Rahsia. Jeng jeng.

Sedasawarsa ini, seringkali kita mendengar tentang kerosakan dan keberantakan rumahtangga manusia yang sangat menakutkan. [ errrr ]

K stop. Aku tak pandai karang ayat sangat tapi nak cakap nak cerita nak membebel sikit. Haha.

Sejak dua-tiga menjak ni, ramai gak cerita tentang rumahtangga. Ada yang positif [ alhamdulillah ], tak kurang juga negatif [ nauzubillah ]. Sipi-sipi menghampiri gerbang rumahtangga pun ada.

Ada yang bercerai sebab tak dapat restu mak ayah.
Ada yang bercerai sebab masalah kewangan.
Ada yang bercerai sebab tak jaga solat.
Ada yang bercerai sebab tak pandai control emosi.

Dan ada jugak yang solat, tapi bercerai.

Persoalannya, kenapa boleh jadi macam ni? Okay kita fikir jap.

First pasal restu mak ayah. Ni semua orang dah sedia maklum. Kalau takde restu mak ayah, takkan bahagia. Tidak akan. So, better kalau nak cari pasangan tu, tanya dulu mak ayah, "Ma, Pa, okay tak kalau Caca dengan bro ni?" Haa tanya dulu. Jangan nanti main redah, tuptup mak ayah tak restu. Kan susah.

Kewangan dan emosi. Ada je aku jumpa pasangan yang dua-dua boleh kata background agama. Pasal restu, pasal kewangan pada asalnya, settle. Tapi puncanya satu je. Emosi. Dah tahu pendapatan isi rumah takat sederhana, nak jugak mintak itu mintak ini. Bila tak dapat, marah sana sini. Mulut taktau nak jaga. Ada je nak menghina. Last-last, cerai.

Solat. Salah satu ubat mujarab dalam pembentukan baitul muslim. Ada jugak pasangan yang jaga solat, tapi masih berantakan. Haa kenapa? Mungkin solat dia cincai-cincai centu. Atau, ada lah slact memana kan. Dan yup, mungkin dalam kes macam ni, ia merupakan ujian.

Semua benda yang jadi adalah ujian. Allah nak kita re-check semula kehidupan kita. Apa yang terkurang. Apa yang kita ter-lebih. Jangan marah-marah kenapa kehidupan kita jadi begitu begini. Kita nak marah pada siapa? Sabar.

Ujian itu ubatnya sabar dan solat.

Tapi aku nak simpulkan satu benda yang mungkin kadang-kadang kita terlupa.

I.L.M.U

Takde ilmu, kau taktau yang restu mak ayah tu penting.
Takde ilmu, kau taktau nak bajet kewangan kau cane sebelum or selepas kahwin.
Takde ilmu, macam mana nak solat dengan solat yang berkualiti?
Takde ilmu, macam mana nak control emosi?

Semuanya dengan ilmu.

Ada yang tak sabar-sabar nak kahwin tapi lupa ilmu tentang itu ini tak prepare lagi. Sabar.

Jangan main redah je. Kahwin bukan "kau suka aku, aku suka kau. Jom kahwin."

Bukan.

Tapi kahwin tu adalah satu 'pembentukan'. Suami didik isteri, isteri bahagiakan suami. Ada anak-anak nanti, berdua didik anak. Nak bentuk anak yang macam mana? Ke arah moden sikit ke, yizlumik sikit ke, seimbang dunia akhirat ke. Haa begitu.

Pembentukan generasi.

Semua tu kena ada ilmu. Takde lah aku nak kata yang kau kena ada ilmu cukup didada baru boleh kahwin. Tak jugak. Tengok rezeki memasing lah kan. Hahaha.

Setakat nak halalkan yang haram, kahwin muda itu digalakkan, banyak lagi cara lain sebenarnya. Nabi sendiri kata kalau mampu, kahwin. Tak mampu, puasa.

Haa yang tak sabar-sabar nak kahwin tu, tahu je diri belum mampu, tapi ada puasa tak? Tak ramai macam ni. Semua fikir ada satu jalan je. Kahwin. Asalkan ikatan dah halal. Ah sudah lah.

Tapi kalau dah mampu, ikut lah. Dah tuntut ilmu, ikut lah. Lain orang lain caranya.

Kalau dah tercatat rezeki kau kahwin cepat dan Allah mudahkan urusan kau. Syukur lah. Tapi kalau dah tercatat rezeki kau kahwin lambat sikit. Syukur jugak. Sebab kau ada masa lebih dengan mak ayah dan kau ada peluang lagi nak belajar tanpa komitmen yang bertambah.

Jom lah kita belajar. Kejar ilmu. Bukan kejar ilmu sebab nak kahwin je. Bukan.

Niat tuntut ilmu itu biarlah kerana Allah. Jangan risau. Kita ni kalau buat apa-apa kerana Allah, ada imbalannya. Kadang-kadang daripada jalan yang kita tak sangka. Perbaiki hubungan kita dengan Allah dulu.

Sabarlah mahasiswa mahasiswi.

:)

– sis rasa sis comel. Anda bagaimana?

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *