Abah

Dalam banyak2 page confession, aku paling suka page ni. Bcoz mostly, banyak pengajaran yang aku dapat la. Setiap confession ,ada mesej tersendiri.

Aku tak reti nak bercerita panjang2, coz aku rase masalah aku complicated. Klu admin approve, harap korang faham apa yang aku nak sampaikan… Aku harap adik beradik aku tak baca page confession ni..haha..malu la sebab ni masalah family kitaorang.

Aku just nak cerita pasal abah aku, sepanjang aku hidup ni, tak pernah lagi aku tengok abah aku solat. Aku tinggal sekali dengan mak, atuk and nenek (sebelah mak) aku kat kg..kat pantai timur sana. Rumah tu plak, memang rumah atuk and nenek aku punya,so nama lainnya kira kami menumpang la. Kitaorang ade 9 beradik, n aku anak ke 7.

Dulu abah aku kerja kat negara yang dilanggar todak tu, so sejak aku sekolah menengah dia dah pencen n balik duduk sekali dengan kitaorang. Kerja pon biasa2 , buruh je.

Rumah tu kan kat kampung, atuk n nenek aku ni boleh dikatakan agak terkenal n disegani kat situ. Boleh la nak kategorikan family aku ni family yang warak. Nenek aku plak memang terkenal dgn sifat dermawan n baik dgn semua orang, pinjam duit dgn org lain utk derma kat orang lain, itu memang common sgt. Atuk n nenek aku ni mengajar Quran kat kampung tu sampai la sekarang. Aku rasa dah lebih 40 tahun kot. Coz ade anak kepada anak murid diorang still mengaji Quran dgn my grandparents. Dan kami adik beradik memang mengaji dgn diorang je. Huissh, aku kat rumah tu tak boleh pakai seluar panjang langsung, kain je 24 hours. waktu kecik2 dulu, pakai baju kurung dgn seluar panjang pon kena marah..huhu tragis tak? habis tu macam mana aku nak main lompat2, lari2 dgn kawan2. Aku agak rebel jugak la sebab aku tgok kawan2 aku, mak bapak die bagi je pakai seluar, tapi kenapa family aku x bagi especially nenek aku, mak aku ok je. Even aku pakai seluar panjang waktu PJ kat sekolah or hari sukan pon kena jelingan maut kot, tapi hati aku suka coz bleh langgar dia punya peraturan. hihi..mak aku tak boleh buat apa2, coz tu rumah atuk n nenek aku. Abah aku plak balik 2-3 kali setahun je.

Ok jom cerita balik pasal abah aku ni. Kitaorang adik beradik memang x rapat sangat dengan dia sebab ye lah dah jarang balik. Membesar dengan my grandparents n my mom je. Bila dah besar baru nak balik, duduk sekali dgn kitaorang. Dan memang abah aku ni jenis panas baran, klu x jumpa apa yang dia cari or tak puas hati dgn seseorang, habis satu rumah dia mengamuk. Binatang apa yang kat dalam hutan dia tak sebut, semua keluar dari mulut dia. Celaka? Boleh kata zikir harian kat mulut la.

Abah aku kan tak solat, walhal dekat rumah aku tu wajib 5 kali sehari solat berjemaah. Sebelum dia balik dari singapore, kitaorang adik beradik pernah kena rotan dgn atuk aku kot sebab x nak semayang berjemaah. hihi aku la tu..So, bila dia dah balik, jadi macam pelik tau bila ada orang dalam rumah tak solat sekali. Sedara mara or any tetamu yang datang mesti tgok pelik jugak, mungkin sebab nak jaga hati tuan rumah, tu yang tak nak tanya lebih2. First2 dia balik dulu, ada la dia masuk bilik time kitaorang solat. Sekarang dah tak hirau dah. waktu solat jumaat, dia akan masuk bilik dia n hisap rokok dan tidur.

Ade la dalam 4-5 tahun lepas, kakak aku pernah sound dia, ” abah ni tak takut kat akhirat ke? Solat kan tiang agama? Berdosa n terus masuk neraka, Allah memang tak hisab dah amal lain “. Korang tau apa dia jawab ” kubur aku, kubur aku lah, kubur kau, kubur kau, jangan nak menyibuk la!! Sepupu aku yang alim2 ade jugak berdakwah jugak kat dia sampai clueless bila diorang dok berdakwah pasal solat, syurga neraka semua ni kat abah aku. Dia boleh balas,” Allah marah sangat kat aku ni sampai satu tahap tiba2 puiing dia akan lemparkan aku dan masukkan aku dalam syurga”.Pastu dia gelak n continue hisap rokok.Haish, aku yang dengar ni pon, panas rasa hati. Pernah dia marah sampai nak bertumbuk nga atuk aku coz dok nasihat dia suruh solat semua tu. Ye la, atuk aku dah tua dari dia, confem2 la x menang.

