KAHWIN MUDA

buat saudara Brodor dan teman semuanya..

saya tertarik untuk berkongsi kisah dugaan untuk kahwin awal. lebih2 lagi bila saudara Brodor mengutarakan isu rezeki, pendapatan untuk menanggung isteri.

saya berkahwin saat masih bergelar pelajar..apa yang menyebabkan saya berkeputusan untuk bernikah adalah berdasarkan kisah lalu saya yg mudah terpengaruh dengan ajakan. samaada teman biasa atau teman lelaki. hubungan yang bebas untuk keluar kesana kemari. zina kecil tetap ada walau jutaan ikhtiar untuk mengelakkannya.

perkenalan dengan suami sangat singkat..terus saya berkeputusan utk kahwin. tanpa fikir langsung mengenai duit,sumber kewangan atau pendapatan. kerana waktu itu matlamat saya hanya utk menghalalkan hubungan.

saya dan suami masih belajar. urusan pernikahan tidak ditanggung mana2 pihak dan tidak berhutang langsung. kami adakan majlis serdehana semampu kami.

alhamdulillah..syukur sangat2
mana kami dapat wang? suami kerja kedai makan. rm30 sehari. dia kumpul. saya tak dapat kerja sebab nak fokus pada thesis.

lepas kahwin, bermulalah cabaran hidup sbenar.. alhamdulillah..rezeki orang berkahwin..kan Allah dan janji? hehe.

suami dapat buat bisnes kecil2 lan. saya muka niaga online sebagai ajen biasa..tapi pendapatan kami sangat2 banyak..rezeki luar dari sumber lain pon banyak..yang kami tidak terduga.

kadang2 rasa semua ni istidraj. saya tak layak untuk terima rezeki yang cukup banyak ni.

suami mampu menanggung saya, rumah, kereta, keperluan dan kehendak kami berdua, bercuti di sekitar Malaysia dan luar negara dan menampung belanja adik beradik.

kami berdua masih bergelar pelajar.

buat saudara Brodor dan yg lain2..yakin lah..akan ada limpahan rezeki buat mereka yang yakin dan sentiasa berdoa. kahwin awal bukan sekadar cerita di ranjang sahaja. tapi mematangkan kita dalam meneruskan hidup..yakin pada Allah.. Allah ada tiap masa untuk kita..

Alhamdulillah dengan nikmat yang tak terhingga.

– puan nutella

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *