rezeki itu boleh jadi apa sahaja

Assalamualaikum.
Jika admin siarkan cerita aku,terima kasih banyak2.

Pernah tak korang berada di dalam situasi di mana duit korang memang tak cukup untuk survive dalam satu tempoh masa,contohnya seminggu,tapi ended up sebenarnya duit tu cukup je.
Pernah tak disebabkan kekurangan duit,korang berlapar,tapi rasa lapar tu tak rasa macam lapar tahap kebulur nak mati?

Aku nak share kisah aku sepanjang minggu ni. Bukan tujuan untuk riak dan bangga,tapi sebagai pedoman buat semua.

Sekarang ni aku sedang menjalani latihan industri. Jadi setiap bulan aku akan dapat elaun. Sebahagiannya aku akan hulur pada mak aku sebagai simpanan sebab aku tak reti menyimpan dan jika mak aku nak guna,aku bagi je.

Ditakdirkan bulan ni semua benda naik. Tambang ktm naik,lrt naik. Jadi aku agak terbeban. Jadi boleh dikatakan elaun yang ada sangat tidak cukup dengan keadaan sekarang.

Bila tiba di minggu terakhir ni,dalam dompet aku cuma ada RM40. Tambang sehari dah RM8. Baki RM2 untuk makan sepanjang hari. Tapi nak tau tak apa yang terjadi? Ada hari,orang belanja aku makan. Ada hari,orang bagi aku tiket free. Ya Allah,gembiranya tak terkata,tetutama masa dapat tiket free. Tapi aku tiket tu aku bagi dekat rakan sekerja aku. Pasal apa? Pasal aku rasa dah cukup la aku rasa gembira bila dapat,dan aku lagi gembira kalau dapat kongsi dengan orang lain.

Dan daripada RM40 tu,aku masih ada baki RM13. Nak dijadikan cerita,ada perkara yang tak diingini berlaku. Jadi habis duit aku RM8,tinggallah RM5 beli tiket,tinggal RM4 untuk esok. Siang tadi,alhamdulillah,ada orang jual nasi goreng RM1 je sebungkus. Sedap pulak tu. Jadi hari ni perut aku siisi dengan sebubgkus nasi goreng san 3 ketul vade. Kenyang sangat.

Biasanya kalau makan kuantiti sikit ni,memang selalu lapar. Tapi alhamdulillah,lapar tu tak terasa sangat. Ni pun kira rezeki jugak ni.

Tadi mak aku telefon,tanya aku ada duit tak. Dalam hati dah sebak jadi cepat2 aku jawab ada dengan confidentnya. Aku boleh je nak cakap xde n nanti mak aku akan pergi bank in duit aku,tapi aku tak mau susahkan dia walaupun tu duit aku sendiri.

Jadi kesimpulannya,walau sesak macam mana pun,sentiasa bersangka baik dengan Allah. Allah tak akan pernah biarkan hambanya dalam kesusahan yang hamba tu sendiri tak dapat nak hadapi. Dan juga,rezeki itu boleh datang dalam apa jua bentuk. Cuma berganfung pada kita bagaimana kita menilai pemberian Allah.

Assalamualaikum.

– kucing jalanan

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *