Sedikit tips

Assalamualaikum.

Aku ada baca beberapa post confession yang pasal low self-esteem sebab sakit lah, sebab kurus lah. Walau aku tak tahu sepenuhnya apa yang confessor-confessor rasa, cuma aku rasa la sedikit sebanyak. By the way, aku kurus dan aku sakit sejak dari kecik. Pernah rasa low self-esteem gila-gila. Tapi tu beberapa tahun lepas la. Sekarang dah ok,alhamdulillah. So ni aku share apa yang aku buat dan aku sendiri rasa berkesan. Mana yang baik,ambik. Mana yang tak ok, abaikan je la ye.

Tips nak improve self-esteem:

1) Bila kau rasa low self-esteem, kau akan start compare diri kau dengan orang lain. Dia lagi cantik la. Dia lagi sihat la. End up kau akan rasa sedih. Pastu down tak pasal. Pesan aku, jangan compare kau dengan dia. Biar la dia cantik sekalipun,flawless sampai bersinar bak bintang pun. Jangan rasa rendah diri. Setiap orang ada jalan masing-masing. Tak sama. Kalau kita sakit, so takpelah. Take it positively. Allah uji kau dengan kesakitan sebab Dia tahu kau mampu. Sabar. Sabar. Sabar. Ada hadiah yang terbaik bagi mereka yang bersabar.

2) Belajar bersyukur. Bila kita kurang dalam sesuatu,contohnya kurus sangat ke sampai kena komen bukan-bukan, ada penyakit ke, bersyukur. Mungkin dengan kurangnya kita tu lah kita jadi lebih dekat dengan Allah. Rasa down je doa banyak-banyak supaya Allah kuatkan hati. Supaya Allah bantu tenangkan hati. Bersyukur dengan keadaan kita sekarang. Tak kisah la kita sakit sekalipun, bersyukur. Allah uji sebab Allah sayang. Dia nak kita lagi dekat dengan Dia. So, bila diuji, bersyukurlah.

3) Ambil yang baik, buang yang buruk. Sebab aku kurus, maka selalu la kena komen 'kau ni kurus sangat lah. Tak makan ke?'. Yang jumpa kadang-kadang pun duk komen macam ni memanjang. Korang ni tade ayat lain ke nak cakap. Tak bosan ke ulang ayat yang sama? Paling best bila ada orang komen 'kau ada saka ke? Makan banyak tapi kurus jugak'. choi! Aku rasa nak tampar biar bisu je orang tu. Kadang tu banyak la juga tips dapat. Tips suruh kawen cepat la, makan appeton la, makan itu makan ini. Yang tips suruh kawen cepat tu aku rasa nak menjawab je balik 'ape kau ingat kawen ni macam masak meggi. Boleh dapat dalam kurang dari 3 minit?' :P
Point di sini bila orang komen pape pasal kau, yang baik tu kau apply, yang buruk kau tendang laju-laju masuk sungai uia biar kawan dengan biawak. Tak perlu rasa down pun bila orang komen macam-macam. Biarlah dia. Nama pun manusia kan. ^_^

4) Belajar terima diri kau seadanya. Kalau kau kurus, so? Ape salahnya? Berpuluh-puluh orang nak kurus tau. Siap makan itu ini supaya kurus. Apa dipandangnya dengan kurus pun tak tahulah. Kurus itu cantik? Cantik tu subjektif. Boleh berubah mengikut pandangan manusia. Kau kurus, takpelah. Sama juga bila kau sakit. Takpelah. Kau je yang faham sakit kau macam mana. Orang tak nampak kut ha saat kau tengah bertarung dengan sakit. Be happy with yourself. Kunci kebahagiaan diri ada kat tangan kita sendiri. Bukan kat tangan orang lain. Jangan bagi orang lain tentukan kebahagiaan kita. Kita yang tentukan kita bahagia ke tak. Hidup ni singkat je sebenarnya. Kau nak duk peduli apa orang cakap sampai rasa down teruk-teruk pun, kau rasa orang yang hina kau tu peduli ke ape kau rasa? Tak kot. So kenapa nak bagi peluang dia 'menang'? Dia kutuk ke hina ke, watlek je. Biarlah. Jangan buang masa kau. Move on. Pergi improve diri kau dari duk fikir apa orang kata. Hidup kalau nak puaskan hati semua orang yang kita jumpa tak dapatlah.

5) Jadikan kekurangan kau sebagai penguat kau. Penguat untuk kau jadi lebih baik setiap hari. Kalau sakit, jadikan sakit itu sebagai pembakar semangat. Memang sakit boleh kita jadi down. Apa yang aku buat bila rasa down adalah, cari inspirasi. Salah satu inspirasi aku adalah ada sorang ni kehilangan sebelah kaki sebab kanser, tapi dia mampu naik gunung. Weyh naik gunung kut ha. Masa tengok berita pasal dia, on the spot aku fikir. Kalau dia boleh buat apa yang dia suka, kenapa kita tak boleh? Kita pun boleh buat kut ha. Nak dengan tak nak je.

Jadi untuk yang rasa low self-esteem sebab kurus atau sakit tu, boleh belajar ubah slow-slow. Be confident with yourself. Terima keadaan diri kau. Teruskan hidup. Kejar cita-cita. Kejar impian. Buat apa yang kau rasa bahagia. Say no to negativity. Negatif negatif ni tendang je laju-laju masuk sungai uia biar dia berkawan dengan biawak. Orang yang suka cakap negatif kat kau pun biarkan je dia bercakap. Lama-lama dia penat la tu kutuk kau. Dari dia kutuk kau, baik dia p cantikkan diri sendiri. Ada jugak faedahnya. :P

Ok setakat tu je. Terima kasih sudi baca panjang-panjang.

– Insan biasa

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *