Assalamualaikum,
Ana harap tahun baru ni, (2016) tiada lagi post pasal hubungan/masaalah rumah tangga atau perhubungan antara lelaki dan perempuan. Daripada anda semua tanya dan luahkan di IIUM Confession,lebihla bagus dan manis kalau buat solat isthikarah dan hajat sebagai panduan dan jawapan masaalah anda. Segala masaalah/ ujian/ rintangan semua datang dari Allah, jadi mengapa kita nak consult and bertanya manusia yang yang sama sifat seperti kita. Kita akan mendapat jawapan yang lebih tepat sekiranya kita menjadikan Allah sebagai rujukan pertama dalam kehidupan kita. Hanya Dia yang maha mengetahui segala sesuatu, bukanlah manusia yang hidup di atas muka bumi-Nya ini.
Ana harap, tahun 2016 ini IIUM Confession mengupas isu-isu ilmiah atau membincangkan massalah ummah sekaligus dapat membangunkan ummah pada masa ini dan akan datang.
Salam.
– rosemary