Aku kalau boleh, nak dia mati je, better jadi anak yatim compare dgn ada bapak macam ni. Dan aku klu boleh x nak tau sapa abah aku, x nak panggil “abah”. Sebab bagi aku, panggilan “abah ” adalah panggilan agung, priceless , yang mana selayaknya utk seorang lelaki yang bersusah payah menjaga n mendidik anak2 dia. Bagi aku, atuk aku adalah “abah” aku. Dia lah yang bersusah payah jaga kitaorang waktu kecil, tanggung semua nafkah kitaorang. Toreh getah, tanam padi, bela lembu berbelas2 ekor n macam2 kerja kampung atuk n nenek aku buat. mak aku x kerja, jaga adik aku yang paling kecik n ambik upah jaga anak jiran. Abah aku ni waktu dia kerja dulu, hantar rm 100, tu pon 2-3 kali setahun. Imagine, dengan kami 9 beradik agak2 boleh hidup tak? So, atuk n nenekla yang penyambung nyawa kitaorang. Kadang2 sedih jugak la, ade sedara mara mengata kat kitaorang, macam menyusahkan atuk n nenek aku la ( dulu2 atuk n nenek aku boleh dikatakan berduit jgak la, emas 18K, rantai leher relax je nenek aku pakai kat rumah, tak campur gelang dan cincin lagi, setiap tahun pergi haji, kadang2 orang kg datang pinjam duit rm5K, cash je diorang hulur), tapi sekarang, sebab nak bela cucu2 dia, bergolak gadai semua, pergi pinjam merata dgn org kg, tebalkan muka sebab cucu dia nak bayar yuran universiti. Tingkap kat dapur tu tunggu masa je nak runtuh (makan kat anai2).Abah aku? relax je.. kalau anak2 mintak duit, dia akan suruh anak2 dia mintak duit dgn nenek aku !! Bengang tak? Bila suruh kerja, malas. dah penat kerja kat Singapore puluh2 tahun. (time ni dia sihat wal afiat lagi). Duit dapur, duit letrik n belanja kitaorang adik beradik semua atas bahu nenek n atuk aku.

Atuk aku skg dah tua dah dekat 90 tahun dah, bongkok tiga dah pon, n nenek aku dekat2 80 tahun dah. dah tak larat dah nak buat semua kerja tu, upah orang je buat. Aku sedih gila, abah aku tak fikir ke kesusahan diorang berdua ni, still kena tanggung kami adik beradik? Abah aku bukan muda lagi dah 60 tahun dah. Mak aku tak leh kerja berat, sebab dia ada asthma sejak dari kecik, that’s why atuk n nenek aku tak bagi anak diorang kerja berat2 n penat2. Tambah2 sekarang mak aku ade penyakit kencing manis n hypertension.

Setiap kali cuti semester or public holiday, aku tak rasa nak balik rumah. Aku nak balik rumah tapi aku tak suka tengok abah aku. Aku ni memang anti perokok ni. Abah aku ni memang perokok yang tegar. Dalam sehari 3-4 kotak rokok dia habiskan. Mana duit dia dapat? Duit pencen dia lah n selalu jugak la, dia beli nombor ekor. Waktu aku kecik2 dulu, aku pelik, kenapa abah aku suka tulis banyak2 nombor atas kertas kecik, suka math ke apa n suka beli the Star,NST n BH. Rupanya2 dalam tu ada no. ekor.

Baru2 ni dia pernah masuk CCU sebab sesak nafas, x sedarkan diri and doctor kata ade heart problem. and of course la sebab hisap rokok yang banyak tu. Insaf?, 2 minggu je, lepas tu balik pada tabiat asal. Aku balik rumah time cuti hari tu, menggelegak otak aku tengok bersusun-susun kotak rokok kosong atas meja depan TV. Ade dalam 20 kotak. Boleh dia buat replika kotak rokok kat situ?

FYI,aku ni ikut usrah, bawak usrah pulak tu. Kadang2 aku malu dengan diri sendiri, berdakwah bagai dekat kawan2 n junior, suruh solat, ajak berjemaah, tapi bila dengan family sendiri, fail tau tak. Usrahmate aku tak tau pon pasal family aku ni. Aku secretive cket pasal family. Setiap kali doa, aku memang tak lupa doakan diorang masuk syurga, tapi bila balik rumah aku totally berubah 180 degree. Aku memang elak bercakap dgn abah aku, time dia tanya apa-apa, aku dunno je. Sebab aku tgh protes kat dia. Muka aku masam 24 jam.Aku jadi sakit hati bila dok kat rumah, serabut dengan bau rokok satu rumah. Kadang2 sebab aku protes sgt kat abah aku, effect dia kena pada org tak bersalah macam mak, atuk n nenek aku. Tak pasal2 diorang plak yang kena. Then bila aku balik uni, aku rasa sgt2 bersalah lukakan hati my mom n grandparents.That’s why aku tak nak balik rumah, tapi hati aku sangat2 nak balik rumah, nak jumpa my mom, atuk n nenek aku. Kadang2 sayu hati, bila aku call my mom, atuk aku tanye bila nak balik? Lama dah tak balik ni. Menitik air mata. Pastu cepat2 off tefon sebab aku tau suara akan berubah lepas tu. Aku bukan tak nak balik, tapi aku tak suka abah aku!!

Tolong doakan aku agar terus bersabar dengan abah aku ni n tolong doakan aku agar sentiasa berdoa utk abah aku. Dekat uni boleh la doa, dekat rumah aku tak boleh doakan dia sebab hati aku sakit sangat tengok dia. Kalau jadi kat korang, ape korang buat?

7c62362f4e7db74c534d6dd48d3ef528
CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *