih, aku masih kecik perlu kan kasih syg ibu dan ayah aku jealous tgok kwn2 aku dgn parents dorg, so aku suka merayap pegi rumah jiran nak ajak bermain,nak ajak berborak patut aku perlu jaga ibu tapi ibu pun waktu tu pun mungkin tgh sakit jadi dia tak berapa gemar bila aku dekat dgn dia.

Jadi dalam aku darjah 4 tu juga nak ke hujung2 tahun bapak aku nak kawin lain, ALLAH waktu tu aku ksian tngok ibu aku nangis mintk rayu pada prmpuan tu jgn kawin dgn bapak aku, walau waktu tu aku tak mengerti apa2 aku tak suka tngok ibu nangis, dan ibu sentiasa dan berdoa dekat ALLAH, ade waktu tu aku dtg kat ibu lepas solat dia berdoa dan dia menangis2 aku peluk dan lap kan air mata dia aku tak tahu knpa aku buat mcm tu sdgkan aku kurg jelas dgn apa yg berlaku. Nak dijadikan cerita abang aku yg pertama pda thun tu mngambil peperiksaan SPM, abg kedua lepas huru hara mcm tu dia suka lepak di CC “cyber café” bayangkan mcm mne ibu nak tanggung kami semua dah lah sakit suami buat hal anak2 kecil dan bersekolah lagi, even ibu letakn syarat kat bapak aku klau nak kawin boleh,tapi semua nama rumah atas nama ibu but still bapak nak kawin, so dia agree dan kawin mlm pernikahan bapak aku ibu aku still call prmpuan tu mintk jgn, call bapak mintk putuskan ibu nangis2 aku sebagai peneman setia tepi ibu, tengok je situation tu muka ibu pucat dan kurus kering ibu bertnya “adik rasa abah jadi kwin tak?” nak tahu aku balas apa? Aku jawb “tak jadi, adik mitk dorg accident” korg bygkn aku waktu tu kcik tpi boleh ckp mcm tu.

Lepas tu ibu tak tahan ibu ingin meminta cerai, bapak tak nak lepas kan ibu mungkin kerana ada rasa syg pd aku dan ibu sedikit enth, aku tak tahu lah knpa lpas ibu cerita maksud cerai tu aku tak nk bnde tu berlaku so aku nangis2 mintk ibu jgn buat mcm tu jgn pergi mahkamah, aku ingt lagi ibu dah start kereta nak pergi mahkamah dah nak mintk cerai aku lari2 kat ibu mintk jgn mintk ceraidan aku nangis teriak2 ibu ksian tngok aku masih kecil jadi ibu mngalah dia tahan saja deritanya…… dan bermulalah setrusnya penderitaan ibu…

Banyak lagi nak cita nanti aku sambung klau admin approve lah. hehehe

-diari seorang anak-

– diari seorang anak

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *