Pengalaman Bersalin Di Hospital

Assalamualaikum.

Saya baru sahaja bersalin pada Mei 2016 di hospital kerajaan di kuala lumpur. Saya rasa tidak perlu untuk saya nyatakan nama hospital demi menjaga status tinggi hospital berkenaan.

Pada jam 10 pagi, saya rasa contraction. Saya pun bagitahu suami dan kami mengemas bag yang sudah saya siapkan bulan lepas dan cek semula barang2 yang perlu dibawa ke hospital.

Kami bertolak dan sampai di hospital pada waktu tengah hari. Saya disambut dengan senyuman di kaunter daftar. Untuk makluman semua, walaupun hospital ini hospital kerajaan, tetapi tidak banyak pesakit seperti hospital2 lain di luar sana. Selepas saya daftar, saya terus dapat duduk atas wheelchair dan ditolak oleh staf hospital ke tempat checkup yang pertama.

Pengalaman ngeri saya bermula disini. Saya didatangi oleh tiga orang nurse. Suami saya perlu tunggu diluar. Kesemua nurse masih bersembang sambil ketawa walaupun bertemu saya buat kali pertama. Tiada salam. Tiada pertanyaan. Saya seperti patung yang terbaring di atas katil. Saya pun diam sebab tiada pengalaman berada di hospital sebelum ini kerana saya tidak ada komplikasi semasa mengandung. Saya hanya pergi ke klinik gynaecologist untuk checkup setiap bulan.

Tanpa berkata apa2, nurse pertama seluk untuk check bukaan. Saya tidak diberitahu pun untuk seluk, sudah pasti saya terkejut. Bila saya terkejut, nurse pertama marah. Kemudian dia sambung sembang bersama nurse lain. Sambil merungut sebab tak dapat jumpa bukaan. Sakit seluk itu hanya yang pernah lalui yang tahu. Nurse kedua pula cuba seluk sambil mengeluh dan cakap pada saya. ‘Awak ni banyak tulang la, macam mana nak bersalin?’ Saya yang tengah sakit contraction, sakit kena seluk, dan sedih kena marah, hanya mampu diam. Kemudian, datang seorang senior nurse, seluk saya hanya beberapa saat dan dia cakap 2cm. Dalam hati saya berkata, dua orang nurse tadi mesti tak banyak pengalaman.

Kemudian mereka pasang contraction monitor. Nurse itu bagitahu saya dengan penuh confident.” Yang ni bukan contraction. Sakit sikit2 je ni. Balik la dulu. Kalau sakit sangat datang balik.” Saya pun risau sebab saya memang rasa contraction yang sangat aktif.

Seorang doktor datang kepada saya dan check bukaan. Kemudian check monitor. Doktor cakap, pesakit ni kena tahan wad ni. Bila2 je boleh bersalin. Doctor pun mengajar semula nurse cara nak baca monitor. Proses2 selepas itu tak perlu lah saya bagitahu disini. Panjang ceritanya.

Skip terus kepada bersalin. Suami dapat teman saya bersalin. Saya dicucuk jarum besar untuk masuk air. Cucuk di tangan kiri tak dapat, kemudian dicucuk tangan kanan. Nurse merungut. “Susahnya nak cari urat budak ni.” Doktor datang dan berjaya cucuk di tangan kiri. Selepas 6jam contraction yang aktif, pada pukul 6pm, saya melahirkan anak sulung kami secara normal. Alhamdulillah. Pengalaman yang tidak akan ku lupakan. Sakit yang teramat hanya Allah yang tahu. Sambil saya dijahit (episiotomy) oleh nurse2, saya dapat peluk baby. Dalam kontrak hospital ini, ibu sepatutnya dapat peluk baby yang sihat selama sejam pertama. Tetapi hanya beberapa minit, mereka bawa baby saya ketempat lain. Mereka cakap leceh la nak jahit kalau saya peluk baby. Untuk makluman semua, saya seorang sahaja yang bersalin ketika itu. Suami saya bagitahu anak kami seorang sahaja dalam wad bayi. Seperti saya beritahu, hospital ini memang tidak ada banyak pesakit.

Saya dibius dan dijahit selama 3jam lebih! Sambil nurse jahit, mereka bersembang. “Weh, aku lapar la, bila nak habis jahit ni?” Setiap sejam, doktor datang untuk check sambil marah nurse supaya jahit elok2. Setiap kali saya cakap saya sakit, nurse asyik marah saya. Sedih sangat. Saya jenis hati yang sangat sensitif dan tak biasa dimarahi oleh sesiapa. Kemudian, senior nurse datang dan check jahitan. Dia jerit dan tanya siapa yang jahit ni? Kenapa jahit macam ni? Nurse tadi datang semula dan merungut. “Kulit budak ni nipis sangat, susah kot nak jahit.” Selepas mereka bertengkar, jahitan saya dibuka dan dijahit semula. Setelah selesai, dan doktor bagi pelepasan. Saya ditinggal seketika dalam bilik itu. Suami saya datang dan peluk. Terus saya menangis dan bagitahu dia saya sakit dan kena marah. Suami saya hanya mampu mendengar dan cuba menenangkan saya.

Saya ditolak ke wad pesakit bersama baby. Alhamdulillah, baby sihat dan sangat comel. Tenang hati setiap kali saya tengok dia. Keluarga saya sudah berada di wad untuk menyambut. Disebabkan sudah lewat malam, masa melawat sudah tamat. Keluarga dan suami tidak dapat menjaga saya. Mereka pulang.

Saya tidak dapat tidur sepanjang malam sebab trauma dengan layanan2 yang diberi. Layanan di wad juga tidak seindah seperti yang dijanjikan. Nurse2 buat muka menyampah dan malas nak layan apabila saya minta bantuan.

Keesokan hari, saya dapat pulang. Suami tanya kepada nurse, jika mereka ada wheelchair. Mereka cakap ada, ambik disitu, lepas tu pulangkan balik. Saya berada ditingkat yang tinggi. Suami terpaksa hantar kesemua bag dahulu ke tempat parking. Kemudian, naik semula ke wad dan dia menolak wheelchair, saya duduk sambil dukung baby. Selepas hantar saya kedalam kereta, suami saya tolak semula wheelchair ke tingkat atas dan turun semula. Buat pengetahuan semua, nurse2 masih bersembang di kaunter di luar wad. Tanpa bantu kami sekeluarga. Saya masuk dan keluar hospital seolah-olah seperti patung yang tak bernyawa. Saya sedih. Trauma. Terkilan.

Saya bukan menulis untuk memburukkan nama jururawat. Tetapi setelah lalu pengalaman yang ngeri ini, saya trauma untuk sepanjang hidup saya. Bukan kerana sakit bersalin, tetapi sakit dengan ‘layanan’ yang diberi. Saya tidak mahu diseluk lagi. Saya tidak mahu dijahit lagi. Saya tidak mahu dimarah lagi. Saya trauma sehingga tidak mahu mengandung lagi.

– Anonymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit