Nilai Sebenar Ijazah Kalian

Assalammualaikum warga iium confession sekalian. Terima kasih jika penulisan aku ni disiarkan.

Aku selalu baca sebelum ni pasal banyak orang confes berkaitan ijazah, diploma dan sebagainya. Aku nak share dgn korang semua berkaitan nilai ijazah dan diploma tu menggikut pengalaman aku sendiri. Ni jugak penting untuk mana2 orang yang tengah belajar ataupun baru grad.

Aku belajar dalam bidang kejuruteraan elektrik (diploma dan ijazah) di sebuah ipta. Lepas grad, dalam setahun mcm tu alhamdulillah rezeki aku dapar masuk kerja kerajaan. Aku bersyukur sebab kerja yang aku nak ni mmg cita2 aku dari dulu dan utk pengetahuan korang kerja aku ni xde kena mengena langsung dengan bidang kejuruteraan elektrik.

Ok aku nak sampaikan mcm ni, mengikut pengalaman aku nilai ijazah yang kita ada bukanlah dalam bidang yg kita belajar. Maksudnya nilai tu bukan terletak pada ilmu elektrik yang kau belajar bertahun2 dekat U. Nilai sebenar ijazah bila kau dah kerja ialah SOFT SKILL, PROFESIONALISME, KEMATANGAN, RASIONALISASI dan seangkatannya. Sebab tu bila kau nak mintak kerja, cuba perhatikan syarat betol2. Contohnya pegawai tadbir N41 (dalam perkhidmatan awam) syaratnya ijazah yang diiktiraf dalam apa jua bidang. Kalau difikirkan logik, kenapa pegawai tadbir syaratnya apa2 bidang ijazah tapi bukan ijazah pentadbiran. Maknyanya setiap org yg ada ijazah boleh mohon, tak kira bidang apa yg korang belajar dulu.

Pernah tak korang terpikir kenapa syaratnya mcm tu? Sebab mcm aku bgtau td. Nilai ijazah bukan hanya terletak pada ilmu yang kau belajar tu.

Jadi ringkasnya aku nak bagitahu kt sini, khasnya adik2 yang tgh belajar. Biarlah orang nak cakap apa pun, belajar tinggi2 xde keja, xde pengalaman, kerja susah, ambil kerja guna spm dulu walau ada ijazah. Pedulikan semua tu. Dorg cakap mcm tu sebab dorg x tau nilai sebenar orang yg sambung belajar dan apa yg sebenarnya korg dpt selama bertahun2 si universiti.

Ingat ni “adakah sama orang yang berilmu dengan yang tidak berilmu”? Jawapannya tidak. Dan aku x cakap orang yang xde ijazah atau diploma tu sebagai orang yang xde ilmu. Tapi pada aku senang, kalau mereka cakap ijazah tu xde guna masa kerja. Maknanya orang tu x berilmu la tu.

Ringkasnya, kau belajar bidang elektrik, tapi kau kerja pegawai tadbir, jadi segala pemikiran, kreativiti, kebolehan berkomunikasi, buat paper dan sebagainya adalah juga salah satu ilmu ijazah yang kau belajar dulu. Mungkin secara kau x sedar. Jangan cakap belajar elektrik kena kerja TNB. klu x, lari bidang. Hahahaha buang pemikiran tu jauh. Sekian.

– Mr Taka

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit