Sebaik Perhiasan Atau Sebesar Fitnah

Assalamualaikum, first aku nak ucapkan terima kasih kat admin sebab sudi approve. Aku tak pernah buat confession sebelum ni, nilah pertama kali terasa terpanggil untuk buat. Mungkin sebuah ‘confession’, mungkin juga ‘teguran’. Terpulang korang untuk menganggapnya sebagai apa :)

Ok, aku dulu bukanlah seorang perempuan yang baik. Aurat pun on off. Tapi alhamdulillah, Allah hadirkan sahabat yang baik-baik dalam hidup aku. Walaupun aku lambat berubah, tapi aku bersyukur sebab aku tak ‘terlambat’. Aku makin tertarik dengan mereka yaang berpakaian labuh dan longgar. Apatah lagi yang berpurdah. Bagi aku mereka adalah yang dikatakan perhiasan dunia. Semahal-mahal wanita. Perlahan-lahan aku cuba menyarungi tubuh aku dengan pakaian sebegitu. Baju-baju ketat aku bagi adik-adik yang masih kecik pakai. Gambar-gambar ‘syok sendiri’ di facebook aku buang. Waktu itu belum lagi muncul era instagram.Bertahun aku cuba istiqamah. Aku ingin menjadi sebaik-baik wanita yang taat pada perintah Allah.

Tak lama selepas itu, zaman berubah. Muncul instagram. Era fesyen jubah, abaya, shawl mula maju. Yang paling ketara aku perasan, era muslimah ‘niqobis’. Mula-mula aku gembira sebab ramai anak-anak gadis memilih jalan ini, sebab bagi aku mereka cuba memahalkan diri mereka dari lelaki di luar sana. Malangnya, dari sehari ke sehari, aku lihat berniqob seolah-olah menjadi satu fesyen. Dengan design yang meleret beralun, berombak, berangin, belum lagi yang meriah liplap liplap.

Followers kat IG tak payah kata lah, berpuluh ribu. Sekali post gambar ‘mata redup’ depa, berduyun geng ‘akhi’ datang like. Siap komen, “MashaAllah ukhti..cantiknya ciptaan Allah”. “Subhanallah, tengok mata tau dah lawa”. Kalau geng2 hijabister ni terkenal dengan reply komen “eh, mane ade..biasa-biasa jeww”, geng2 niqobis ni terkenal dengan “haza min fadhli rabbi..”. Makin dipuji, makin galak dk upload gambar. Majlis taalim para Habib dh jadi tempat selfie depa. Caption kalau bukan pasal life hijrah, pasal ‘future zauj’, pasal kahwin. Yang tak tahan, geng ‘akhi’ ni datang menyahut seruan, “Indahnya kalau dapat bermakmumkan awak”. Apakah?

Itu cerita niqobis single. Niqobis yang dah kawen ni, lain pulak perangai. Sampai ke sudah dk #lovetilljannah. Gambar ‘mesra’ dengan zauj depa jangan cerita lahai. Hari2 dk upload. Caption imam soleh, makmum solehah..Bila ada yang tegur, kata Islam larang tunjuk kemesraan laki bini depan orang ramai, dimarahnya pulak. Habis kena bash dengan followers tetap depa, alasan “biarlah, diorang kan dah halal”, “Kau dah kenapa, jeles?”.

Kadang-kadang bila di tempat awam, para niqobis ni tergedik tanpa segan silu berselfie depan orang ramai. Seakan tiada beza dengan ‘perempuan’ biasa di luar sana. Terkadang aku malu sendiri melihat gelagat mereka. Bila muncul kelompok2 sebegini, niat aku untuk berpurdah hilang. Aku jadi takut, takut terikut dengan akhlak ciptaan mereka. Aku bukanlah cemburu. Jauh sekali iri. Aku cuma bimbang tengok generasi sekarang. Bila mana para muslimah lebih gemar berfesyen berbanding menuntut ilmu. Bila mana para muslimah yang sepatutnya terlindung, dipuja puji kerana kecantikan, bukan kerana akhlak. Bila mana para suami kepada wanita beriman, yang sepatutnya melindungi isteri mereka, merasa bangga dengan sejuta pujian dari lelaki lain tanpa sempadan masa dan tempat. Aku kadang2 sedih tengok pakaian para isteri nabi seolah dicarik2 kerana tidak diletakkan pada tempat yang selayaknya.

Apa pun alasan kalian wahai niqobis, ingatlah akan hari pertemuan dengan Tuhanmu. Setiap niatmu, akan dipersoalkan kelak. Kalau benar kalian ingin mengajak para wanita beriman ke jalan Tuhan, tuntunlah sebaiknya. Tidak perlu menjadi sempurna dalam berdakwah, cukup hanya tidak mengajak mereka menambah dosa menjadi lebih banyak. Pesanku, mari sama2 dalami ilmu agama, kurangkan selfie dan berfesyen. Keindahan Islam itu bukan terletak pada selfie dan caption islamik, tapi pada Iman dan Akhlak. Bukanlah niat aku merendahkan kalian, tapi kerana aku sayang. Daripada menjadi wanita pujaan ‘akhi’, alangkah baiknya kita menjadi wanita yang dikenali Rasulullah kelak :). Ingatlah, menjadi wanita itu cuma ada dua pilihan, ‘Menjadi sebaik-baik perhiasan’ atau ‘Menjadi sebesar-besar fitnah”. Renungkan.

– wanita akhir zaman

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit