Kerja, nafkah n keberkatan

Aku pernah trbaca satu perkongsian dari seseorg yg dah kawin. Mengenai nafkah, kerja & keberkatan. Aku cari balik siap tuan empunya cerita tapi ak tak jumpa. Melainkan di akhir post aku cuma nampak 'Copy n paste'.

Sbb apa aku cari balik, sbb aku curios. Betul ke kisah tu.

Ini kisahnya.

————-

Aku ada anak 3. Aku kerja gaji Rm1800. Orang rumah aku kerja gaji Rm3000. Ada tanggungan rumah dan kereta lagi, susu, pampers, belanja dapur, pengasuh anak-anak, bil api air, minyak ulang-alik kerja. Aku mengaku banyak isi rumah bini aku yg tolong bayar.

Sampai hujung bulan kitorang selalu sesak. Kereta kadang sangkut tak bayar. Walaupun aku ada buat part time hantar buah potong, masih tak cukup. Sampai Allah uji anak bongsu aku yg kecik tu sakit, aku suruh bini aku berhenti kerja jaga anak. Takpelah tawakal walaupun kitorang tengah sesak, tapi anak aku lagi penting.

Ajaibnya, tiga bulan dekat empat bulan dah bini aku tak kerja, semua berlalu dengan mudah. Kereta boleh bayar, rumah, keperluan sekeluarga semua cukup. Kitorang siap hujung minggu makan luar padahal selama ni punyalah payah. Makan pakai family serba lengkap, siap ada duit lebih aku kirim kat mak aku. Padahal gaji aku kecik je, tambah dengan Rm300 hasil jual buah potong. Rasa berkat sikit rezeki.

Sekarang baru aku faham, nafkah tu memang tanggungjawab suami, kalau Allah dah kata komitmen suami, Allah akan cukupkan jugak walau isteri tak kerja, tak tolong kita. Berkat isteri duduk rumah terasa sangat, balik ada masa dengan family, anak-anak sambut depan pintu padahal sebelum ni masing-masing penat, rumah sunyi. Sekarang aku faham, yg Allah bagi kita kecukupan sesuai dengan keadaan kita, kalau kita rasa tak cukup, maka tak pernah cukup.

Percaya yg Allah selalu tolong hambanya, lebih lagi kalau kita ikut fitrah yg Allah tetapkan.

Cerita ni sy copy paste je.

————

Ok, dah baca kan? Jika ada empunya cerita atau yg tahu siapa empunya cerita. 1st, ak nak tau ini kisah tahun bila? Sbb, ak tak rs 1800$ gaji cukup tuk hidup zmn sekarang. Tambahan pula nak menanggung isteri n anak. Perubatan. Makan minum. Bg mak ayah lg. Kemudian kereta n rumah.

Dgn hanya 1800$? Biar betul. Yes aku tahu, tiada yg mustahil bg Allah. Yakni sekiranya DIA nk mencukupkan, pasti akan cukup juga.

Knp aku nak tahu sgt kesahihan citer ni? Sbb aku baru kahwin dn ada problem ttg nafkah. Suami aku mintak excuse bberapa bulan agar tak bg nafkah sbb dia tak stabil lg. So aku ok je. Sbb aku pun keje. Dn aku faham dgn ekonomi skrg tak boleh nak hrpkan suami semata3.

Tapi ada yg tak setuju bila org kata isteri kene tlg suami zmn skrg. Sbb nafkah mmg tggjwb suami. Isteri tak boleh pandai2 nak bgtahu suami, eh abg takpayah bg duit sbb i dah cukup duit. Sbb nafkah dah Allah letak tggjwb pd suami. Bukan pd isteri. Sbb itu yg jadi rumahtangga tak berkat. Duit tak pernah cukup.

Betul ke?

Ok berbalik pd citer kat atas. 1800$ sebulan tak logik kan zmn skrg tuk menampung keluarga? Tapi jika benar hidup dia cukup serba serbi, peergh mmg lah patut dijadikan pengajaran bhw nafkah adalah tanggungjwb yang tak boleh dibuat main.

Allah akan cukupkan. Kalau kita patut pada perintah dia, jalankan tanggungjwb kita dn tinggalkan apa yg dilarang.

Apa pendapat korg?

– Curious (o_o")

CREATE A POST

2 Comments

  1. I have been searching for that original article as well..could not find elsewhere. rasanya this is a made up story. Betul rezeki tu di mana2..but rasanya rm1800 per month utk sara 4 org (includinb the wife) xtau la logik ke x..by the way, the first person who introduced this story yg kononnya copy paste tu die jual public mutual. So rasanya blh agak dahla.

  2. Maaf ye ganggu. Bagi sy cerita pasal keberkatan tu betul2 wujud. Mak sy seorg pekerja kilang dan ayah saya seorg despatch. Total gaji dua2 lebih kurg rm3000 kebawah. Ada adik sorang yg masih skolah rendah. Alhmdulillah semua mencukupi. Mampu tggal di rumah teres dn berkereta. Sy juga masih belajar. Kalau allah memberkati, tiada apa yg mustahil. Percaya pada janji Allah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *