Salam, aku Nadel, baru sahaja berkahwin. Oleh sebab aku berkahwin di usia 25 tahun, jadi ramai dalam kalangan rakan-rakan, di dunia nyata mahupun alam maya turut serta berkahwin. Baru tak baru dah hampir setahun kami bergelar suami isteri dan masih lagi belum diberikan peluang untuk mengandung. Kami memang tak merancang, ada peluang memang cuba sehabis daya sebab keinginan nak dapatkan zuriat sendiri tu makin hari makin menebal dalam diri. Seawal 1 bulan lebih usia perkahwinan kami dah diaju dengan soalan ‘Dah ada isi ke?’, ‘Belum berisi ke?’, ‘Merancang ke?’, ‘Lambatnya kalah lah dengan Sazana Sazali tu kahwin lambat dari korang tapi dah berisi’. Sungguh aku terharu dengan keprihatinan masyarakat sekeliling. Aku cuba tanamkan positive vibe dalam diri mereka cuma nak kita bahagia, anggap semua tu doa.
Dulu sebelum berkahwin, aku sangka kan senang sahaja nak dapat anak ni, tapi setelah alami sendiri baru sedar betapa rezeki itu di tangan Allah. Dek kerana banyak sangat kes buang bayi, aku jadi berfikiran begitu. Tapi kita andaikan itu adalah kes lain. Sejak akhir-akhir ini aku rasa makin menjadi-jadi pula keghairahan ibu muda (atau ibu zaman moden) di muka buku ni. Dulu sebelum berkahwin, bila tengok rakan-rakan di muka buku kahwin, aku suka nak tengok bila mereka mengandung, dan kalau yang lambat mengandung pon aku tahu siapa (cuma berkira-kira dalam hati sambil scroll fb). Jadi aku kira sekarang aku dah kahwin, orang lain pula yang dok tunggu nak tengok bila aku nak mengandung. Haha padan muka aku.
Ok back to the topic, aku sememangnya suka bila dapat tahu rakan-rakan aku mengandung. Sungguh tiada rasa iri hati melainkan rasa syukur, semoga rezeki kami akan kunjung tiba nanti hehe. Namun yang membuatkan aku tidak senang, bila ada sesetengah bakal ibu muda ni berlebih-lebih menonjol diri di fb nak bagitahu semua orang dia sedang mengandung, die bunting pelamin, dia alahan teruk, die tengah check up di klinik, die kena minum air gula maha pekat, die craving nak makan itu ini, dengan bermacam hashtag. Kalau sesekali update takpe lah, kita pon nak tahu keadaan dia kan, tapi kalau sehari dah bermacam update yang tidak perlu sebegitu, boleh naik muak tahu?
Aku tak tahu lah kalau rakan-rakan fb korang takde yang macam tu, tapi kat fb aku ni ada 5,6 orang yang sebegitu, sampai aku unfollow fb seorang dua yang aku rasa takde benda lain dah dia nak update melainkan menunjuk-nunjuk. Dari buat dosa kering baik unfollow je. Ye mungkin anda excited mengandung pertama kali, tapi tak fikir ke ada hati-hati yang perlu dijaga? Aku ada follow group yang ahli-ahli nya semua ada masalah nak mengandung. Dah kahwin 10 tahun, berpuluh tahun pon ada tapi belum diizinkan Allah nak dapat anak. Kat situ diorang bertukar-tukar idea dan ikhtiar bagi mendapatkan anak. Tidak kurang juga yang meluah perasaan sedih dan emosi. Aku sayu bila baca post-post mereka tambahan yang dah berbelas tahun kahwin tapi masih tidak putus asa dan positif berikhtiar nak dapatkan anak. Yelah sapa kahwin tapi tak nak anak kan? Jauh di sudut hati seorang isteri memang nak lahirkan zuriat untuk suami tersayang. Ada sesetengah pasangan berhabis berpuluh ribu buat rawatan itu ini semata-mata nak dapatkan zuriat. Boleh bayangkan tak berapa duit dan masa yang mereka dah habis? Tapi kita yang Allah mudahkan urusan nak dapatkan anak, tak payah bersusah itu ini, boleh riak kecil dengan menunjuk tanpa sedar di fb. Mereka yang cuba mengandung ni takkan tunjuk yang mereka sedih, sebab kalau die bersedih pon bukan dapat apa. Mereka terpaksa kuat dan pujuk diri sendiri.
Aku tak tahu lah kalau korang, tapi prinsip aku, kalau aku tak suka orang buat kita, kita jangan buat orang. Ke aku yang melebih nak jaga hati orang? Entah lah, tahu lah itu fb mereka tapi friendlist mereka semua ada hati dan perasaan. Aku ada seorang kawan yang juga sedang cuba mengandung, selalu diperli rakan-rakan dia yang kahwin lambat dari kawan aku, tapi dah mengandung. Dan kawan aku ni selalu mengadu dekat aku die terasa dan sedih dengan dorang. Oiiii geram panas gelegak je hati aku dengar. Kenapa lah tak sensitif sangat? Kau tak tahu orang tu setiap kali datang bulan menangis? Lagi seorang kawan aku mengandung di awal perkahwinan, tapi rezeki die Allah pinjamkan sekejap dah gugur. Betapa luluh hati dia mengadu pada aku. Sesekali di fb terserlah kesedihan dia. Hati yang ini pon kita kena jaga, sebab bagi aku hati yang terluka lagi perlu dijaga.
Aku bukan nak cakap apa, tapi orang mengandung 9 bulan, macam-macam boleh jadi. Kalau tuhan nak uji kau sekejap je weh, bukan mendoakan yang tak baik tapi aku nak ingatkan. Jangan riak, please jangan riak. Korang boleh cakap jangan busuk hati sangat, tumpang gembira lah doakan yang baik-baik. Tapi bila korang jadi isteri yang nak sangat mengandung, sangat mudah terasa dengan benda-benda kecil, tapi masih cuba kuat dan senyum bila diperli-perli sinis. Jadi aku aku mohon disini, jangan lah berlebih-lebih sangat update alahan, mengidam itu ini, tujuan untuk apa? Boleh sihat kah bila ramai yang like status dan post begitu? Kalau share artikel-artikel berilmu untuk ibu mengandung, amalan-amalan yang baik, aku pon suka baca sebab itu ilmu. Ini post gambar laut pon nak hashtag #bakalayahibu #babybehaveye #bukupinkku #alahanmakinteruk . Like seriously?? Dah post macam tu baik ke alahan kau? Laut yang biru itu pon nak dikaitkan, perlu ke??? Cuba kawal diri sikit boleh?
Aku ada ramai je kawan yang dah mengandung, tapi diam-diam je takde update benda-benda yang tak perlu. Yang jenis ni you earn my respect. Tahu-tahu dah mengandung, mustahil mereka takde update apa-apa di fb sepanjang 9 bulan mengandung, tapi mungkin aku terlepas pandang. Jangan pula kita jadi modal orang nak berkata-kata tanpa kita sedar. Bersederhanalah, itu lebih baik. Semoga kita dijauhi dari fitnah dunia. Mungkin ada yang tak puas hati dengan post aku, tapi aku luahkan dari sudut pandangan aku. Aku tak jeles, betol tak jeles, tapi naik muak bila buka fb je nampak post yang tak perlu begini. Huhu. Mohon doakan semoga aku pon dipermudahkan rezeki nak menimang cahaya mata, sebab kami laki bini memang suka sangat budak-budak. Family kami dua-dua belah pon suka sangat budak (melayan), tapi aku bersyukur mulut diorang tak pedas dan tak laser tanya pasal anak. Diorang sangat memahami, bila ada sedara mara yang bertanya sinis, diorang tolong back up kami. I love uoll lahh !! Hehe. Akhir kata sorry for the long post, here is a potato for you (…) Hekhek
– Ada tak kawan-kawan fb korang yang terkena penyakit riak kecil ni? Atau aku seorang yang perasan lebih? Hmm
– Nadel yang nak sangat baby, doakan kami
– Nadel
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit